Kereta Honda City hitam milik Noah meluncur laju di jalan raya, amarah yang membara seakan membakar hatinya. Lampu hijau yang sudah bertukar merah, dia langgar tanpa rasa bersalah. Bingit telinganya dek hon pemandu lain tidak dia pedulikan, hanya satu arah tujuannya iaitu ke rumah Caleb. Kalau boleh mahu sahaja dia merempuh semua kereta yang menghalang jalannya tetapi dia tahu jika dia terlalu mengikut perasaannya itu, dia bakal menjadi arwah. Not before Caleb. Terngiang-ngiang ditelinganya apa yang dikatakan oleh Elisya sebentar tadi sewaktu di Balai Polis. Terbayang juga wajah Orange yang terluka sekali lagi, wajah devastated Pn.Amily dan En.Philip. Dia benar-benar tidak boleh memaafkan Caleb lagi, ini memang sudah terlalu keterlaluan. He is not a human, doesn't deserve to live the life and he is belong to the hell. He will really kill the man today, no matter what happen.
Tiba di luar rumah Caleb dia memanjat pagarnya tanpa menekan loceng di pintu pagar, dia memang tidak berhasrat untuk memaklumkan kehadirannya kepada lelaki itu. Kalau boleh dia mahu membunuhnya terus tanpa mendengar apa-apa alasan yang dia akan berikan tapi seriously apakah alasan yang munasabah untuk membunuh seorang manusia? Apa salah Selina? Sehingga diperlakukan sedemikian rupa, adakah dia tahu kenapa dia perlu melalui semua itu? Poor Selina.
"Caleb! Where are you?!"
Dia tidak peduli dengan jiran sekitar rumah keluarga Caleb, yang dia tahu dia mahu bertemu dengan lelaki tersebut dan membelasahnya cukup-cukup sehingga dia berasa puas. Nyah dengan semua undang-undang dan peraturan. Dia tidak peduli dengan semua itu.
"Caleb! Get out!"
Dia berteriak lagi.
Pintu rumah dibuka dan Caleb keluar dengan selamba, wajahnya tidak mempamerkan sebarang rasa bersalah atau takut. Cukup tenang.
"What are you doing in my house?"
Matanya tajam merenung Noah, jelas sekali dia tidak tahu yang rahsianya sudah terbongkar atau dia memang tidak kisah tentang semua itu.
Pukkk!
Satu tumbukan padu singgah di pipi kirinya menyebabkan dia jatuh menyembah bumi. Kemudian satu lagi tendangan rendah singgah di tubuhnya, cukup untuk membuatkan dia mengaduh kesakitan tidak lagi mampu untuk bangun dari jatuhnya. Noah bukan calang-calang orangnya, tali pinggang hitam yang dia miliki bukan sekadar perhiasan semata-mata. Dia mampu menumbangkan 5 orang lelaki dewasa yang mempunyai asas seni mempertahankan diri, inikan pula Caleb seorang.
"What the hell are you doing? Are you crazy?" Caleb membentak marah, dia tahu yang dia tidak mampu untuk melawan Noah kerana dia tahu tahapnya dan di mana tahap Noah.
Noah mencebik mengejek.
"Am i crazy? What do you think? Psycho."
Jiran-jiran Caleb yang ada di dalam rumah mereka sudah berkeluaran mahu melihat apa yang terjadi, terkejut dengan teriakan Noah sebentar tadi. Ada yang cuba untuk membantu tapi tidak mampu untuk masuk ke dalam halaman rumah Caleb kerana pintu pagar masih berkunci. Ada juga yang sedang bercakap di telefon, mungkin sedang melaporkan kejadian gaduh tersebut kepada pihak polis.
"Lebih baik awak berterus terang dengan saya. What are you doing to Selina?"
Riak wajah Caleb sedikit berubah mendengar nama Selina disebut, dia kelihatan resah tiba-tiba. Keyakinannya sebentar tadi hilang serta-merta. Matanya melilau memandang sekeliling, melihat ramai jirannya sedang memerhatikannya dia cepat-cepat bangun dari jatuhnya dan berlari masuk ke dalam rumah. Noah menyusul di belakang belum berpuas hati kerana Caleb tidak menjawab soalannya.
"Explain to me! What are you doing to Selina? Jangan cuba-cuba nak menipu, we know you did it. You took her life away, Psycho!"
Caleb tidak sempat untuk berbuat apa-apa, Noah sudah mencengkam bajunya. Dia meronta-ronta meminta dilepaskan tetapi cengkaman Noah yang kuat menyebabkan dia tidak mampu untuk melawan.
YOU ARE READING
Cinderella seorang Putera (COMPLETED)
Teen FictionOrange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampuk...