Kamu yang buat hatiku bergetar,
Rasa yang telah kulupa kurasakan,
Tanpa tahu mengapa,
Yang kutahu inilah cinta.
-Judika-Orange bersiap lambat-lambat di dalam biliknya. Kalau diikutkan hati, dia memang sudah tidak mahu keluar berjumpa dengan Noah. Namun, Selina yang melihat kereta Noah di luar halaman rumah sudah mempelawanya masuk. Bertuah betul punya budak. Dia memarahi di dalam hati. Kebetulan pula mamanya tidak ada di rumah saat ini, dia telah ke lapangan terbang untuk menjemput papanya yang baru balik dari Tokyo selepas hampir sebulan out-station. Nasib baik jugalah tapi Selina yang begitu teruja pula yang terlebih-lebih. Untuk memastikan Noah tidak berada di dalam rumah ketika mama dan papanya kembali, dia terpaksa menerima ajakan Noah.
"Awak boleh bawa kakak saya keluar tapi kena hantar dia balik sebelum 10.00pm or mama akan marah kalau dia tahu, lebih teruk lagi kalau papa yang tahu." Selina menerangkan kepada Noah panjang lebar. Oleh kerana mamanya tidak ada di rumah jadi dia sebagai adik perlu memainkan peranan. Noah hanya tersenyum mendengar kata-kata Selina. "And...don't try to do anything bad on her. Mama and papa will kill you. Confirm." serius wajahnya. Noah mengangguk faham, tidak menjawab. Don't worry saya akan menjaganya baik-baik. Dia hanya menjawab di dalam hati sahaja.
"I'm done. Lets go..." Orange yang baru turun dari biliknya mencuit bahu Noah. "Don't forget to tell mama...i'll be back before 10.00pm." Selina mengangguk sambil matanya merenung Noah kemudian memberikan isyarat, eye to eye. You better be good to my sister. Lebih kurang begitulah mesej yang Noah dapat fahami daripada isyarat tersebut.
"You need anything? My treat." Noah bertanya sebelum bangun dari duduknya. Manalah tahu, Selina akan menjadi lebih lembut kepadanya. So protective. Selina menggeleng, trying to bribe me?
"Before 10.00pm okay, Noah.Before 10.00pm." Selina mengulang lagi kata-katanya sebelum itu. Tawa Noah pecah kemudian memberikan tabik kepada Selina.Noah mengajak Orange ke sebuah cafe yang terletak tidak berapa jauh dari taman perumahan keluarga Orange. Dia sengaja mencari tempat yang comfortable tetapi dekat agar mereka mempunyai masa yang lebih panjang untuk berbual dan meluangkan masa.
"Apahal awak ajak keluar malam-malam nie? Tiada masa lain yang lebih sesuai? I've tons of homework to do." Orange bertanya tidak berpuas hati, sudahlah tadi datang secara mengejut tanpa notis awal. Dia pula sedang berfoya-foya menonton drama kegemarannya di Netflix dan belum mandi lagi. Kononnya mahu menyelesaikan tugasan yang belum siap selepas habis satu episod. Tapi nampak gayanya dia terpaksa juga meninggalkan oppa Jinggo-nya demi Noah yang sudah masuk ke dalam rumah kerana dipelawa Selina.
"Saja...rindu nak jumpa awak." Noah menjawab tenang sambil tangannya sibuk bermain telefon bimbit. Orange yang kononnya mahu bermain tarik tali dengan Noah terdiam sejenak. Nasib baiklah mocha blended yang dia pesan belum sampai. Kalau tidak sudah pasti dia akan tersedak atau tersembur. Rindulah sangat tapi tangan tidak henti-henti bermain telefon bimbitnya. Orange mengutuk di dalam hati.
"Yalah tue rindu. Rindu dengan telefon bimbit awak tue ke? Kalau nak bermain telefon bimbit lebih baik balik rumah saja." Orange membalas. Noah mengalihkan pandangannya kepada Orange kemudian meletakkan telefon bimbitnya ke tepi meja. Matanya tajam merenung mata gadis tersebut sambil tangan kanannya menongkat dagu. Orange cuba untuk melawan renungan mata tersebut, kononnya dia tidak mempunyai apa-apa perasaan. Namun, dia tewas lagi. Dia melarikan pandangan matanya kearah lain, berpura-pura melihat waiter yang sedang mengambil pesanan di meja hujung cafe. Come on, Orange. Kenapa setiap kali dia bertentang mata dengan lelaki itu, perutnya meragam dan mukanya mulai menjadi panas? Dia memandang kembali kearah Noah selepas beberapa ketika dan lelaki itu masih merenungnya tajam. Oh, God! Apa juga yang lelaki itu renungkan? Takkanlah ada bedak yang tidak blend di mukanya? Dia tahulah tadi dia menempek bedak dengan sembarangan. Atau ada tahi mata di matanya? Orange serba salah untuk membuat sebarang tindakan.Mahu sahaja Noah tertawa terbahak-bahak tetapi dia berusaha menahan dirinya. Melihat riak wajah Orange yang tidak keruan, dia semakin kesukaan untuk mengusik gadis tersebut. Mesti dia tengah menahan malu kerana direnung tajam olehnya. Walau bagaimanapun, dia juga sebenarnya sedang menahan diri agar mukanya tidak merona merah. Nasib baiklah, Orange melarikan pandangan matanya terlebih dahulu. Kalau tidak memang dia yang akan menjadi udang goreng saat itu dan Orange akan mentertawakannya. Apa-apa pun mata bulat gadis tersebut membuatkan dia hampir tidak mampu untuk berfikiran waras, its too captivating and tempting. Matanya berwarna coklat cair dengan bulu mata yang panjang melentik, setiap renungannya tembus hingga ke dalam hati tajam bagaikan anak panah.
"Esok awak pakai cermin mata awak tue." Noah memecahkan keheningan. Orange mengerutkan dahinya hairan. Apa pula angin dia malam ini tiba-tiba menyuruhnya untuk memakai cermin mata pula esok. Silap hari bulan, dia akan disuruh pula kembali kepada fesyen lamanya atau membiarkan rambutnya mengerbang lagi seperti kuntilanak.
YOU ARE READING
Cinderella seorang Putera (COMPLETED)
Roman pour AdolescentsOrange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampuk...