Bila mentari mulai tenggelam di ufuk barat, rembulan mulai menunjukkan taringnya.
Hari ini Orange mengambil keputusan untuk pulang lebih lewat daripada selalu. Dia terpaksa membuat beberapa rujukan dari perpustakaan sekolah. Gara-gara menyertai Fun Run hujung minggu lalu, dia lupa untuk menyiapkan tugasan Pengajian Am yang perlu di hantar minggu ini. Mahu tidak mahu, dia terpaksa merajinkan diri untuk stay back.
Noah yang menjadi 'supir'nya sejak akhir-akhir ini juga terpaksa stay back. Nasib baiklah dia tidak banyak songeh apabila Orange memberitahunya. Kini, lelaki itu duduk di sofa ruang membaca majalah dengan earphone setia berpasang di telinganya. Dia berpeluk tubuh sambil matanya terpejam rapat, mungkin sudah terlena diulit mimpi.
Orange tersenyum sendiri, lucu dengan keadaan Noah. Kemudian matanya menatap wajah lelaki itu penuh keasyikan. Rambut blonde milik Noah, jatuh menutupi separuh dari wajahnya, hidungnya sempurna, mancung tidak memerlukan sebarang pembedahan plastik, bibirnya seksi menjadi kegilaan ramai gadis (tidak termasuk Orange), kulitnya putih mulus tanpa sebarang cela. Kadang, Orange berasa malu dengan kulitnya yang tidak semulus kulit Noah. Sedangkan dia adalah gadis dan Noah adalah jejaka. Dia mesti ada bertan-tan produk kecantikan di rumah. Mustahil, lelaki boleh mempunyai kulit semulus itu. Kecuali dia seorang yang menjaga kecantikan, tapi biasanya hanya golongan gay sahaja yang menjaga kulit lebih rapi daripada wanita. Gay? Orange tertawa sendiri di dalam hati. Patutlah, berkali-kali dia tekankan yang saya ini bukan taste dia. Gay rupanya. Dia tertawa lagi, tawa di dalam hatinya itu hampir-hampir pecah. Nasib baik sempat di kawal.
Perhatian Orange terganggu apabila dia terdengar beberapa orang pelajar tingkatan 5 di hujung mejanya berbisik-bisik. Orange tahu dari riak wajah mereka dan tingkah mereka, mereka sedang membicarakan tentang Noah. Dia menjeling sekilas memandang Noah di sofa. Masih tidak bergerak, sungguh-sungguh terlena. Tanpa dia sedari, dia sudah berada di tepi lelaki itu. Tangannya laju menyentuh dahi Noah. Tindakan refleks tersebut membuatkan dia sendiri terkejut. Tubuhnya bergerak di luar kawalan mindanya.
Noah membuka matanya terkejut dengan sentuhan tangan Orange. Matanya terpaku, memandang Orange dengan penuh kehairanan. Orange yang turut terkejut pantas menarik tangannya kembali.
"Ingatkan awak sakit. Asyik tidur sahaja. Waktu rehat tidur, sekarang pun tidur."
Noah tidak menjawab. Dia menggosok matanya yang kembali segar kemudian menggeliat malas.
"Kerja awak sudah siap?"
Orange menggeleng perlahan.
"Sedikit lagi. Are you busy? You may go home. I'll call my mama to come. You look exhausted." Ujarnya sedikit risau dengan Noah.
Noah tidak mempedulikan kata-katanya.
"Sambunglah buat kerja awak. I can wait." Selesai dengan kata-katanya dia kembali memejamkan matanya.
Orange melirik sekilas memandang gadis-gadis tadi. Kemudian, kembali ke tempat duduknya dengan puas hati. Puas hati kerana dapat membuatkan gadis-gadis tersebut meroyan sakit hati melihatnya. Well, as people know he is her boyfriend. Perkara yang dulunya tidak mampu dia lakukan kini dia dapat lakukan.
Sedang dia sibuk mencari-cari buku rujukan lain di dalam rak buku, matanya terpaku melihat Caleb di sebalik rak tersebut tersenyum manis memandangnya. Bila masa pula Caleb masuk ke dalam perpustakaan, boleh pula dia tidak perasan. Matilah kalau Noah melihat Caleb mendekatinya. Orange menoleh pantas memandang Noah yang masih berada di ruangan majalah. Dia menarik nafas lega, nasib baiklah dia masih tertidur dengan lenanya.
"Are you looking for a reference's book for your Pengajian Am?" Caleb bertanya separuh berbisik. Orange mengangguk was-was sambil matanya sesekali melirik ke arah Noah.
YOU ARE READING
Cinderella seorang Putera (COMPLETED)
Teen FictionOrange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampuk...