Bab 13 : Run Baby Run

914 44 0
                                    

Permulaan yang buruk tidak semestinya akan berterusan menjadi mimpi buruk. Kadangkala, ianya akan menjadi mimpi yang lebih indah daripada mana-mana mimpi yang lain. Begitu juga dengan perhubungan diantara manusia, perkenalan yang tidak dirancang mungkin akan membawa kepada sesuatu yang boleh mengubah kehidupan seseorang.

Hubungan Noah dan Orange yang selama ini agak huru-hara, kini menjadi lebih baik. Orange yang dulunya agak introvert juga semakin terbuka untuk bergaul dengan orang lain yang ada di sekelilingnya. Hari demi hari dia mencuba untuk merobohkan benteng yang dia bina selama ini memisahkan dunianya dan dunia luar. Terima kasih diari.

"Orange, wait for me!" Corina memanggil sambil berlari anak mengejar Orange di hadapan. Nafasnya tercungap-cungap dek kepenatan, dia tidak menyangka Orange berlari agak laju daripadanya.
Hari ini mereka menyertai Fun Run yang dianjurkan oleh sebuah badan swasta. Orange yang sebelum ini tidak pernah menyertai event seperti ini mengajaknya dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat. Untuk tidak mahu mengecewakan sahabat baiknya itu a.k.a sepupunya terpaksa juga dia menyertainya. Padahal tidak pernah terlintas di fikirannya tentang event seperti ini akan dia sertai.

"Come on, Cor! Semangat! Kita perlu habiskan larian dalam ranking 50 terbaik. Tho, this is our first time." Ujar Orange sambil terus berlari anak tanpa mempedulikan Corina yang hampir putus nafas mahu mengejarnya. Gila ke apa perempuan seorang ini. Ada hati mahu menamatkan larian top 50 padahal bersenam pun tidak pernah. Corina memarahi dalam hati tapi mahu tidak mahu terpaksa juga dia gagahkan langkah kakinya.

"Anggap sahaja yang kita dikejar zombie. You see the people behind us, just imagine...that they are zombies and we are running from them." Orange menambah lagi sambil menoleh sekilas memandang Corina di belakangnya. Corina tidak menjawab, dia membiarkan kata-kata Orange itu tidak berbalas. Mahu mengatakan sepatah perkataan pun, rasanya agak payah saat ini. Kalau boleh dia mahu berbaring di tepi jalan tanpa mempedulikan peserta yang lain. Nasiblah dia ada rasa malu, apatah lagi apabila melihat sebilangan daripada para peserta adalah peserta veteran dan masih dapat berlari dengan tenang.

Orange tersengih lucu melihat wajah Corina. Dia tahu yang sepupunya ini bukan jenis yang suka bersukan, jangankan menyertai aktiviti sukan, bersenam untuk kesihatan juga tidak pernah. Nasib sahajalah, badannya kekal slim walaupun tidak pernah bersenam. Dia agak terkejut apabila ajakannya beberapa minggu lalu untuk menyertai Fun Run diterima oleh Corina tanpa sebarang rungutan. Mungkin kerana dia mahu menyokong setiap keinginnannya untuk mula bersikap terbuka dengan dunia luar. Thanks, Cor.

"Hey, Orange! I thought its not you. Ingatkan saya just berimaginasi sahaja."
Satu suara menegur Orange dari belakang. Dia menoleh pantas. Kelihatan Caleb tersenyum lebar di sebelah Corina sambil mengangkat tangannya melambai mesra. Langkah Orange serta merta menjadi lebih perlahan, dia tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki itu. Dia hanya tersenyum sambil meneruskan langkahnya yang sudah menjadi sumbang.
"Tidak sangka yang kita akan bertemu di sini." Caleb menegur lagi dan kali ini dia sudah berlari seiringan dengan Orange.
Orange tersenyum lagi tapi tidak menjawab apa-apa. Dia teringat kembali kata-kata Noah yang melarangnya untuk berbual dengan Caleb dan setiap satu akibatnya jika dia melanggar arahan Noah. Namun, saat ini Noah bukannya ada atau akan tahu. Lelaki itu sedang sibuk bermain games di rumah atau sedang lepak bersama dengan teman-temannya di mall. Terbayang di benaknya wajah lelaki itu apabila dia mengajaknya, wajah mengejek dan selepas itu dia terpaksa mendengar ejekannya dari A sehingga Z dan bagaimana dia memberi 1001 alasan untuk tidak turut serta.
"Kalau saya tahu awal-awal awak turut serta, boleh kita berlari bersama sejak awal. Tak juga bosan berlari keseorangan."
Caleb menambah lagi, cuba memancing Orange untuk bersuara. Orange masih tidak menjawab apa-apa. Caleb mulai gusar, adakah gadis itu tidak menyukai kehadirannya. Mungkinkah apa yang dia fikirkan selama ini adalah silap? Orange tidak pernah meminatinya. Selama ini dia cuma berperasaan sendiri dan bertepuk sebelah tangan.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now