Bab 16 : New REALITY

778 42 1
                                    

Angin yang bertiup membawa seribu satu pesan.

Caleb mundar mandir di hadapan banglo milik keluarga Orange. Sesekali dia menekan loceng di luar pagar. Namun, tidak ada tanda-tanda bahawa seseorang akan keluar dari dalam rumah. Bukan mudah bagi dirinya mengambil keputusan yang agak drastik ini untuk datang ke rumah Orange. Secara kebetulan dia pernah melihat Orange di luar pagar rumahnya dahulu dan menumpangkannya ke sekolah, maka dia tahu dengan pasti di mana rumah gadis tersebut. Tapi kini, kehadirannya sia-sia sahaja. Dia mahu meluahkan perasaannya terhadap Orange. Tidak kisahlah gadis itu mahu menerimanya atau tidak, yang pastinya dia mahu Orange tahu bahawa dia menyimpan perasaan terhadap dirinya.

"Excuse me, anak muda...who are you? And what are you doing in front of my house?"
Seorang wanita dalam pertengahan usia keluar dari dalam rumah. Akhirnya, tidak sia-sia saya datang. Caleb tersenyum manis.

"Hi, auntie. I'm Caleb. Actualy, saya datang nak jumpa dengan Orange."

Pn.Amily mengangkat keningnya sedikit terkejut. Okay, ini adalah kali pertama seorang jejaka tampan datang mencari Orange. Oh, bukan yang pertama. Hampir dia terlupa tentang seorang lagi yang berambut blonde, teman lelaki Orange. Ini adalah yang kedua dan orangnya juga bukan calang-calang. Tampan seperti Tom Cruise (pada pandangan Pn.Amily).

"Is Orange home, auntie?"
Caleb memberanikan dirinya bertanya.

Pn.Amily tidak menjawab, matanya merenung Caleb dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Boleh tahan famous juga anak daranya ini. Baru berubah sedikit penampilannya, berbaris dua jejaka tampan mahukan dia. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Pn.Amily tersenyum sendiri.

"Awak classmate Orange ke?" Pn.Amily tidak menjawab soalan Caleb, sebaliknya menanyakan soalan lain. Ibu mana yang tidak mahu menyoal siasat kalau ada kawan lelaki yang datang ke rumah untuk mencari anak gadisnya.

"Oh, tidak...schoolmate only. Tapi kelas kami boleh dikatakan bersebelahan dan saya..." Caleb tidak meneruskan kata-katanya melihat wajah Pn.Amily yang sedang serius merenungnya. Dia salah cakap ke? Dia tersengih seperti kerang busuk. Setelah beberapa ketika mengamati pemuda tersebut dan yakin bahawa dia datang berniat baik, barulah Pn.Amily bersuara lagi.

"Tunggu sekejap. Auntie panggil Orange keluar." Pn.Amily kemudiannya berlalu masuk kembali ke dalam rumah.
Berbunga-bunga hati Caleb, tidak sabar menanti Orange keluar. Jantungnya tiba-tiba berdebar lebih kencang daripada yang biasa, dia cuba untuk bertenang tetapi gagal.

Beberapa minit kemudian, kelihatan Orange keluar dari dalam rumahnya. Berpakaian polos dan bersahaja. Namun, kelihatan semakin cantik di mata Caleb. Sedang dilamun cinta, katakan.

Caleb melambai mesra sambil tersenyum manis di luar pagar. Orange membalasnya bersahaja, kemudian dia membuka kunci pintu pagar tersebut agar Caleb boleh masuk ke dalam halaman rumah.

"Hi, Orange. Sorry, saya mengganggu awak ke nie?" Caleb bertanya sambil matanya memandang tepat kearah mata gadis tersebut.

Orange menggeleng perlahan. Hatinya tertanya-tanya, apa tujuan sebenar lelaki itu datang ke rumahnya hari ini. Mereka kemudiannya duduk di patio berhampiran kolam ikan milik papanya.

"Rumah awak cantik."
Caleb yang bingung mencari kata-kata berusaha untuk mencari isu.

Sekali lagi, Orange sekadar tersenyum sahaja. Sukar untuk mahu memancing suaranya. Caleb semakin butuh, dia tidak tahu apa lagi topik yang boleh dia bangkitkan.

Di dalam rumah, Selina dan Pn.Amily sibuk mengintai dari tingkap ruang tamu. Sesekali mereka bersembunyi di sebalik tabir, takut di lihat Orange. Nanti tidak pasal-pasal mereka akan dimarahi. Walaupun, anak gadis tersebut agak pemalu dan pendiam di luar tetapi kadang-kadang boleh menjadi sedikit agresif jika berada di rumah. Sebab itulah, mereka tidak boleh membiarkan Orange melihat gelagat mereka mengintai.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now