Bab 28 : Chaos

584 28 0
                                    

Selina berlari anak menyeberangi jalan raya cuba untuk mengelakkan dirinya daripada basah kuyup dek hujan yang semakin lebat. Hari ini dia terpaksa balik ke rumah dengan menaiki bas kerana Pn.Amily terpaksa ke lapangan terbang untuk menghantar papanya ke Perth lagi. Orange pula balik lewat kerana menyiapkan tugasan di perpustakaan bersama Noah. Dia pula tidak mahu balik lewat kerana mahu berehat di rumah selepas penat dengan perjumpaan kokurikulum hari ini.

Pon! Pon!

Selina hampir terlompat di perhentian bas kerana terkejut mendengar bunyi hon tersebut. Dia menyumpah-nyumpah di dalam hati, suka hati sahaja menyebabkan dia terkejut. Kemudian dia tersenyum lebar melihat pemilik kereta tersebut sambil berlari anak kearah kereta yang berhenti betul-betul di hadapan perhentian bas tersebut. Tanpa was-was dia masuk ke dalam kereta sambil membetulkan rambutnya yang kusut-masai ditiup angin.

"Thank you, tumpangkan saya." Ujar Selina kemudian memasang tali pinggang keledar. Kereta tersebut kemudiannya meluncur laju meninggalkan kawasan sekolah.

********
Pn. Amily mundar-mandir di ruang tamunya, sekejap ke hulu dan sekejap lagi ke hilir. Wajahnya penuh dengan kerisauan, tidak ada secalit senyum pun yang terukir. Orange yang sedang duduk di sofa juga kelihatan tidak tenteram, sesekali dia melihat skrin telefon bimbitnya. Tangannya menggeletar kerana terlalu risau dan gementar. Dia tidak tahu apa yang perlu dia fikirkan saat itu, fikirannya buntu.

"Selamat petang, Orange..."
Satu suara memanggil namanya di pintu utama. Orange dan mamanya saling berpandangan, kemudian Orange cepat-cepat ke pintu utama dan membukanya.
Pn.Thalia tersenyum manis sambil memeluk Orange dan masuk ke dalam rumah. Kelihatan dibelakangnya ialah Noah, Orange hanya tersenyum tawar mempersilakan Noah masuk.

"Amily?"
Ujar Pn.Thalia apabila melihat Pn.Amily yang masih mundar mandir. Dia berhenti seketika mengamati wanita yang sedang berdiri di hadapannya kemudian satu senyuman terukir di wajahnya.
"Thalia." Dia menjawab kemudian segera memeluk wanita tersebut. Dia tidak menyangka yang dia akan bertemu lagi dengan rakan lamanya itu.
"How are you? Setelah lama tidak bertemu, akhirnya kita bertemu hari ini dalam keadaan begini." ujar Pn.Amily sambil mengesat air matanya yang sudah bertakung di kelopak mata.
"I'm fine...don't be sad. Everything will be okay. Sabar, okay. Kamu sudah laporkan kepada polis ke tentang hal ini?" Pn.Thalia bertanya, Pn.Amily mengangguk lemah.

Petang tadi apabila Orange balik dari sekolah, mamanya hairan kerana Selina tidak balik bersama dengannya. Dia ingatkan anak bongsunya itu balik bersama-sama Orange kerana sewaktu dia datang ke rumah, tidak kelihatan bayang-bayang Selina. Namun, dia masih berfikiran positif yang Selina akhirnya mengambil keputusan untuk balik bersama kakaknya itu. Dia mulai tidak sedap hati apabila Orange cuba menghubungi telefon bimbitnya berkali-kali tetapi tidak berjawab. Pelbagai kemungkinan muncul di fikirannya.

Ini bukan kali pertama dia membiarkan Selina balik sendiri tanpa dijemput, lagi pun dia bukan lagi budak kecil untuk tidak tahu menaiki bas. Kalau dikira darjah kematangan, Selina lebih matang berbanding Orange dan lebih pandai menjaga diri. Namun, kali ini dia benar-benar risau dengan anaknya itu. Selina tidak pernah mengabaikan panggilan tanpa tidak disambut.

Hujan yang turun semakin lebat, menyebabkan keadaan lebih gelap padahal jam baru menunjukkan jam6.00 petang.
"What the police said?" Noah bertanya kepada Orange yang duduk di sebelahnya. Pn.Thalia dan Pn.Amily pula sedang berbual di ruang makan dapur.
"They said, we need to wait till 24hours. Manalah tahu dia keluar dengan rakan-rakan tapi saya sangat pasti yang Selina tidak keluar bersama rakan-rakannya. Mama sudah hubungi teman-teman rapatnya tapi semua sudah pulang ke rumah masing-masing. They said that Selina going home right after school today." Orange menyandarkan tubuhnya ke sofa sambil mengurut-ngurut kepalanya yang mulai diserang sakit kepala. Perasaan menyesal juga timbul dalam hatinya tiba-tiba, dia terbayang wajah kecewa Selina apabila dia memberitahu adiknya itu yang dia akan balik lewat untuk membuat tugasan. Kenapalah banyak-banyak hari, hari ini juga dia membawa Noah agar stay back untuk menyiapkan tugasan.
"Don't worry, she'll be okay. Awak sudah try call dia lagi? Manalah tahu, tadi dia sibuk shopping atau membawang. Awak faham-faham sajalah kalau kaum hawa sudah mulai kupas bawang." Ujar Noah sambil tersengih-sengih cuba untuk menyedapkan hati Orange.
"Awak nak kata yang perempuan nie kuat membawanglah? Am i one of them?" Orange menjawab sambil menjegilkan matanya memandang lelaki tersebut.
"Well, if you are a woman then you're one of them."
Pantas Orange mencapai lengan lelaki tersebut untuk mencubitnya tetapi Noah lebih pantas mengelak.
"Stop! Jangan nak cubit-cubit boleh tak. Sakit okay..." Noah menjarakkan dirinya, manalah tahu Orange akan mencuba lagi mencubit lengannya. Walaupun tangannya agak sasa tapi sakit juga jika dicubit.
"Awak tak nampak ke saya tengah risau? Boleh pula awak buat lawak bodoh lagi...kena cubit tahu pula sakit." Orange membebel. Noah mengabaikannya kemudian mulai bermain dengan telefon bimbitnya.
"Try to call her again..." Hanya itu sahaja yang dia katakan.
Orange mencebik kemudian pantas mendail nombor Selina sekali lagi. Namun, kali ini panggilannya sudah tidak dapat disambungkan. Sama ada telefon bimbit Selina kehabisan cas bateri atau ditutup. Dia menoleh kearah Noah pantas, perasaan gementar dan takut datang bertandang kembali. Dia tidak dapat mencari kata-kata untuk memberitahu Noah. What if something happen with her little sister?
"Why?" Noah yang menyedari Orange senyap tiba-tiba merenung gadis tersebut.
"Phone Selina tidak dapat dihubungi. Tadi sewaktu mama yang call masih boleh dihubungi. Apa yang saya perlu lakukan sekarang?" Suara Orange bergetar hampir mahu menangis. Fikirannya kini benar-benar buntu. God, please help me. Jagakan Selina untuk kami, janganlah ada apa-apa yang terjadi kepadanya. Dia berdoa di dalam hati.
"Cuba berikan saya nombor telefon Selina. Manalah tahu, phone awak kehabisan kredit." Noah cuba menenangkan hati Orange.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now