Benar kata orang, jangan menaruh suatu harapan itu terlalu tinggi nanti jika terjatuh, sakitnya bukan kepalang.
Kereta Axia milik Orange (hadiah selepas mencapai keputusan SPM yang cemerlang) kelihatan berparkir di tepi jalan raya. Rumahnya hanya beberapa meter sahaja lagi tetapi dia mengambil keputusan untuk duduk di kereta dahulu. Fikirannya kacau bilau. Dia tidak dapat berfikir dengan lebih waras ketika ini.
Dalam masa kurang daripada 12jam, dia menolak dan ditolak. Padan muka awak Orange, orang kata lebih baik mencintai orang yang mencintai kita daripada mereka yang kita cintai.
Wajah Noah dan Elisya serta Xavier silih berganti di kepalanya. Derai tawa dan pandangan sinis mereka membuatkan hati Orange semakin terluka. Apatah lagi apabila melihat Noah...dia tidak sanggup untuk memikirkannya.
Awak terlalu naif dalam menilai orang di sekeliling awak, Orange. Orange menghela nafas berat. Dia tidak tahu, kepada siapa perlu dia luahkan segala yang terpendam di dalam hatinya. Corina? Mamanya? Orange memejamkan matanya, pedih. Terlalu banyak air mata yang tumpah menyebabkan matanya terasa pedih. Bodoh. Kenapa perlu membazirkan semua itu demi seorang insan yang tidak layak langsung untuk ditangisi. Orange menggosok matanya kemudian melihat pantulan wajahnya di cermin depan. Bengkak.
Oh, bagaimana saya perlu balik ke rumah jika dalam keadaan begini? Lebih teruk lagi, bagaimana dia mahu ke sekolah esok? Bagaimana dia mahu berhadapan dengan Noah dan juga Xavier?
Dia sudah tidak kisah tentang diarinya atau isi kandungannya atau rahsia yang bakal tersebar jika Noah menyebarkannya. Hidup mesti diteruskan. No matter what happen.
Bila dia sudah pasti, Pn.Amily dan Selina sudah masuk ke dalam bilik masing-masing, barulah Orange pulang ke rumah dan bergegas masuk ke dalam biliknya. Dia tidak mahu sesiapa melihat keadaan dirinya saat itu. Kusut masai mengalahkan orang homeless.
Sepanjang malam, dia bertarung dengan dirinya sendiri. Memikirkan apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan bahawa dia kekal kuat dan tidak goyah dengan semua itu. Orange tahu, dirinya kurang keyakinan diri sejak azali lagi. Hanya beberapa bulan ini dia keluar sedikit daripada zon selesanya dan bergaul dengan orang di sekelilingnya. Semua itu, disebabkan oleh Noah. Yes, Noah. Apabila dia mulai menaruh 99% kepercayaan kepada lelaki itu, dalam tempoh yang agak singkat kepercayaan itu diragut kembali.
Disebalik kekecewaan dan sakit hati yang dia rasai, Orange seakan masih tidak mempercayai yang Noah sanggup melakukan hal tersebut kepadanya. Air matanya kembali mengalir. Tangannya pantas mengesat air mata tersebut. Enough Orange! Enough! Awak sendiri yang memilih jalan ini. Maka awak harus menerimanya dengan hati yang terbuka.
Be different, be confident.
********
Pagi itu, Orange bersiap lebih awal daripada biasa. Selepas kejadian semalam, sudah pasti dia tidak mahu dijemput oleh Noah lagi atau itu hanya satu alasan untuk menyenangkan diri sendiri. Takut untuk menerima kenyataan bahawa Noah tidak mungkin akan menjemputnya lagi.Dia mencari pakaian yang belum pernah dia gayakan ke sekolah, rambutnya juga diikat kemas lebih bergaya dengan reben berwarna hitam. Buat pertama kalinya, dia mengaplikasikan kemahiran mekapnya dengan memilih tema natural. Bibirnya dicalit dengan lip tint pink, cermin mata yang kadang-kadang dia kenakan diganti dengan lenses natural brown. Setelah beberapa minit membuat pilihan, dia akhirnya mengenakan tshirt polos adidas berwarna putih dan seluar slack hitam bersama dengan jaket denim serta kasut converse berwarna putih. Luar daripada kebiasaannya yang sentiasa mengenakan skirt panjang dan blouse. Dia mencari-cari gelang bohemian, hadiah dari Corina beberapa tahun lalu.
Setelah selesai dan sebelum turun ke ruang tamu, dia sempat melihat pantulan dirinya. You can rock this Orange! Tangannya mencapai tote beg dan bukunya diatas meja lalu berlalu turun.
YOU ARE READING
Cinderella seorang Putera (COMPLETED)
Novela JuvenilOrange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampuk...