Bab 27 : No More Secret

631 29 0
                                    

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Noah diketuk beberapa kali.

"Come in, mama. Pintu tidak berkunci." Noah menjawab separuh menjerit.

Pn.Thalia menjenggukkan kepalanya ke dalam bilik kemudian apabila melihat anaknya itu sedang sibuk bermain game di komputer ribanya dia masuk dan duduk di birai katil. Dia tidak berkata apa-apa hanya memerhatikan Noah yang kelihatan khusyuk dengan game-nya itu. Setelah lama suasana sunyi senyap, Barulah Noah melirik memandang mamanya. Mesti ada sesuatu yang mahu dia katakan tetapi sengaja tidak mahu memulakan perbualan. Dia pasti mahu Noah yang memulakan bicara. Noah meneka di dalam hati. Setelah beberapa ketika cuba untuk tidak mempedulikan mamanya, dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidak bermain game lagi dan menarik kerusinya ke hadapan Pn.Thalia. Dia merenung wajah mamanya itu, cuba untuk mentafsir apa yang sedang bermain di mindanya.

"Apahal nie mama? Muka masam, serius macam nak telan Noah sahaja..." Noah cuba berseloroh. Namun, raut wajah Pn.Thalia tidak berubah, dia masih dengan muka seriusnya. Okay, apa yang telah terjadi sebenarnya? Adakah dia telah melakukan apa-apa kesilapan siang tadi? Adakah Orange mengadu sesuatu yang tidak baik tentang dirinya? Atau...Noah menghela nafas berat. Ini pasti tentang Caleb. Confirm 100% tapi macam mana kalau tekaannya salah? Okay, cuba lagi pancingan kedua.

"Mama nie buat muka serius tak nak jawab soalan Noah. Menakutkanlah...Noah seperti telah melakukan satu kesalahan besar. Cuba mama jelaskan kepada Noah, manalah tahu Noah boleh jelaskan sejelas-jelasnya kepada mama. Kalau Orange ada mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang Noah, don't believe it. Itu semua dusta." Noah berpura-pura tidak tahu. Manalah tahukan, apa yang difikirannya itu adalah silap. Jangan-jangan sebenarnya mamanya hanya mau bergurau dengan dia. Tidak pasal-pasal nanti dia membocorkan rahsia sendiri. Tidakkah itu merupakan tindakan masuk ke dalam mulut buaya?

"Noah, cuba berterus terang dengan mama. What happen between you and Caleb? Kenapa Noah seakan tidak menyukai kehadirannya siang tadi? Selalunya jika dahulu Caleb datang ke rumah, paling sekejaplah dia akan melepak di rumah sehingga jam6.00 petang kalau dia datang pada awal pagi. Tetapi hari ini, tidak sampai 15 minit dia sampai dia sudah beredar kembali. Malahan, langsung tidak memaklumkan kepada mama."

Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nampaknya apa yang dia sangkakan akan mamanya tanya adalah benar. Memang berkaitan dengan Caleb. Sekarang apa yang perlu dia beritahu kepada mamanya? The truth atau mencari alasan lain? Kalau dia memberikan alasan lain, apa alasan yang paling logik? Caleb cuba untuk merebut Orange darinya? Alasan yang cukup lemah. So what?

"Tidak ada lagi penipuan atau berselindung sana-sini, Noah. Just tell mama the truth." Pn.Thalia seakan dapat membaca fikiran anaknya itu yang cuba untuk mencari alasan lain.
Mahu tidak mahu, Noah terpaksa menyusun kata-kata terbaik untuk menerangkan situasi diantaranya dan Caleb. Mungkin ada baiknya jika dia tidak menyimpan apa-apa rahsia lagi kepada mamanya. Tidak termasuk rahsia, terpaksa menggunakan duit simpanan emergency-nya untuk membeli rim baru keretanya atau rahsia tentang dia telah merosakkan mesin pengisar mamanya beberapa bulan yang lalu dan banyak lagi rahsia yang lain. Yang mana Noah pasti dan yakin, sebenarnya diketahui oleh Pn.Thalia tapi dia sengaja tidak menyebut atau memarahinya. Kembali kepada kisah sebenar, sekarang dia perlu menjelaskan semuanya yang berkaitan dengan hubungan persahabatannya dan Caleb dari A hingga Z.

"Mama, if i tell you the truth. Saya harap mama dapat memahami situasi sebenar. Mungkin bagi mama, hal ini remeh temeh tetapi mama kena faham yang menghadapinya ialah Caleb dan Noah sendiri. Saya tidak salahkan Caleb untuk tidak cuba memperbaiki kembali persahabatan kami kerana saya juga belum mampu untuk menerima kenyataan." Pn.Thalia tidak menjawab, dia menanti Noah meneruskan kata-katanya dan menjelaskan kepadanya apa yang telah terjadi.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now