Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ketukan yang kuat di pintu bilik Noah membuatkan dia terjaga dari tidurnya. Sayup-sayup juga kedengaran suara mamanya memanggil namanya berulang kali. Dia merengus geram kerana baru beberapa jam yang lalu dia berjaya melelapkan matanya selepas terlanjur bermain game sehingga jam4.00am.
Noah mencapai telefon bimbitnya di birai katil dan memeriksa jam sudah menunjukkan jam berapa.8.30am.
Ahad.Ahhhh, apa yang urgent sangat di hujung minggu hinggakan dia mahu tidur pun tidak senang. Dia membentak geram di dalam hati, kalau diikutkan hati mahu sahaja dia meneruskan tidurnya dan membiarkan mamanya di luar bilik. Namun, dia bukanlah seorang anak yang derhaka. Dia tidak sanggup untuk membuatkan mamanya ternanti-nanti.
Perlahan-lahan dia turun dari katilnya dan menuju ke pintu bilik. Dia membiarkan rambutnya yang tidak terurus seperti sarang burung."Yes, mama...what happen?"
Noah membuka pintu biliknya dengan yakin.
"Oh, my God! Noah...you just wake up? I'm so sorry, did i wake you up?" Mata Noah terbeliak kerana terkejut bukan kepalang melihat Elisya. Bukan mamanya tetapi Elisya. Yes, Elisya on weekend infront of his door. Wth, is she doing in his house?
"Awak buat apa di rumah saya?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Noah. Perasaannya tiba-tiba membuak-buak geram melihat gadis tersebut. Tidak pasal-pasal tidurnya yang sangat berharga di hujung minggu terganggu oleh tetamu yang tidak pernah diundang. Kalau Orange yang berdiri di hadapan pintunya sudah tentu dia dengan senang hati akan memeluk gadis tersebut.Elisya tersengih-sengih sambil bermain-main dengan hujung rambutnya, malu-malu mahu memandang Noah. Gedik. Noah memarahi di dalam hati.
"Actually, i nak breakfast with you today. So, i come early to make your breakfast with auntie but auntie said that you always wake up late. Well, thats why i knocked your door to wake you up."
Noah mendengus marah kemudian menutup pintu biliknya tapi di tahan oleh Elisya. Nonsense. Mamanya pun satu, boleh pula dia benarkan Elisya masuk ke dalam rumah dan menyediakan sarapan untuknya dan lagi penting naik ke biliknya. Damn."Eh, no need to mandilah. Jom, turun bawa and breakfast together. Auntie and i dah siap masak breakfast. I cook something special for you." Ujar Elisya lagi dengan aksi manjanya. Namun, Noah tidak mempedulikannya. Dia menolak daun pintu tersebut dengan kasar, tidak peduli dengan tangan Elisya yang menahannya. Nasib baiklah gadis tersebut sempat juga menarik tangannya daripada tersepit. Kalau tersepit, boleh tahan juga sakitnya. Boleh masuk wad ICU kerana Noah menghempaskan pintunya dengan sepenuh tenaga. Cukup untuk memperlihatkan betapa dia tidak menyukai kehadiran Elisya.
Tok! Tok! Tok!
Elisya masih tidak berputus asa. Dia masih berusaha untuk memujuk Noah agar turun bersamanya untuk sarapan bersama-sama. Hal tersebut membuatkan Noah semakin meluat dan geram. Jika tadi matanya masih terasa berat kerana mengantuk tetapi kini matanya sudah cukup segar. Dia duduk di birai katilnya, memikirkan cara apa yang boleh dia lakukan untuk menghalau Elisya dari rumahnya. Kemudian satu senyum terukir di wajahnya, dia mencapai telefon bimbitnya dan menekan butang dail. Dasar perempuan tak tahu malukan, biar saya kenakan awak kaw-kaw.
********
Komputer riba Orange sudah tersedia di atas meja belajarnya tetapi dia masih tidak tahu apa yang dia mahu lakukan. Timbunan buku-buku rujukan yang dia pinjam daripada perpustakaan sekolah dan daerah juga masih tersusun rapi belum dibaca. Fikirannya tepu tidak mampu untuk berfikir dengan baik.Komik dan majalah di rak sebelah mejanya seakan memanggil-manggil namanya meminta untuk dibaca. Tahan Orange, tahan...Dia menarik nafasnya dalam-dalam, cuba untuk bertenang. Manalah tahu, mood study-nya akan datang tiba-tiba bersama dengan limpahan idea yang melimpah-ruah.
Alunan muzik deringan telefonnya membuatkan dia tersentak. Siapalah yang menelefonnya awal pagi di hari Ahad ini. Dia mencapai telefon bimbitnya dan nama 'the devil' tertera di skrin telefonnya. OMG, apa lagi yang lelaki ini mahukan darinya di hujung minggu. Tidak cukupkah dia mengenakan dirinya sewaktu hari persekolahan. Tidak bolehkah dia berehat dengan aman dan damai di rumahnya tanpa sebarang gangguan? Namun, mahu tidak mahu terpaksa juga dia menyambut panggilan tersebut. Nanti tidak pasal-pasal pula dia akan dimarahi lagi oleh Noah pada hari esok.

YOU ARE READING
Cinderella seorang Putera (COMPLETED)
Roman pour AdolescentsOrange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampuk...