Bab 12 : The Sprout

920 54 0
                                    

Hanya Rindu by Andmesh berkumandang di corong telinga Orange. Rindu dengan siapa? Dia tersenyum sendiri, bukan siapa-siapa atau lebih tepat lagi. Tiada siapa-siapa. Orange menghela nafas sedih. Sedih mengenangkan nasib dirinya yang seakan tidak mempunyai masa depan yang pasti. Wajah Noah terbayang di fikirannya tiba-tiba dan terlintas kembali persoalannya kepada lelaki itu beberapa hari lalu, awak suka saya ke? Orange memejamkan matanya, telinganya terasa panas tiba-tiba. Dasar perempuan tak tahu malu, boleh pula tanya soalan sedemikian dengan yakinnya. Awak rasa awak layak ke nak tanya soalan sedemikian Orange? You are none other than some weirdo that minggles around Noah. Orange menggeleng perlahan, hari demi hari semakin menjadi-jadi pula sikapnya, kan lagi baik kalau dia kekal seperti dahulu. Hidup aman dan damai tanpa mempedulikan hal sekeliling atau orang sekelilingnya.

Namun, bila difikirkan kembali. Noah bukanlah teruk sangat bila dia semakin rapat dengan lelaki itu. Mungkin dulu, sewaktu awal perkenalan lelaki itu agak kasar dan tidak berhati perut tetapi bila difikirkan kembali, lelaki itulah yang membawa keyakinan dirinya sedikit demi sedikit untuk bergaul dengan orang lain. Walaupun sekarang dia bukanlah mempunyai ramai sangat rakan namun, lebih baik dari sebelumnya. Orange menghela nafas panjang dia juga kini selangkah lebih rapat dengan Caleb, lelaki idamannya itu. Dia tidak tahu bagaimana tetapi hubungannya dengan Noah seakan membuatkannya lebih dekat dengan Caleb sehari demi sehari. Satu perkara yang dia tidak fahami adalah hubungan yang agak rumit diantara Noah dan Caleb. Seakan terdapat satu batu besar yang menjadi penghalang dan menghimpit mereka berdua. Apakah yang terjadi sebenarnya diantara dua jejaka tersebut?
Dalam diam tanpa Orange sedari, kehadirannya membawa satu lembaran baru dalam hidup dua jejaka tersebut.

********
Caleb merenung pantulan dirinya di hadapan cermin, lebam di pipi kirinya masih kebiruan. Terbayang wajah bengis Noah ketika memandangnya yang sedang terjelopok menyembah bumi, bagaimana tubuh lelaki itu menggigil menahan diri untuk membelasahnya lebih teruk. Dia menghela nafas berat, selepas beberapa tahun berlalu Noah masih belum pernah mahu bersua dengannya dan mendengar penjelasan darinya. Jangankan mahu berhenti sejenak memberinya waktu untuk berbicara, Memandangnya juga tidak pernah. Caleb tahu yang Noah kecewa dan sedih kehilangan Leon tetapi bukankah yang masih hidup ini perlu meneruskan hidup?
Kemudian, fikirannya beralih pula kepada Orange, gadis yang selama ini menarik perhatiannya. Bukan kerana penampilannya sudah berubah sedikit tetapi kerana gadis itu sudah mencuri perhatiannya sejak pertama kali mereka bertemu. Perwatakan gadis tersebut yang cukup berbeza dengan gadis-gadis lain membuatkannya mahu mengenali gadis tersebut dengan lebih rapat. Namun, setiap kali dia mahu memberanikan dirinya untuk mendekati Orange, ada sahaja halangan. Kalau bukan Corina muncul tiba-tiba, mesti ada hal lain yang akan berlaku. Tambahan lagi, Orange seakan tidak menyedari kewujudan dirinya. Bagaimana kalau dia mendekati gadis tersebut dan dia di sambut hambar atau langsung tidak di layan.
Pertembungan pertama pagi itu, ketika Orange hampir jatuh terlanggar dirinya cukup membuatkan dirinya gembira dan gadis itu membalas senyumannya (atau itu hanya khayalannya semata-mata). Kemudian dia juga yang menghantar Orange ke bilik sakit ketika lututnya tercedera dan saat itu dia sungguh bahagia kerana dapat merenung wajah gadis tersebut. Bagaimana manisnya senyumannya walaupun Pn.Melissa membebel tanpa henti. Caleb tersenyum sendiri, sedikit lupa tentang sakit di pipinya. Perkara yang dia tidak sangka adalah Noah. Adakah lelaki itu memang benar mempunyai hubungan dengan Orange? Dia seakan tidak percaya dengan khabar angin yang tersebar walaupun dia sendiri melihat posting ig Noah bersama dengan Orange. Sehinggalah hari ini, lelaki itu menumbuk dirinya dan hampir membelasahnya jika tidak di halang oleh Orange. Adakah tumbukan itu untuk kisah lama mereka atau untuk Orange?
Namun demikian, dirinya masih sukar untuk menerima kenyataan. Dia tidak percaya yang Orange boleh bercinta dengan Noah kerana selama mereka memulakan pengajian di Pra-U tidak pernah sekalipun dia melihat Noah mendekati Orange, kalau Orange yang memulakan langkah memang jauh sekali. Dia tahu gadis itu jenis yang suka menyendiri dan tidak mempunyai ramai kawan kecuali Corina, sepupunya.
Apa-apa pun dia tidak akan pernah menyerah kalah. Selagi belum ada apa-apa hubungan yang sah dia masih mempunyai harapan untuk mendekati Orange juga. Kisah lalu dengan Noah?
Past is past.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now