Bab 10 : Killer Move

1K 50 3
                                    

Orange berjalan sambil menunduk di sebelah Noah. Tidak kuasa rasanya untuk dia mengangkat mukanya memandang ke hadapan. Dia dapat rasakan yang banyak mata memandang dan merenung dirinya dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Sesekali juga kedengaran suara-suara sumbang berbisik tentang dirinya (atau itu hanya halusinasinya semata-mata). Oh, God help me. Orange berdoa di dalam hati. Dia mengangkat sedikit kepalanya memandang Noah yang berjalan seiring dengannya dan seperti biasa lelaki itu seperti tiada perasaan dan masih dengan wajah selambanya. Sudah tentulah dia dengan wajah selamba sebab dia yang merancang semua ini untuk menyusahkan diri Orange.
"What? Am i look handsome today? Sampai awak tak jemu-jemu merenung saya sejak dari dalam kereta lagi?" Noah menegurnya tanpa memandang kearah Orange.
Gosh.
Orange tertunduk malu sendiri, wajahnya merona merah. Boleh pula dia kenakan dirinya lagi. Handsome? Handsome lagi husky jiran sebelah rumah saya. Orange mencebik di dalam hati.
"Remember, you need to wait for me today if you wanna go to the canteen or else..." Noah memberikan amaran lagi. Sepanjang perjalanan dari rumah Orange sehinggalah mereka sampai ke sekolah, dia asyik membebel tentang 'dating' rules mereka dan what 'if' Orange melanggar salah satunya. Naik jenuh dia mendengar, macamlah dirinya itu benar-benar teman lelakinya.

"Hi, Orange."
Secara automatik, langkah kaki Orange terhenti mendengar suara tersebut. Hatinya berbunga-bunga tiba-tiba. Caleb. Dia mengangkat kepalanya memandang arah suara tersebut sambil tersenyum riang.

"Orange, come! Loceng akan berbunyi tak lama lagi!" Belum sempat dia membuka mulutnya, tangannya ditarik kasar oleh Noah. Jangankan menjawab, sempat melihat wajah Noah pun tidak. Hampir tercabut tangannya ditarik oleh Noah sambil berlari ke kelas. Tercungap-cungap Orange dibuatnya.

"Awak tak jelas lagi ke dengan my 'rules' that i have told you. No talking to other boys!..."
"And no eye contact with them in no matter what happen." Orange memintas kata-kata Noah sebelum dia habis berkata-kata. Noah menarik nafas dalam-dalam kemudian meninggalkan Orange di hadapan pintu kelasnya selepas beberapa minit merenung tajam gadis tersebut.

Orange menjelirkan lidahnya geram, mahu sahaja dia menanggalkan kasutnya dan membaling kepala Noah. Tapi apakan daya itu hanyalah angan-angan semata-mata.

"Good morning Orange, you look gorgeous today." Pn.Angel menegurnya mesra, Orange tersipu malu sambil menyusul di belakang cikgunya itu, semoga perkara tidak senonoh yang dia lakukan sebentar tadi tidak dilihat oleh Pn.Angel. Dari kejauhan dia dapat melihat Corina sudah siap sedia untuk mendengar setiap satu penjelasannya seperti yang dia katakan di dalam mesejnya semalam. Good luck, Orange!

******
Mata Noah melilau memandang dua orang gadis yang melintas di luar kelasnya. Its not Orange. Dia berpaling kembali menumpukan perhatian kepada En. Claude yang sedang menerangkan jenis-jenis lukisan yang berkaitan dengan pengkaryaan dan perekaan. Walau bagaimanapun, tumpuannya terganggu lagi apabila ada susuk tubuh yang melintas di luar kelasnya. Dia sebenarnya agak bersyukur juga kerana kelasnya terletak di laluan ke tandas perempuan (in some reason). Senang bagi dirinya untuk memantau pergerakan Orange, jika dia ke tandas. Matanya tajam memandang ke luar kelas apabila susuk tubuh tersebut milik Orange dan seperti biasa, seperti sebelum-sebelum ini dia berjalan sambil melihat hujung kasutnya. Bezanya, rambut yang dulu mengerbang dan mengurai panjang kini diikat pony tails dengan kemas. Memperlihatkan sisi wajahnya yang jarang-jarang kelihatan sebelum ini. Noah tersenyum sendiri. Jauh di sudut hatinya dia memuji kecantikan gadis tersebut yang dia sembunyikan selama ini dan kini terserlah sedikit demi sedikit.

"Ouch!" Orange terjerit kecil apabila kakinya tersadung dengan simen yang tidak rata, Noah hampir terlompat untuk berlari ke luar. Nasiblah dia sempat menahan dirinya walaupun kerusinya agak terundur sedikit. Xander yang duduk di hadapannya menoleh ke belakang kerana turut terkejut mendengar bunyi kerusi Noah.
"Takkan terlentok awal pagi, Noah?" Dia menegur sambil tersengih nakal. Noah hanya tersenyum simpul sambil berpura-pura membetulkan kolar bajunya dan mengurut dadanya. Careless betullah perempuan nie. Tak pasal-pasal bertambah lagi parut di lututnya nanti. Dia memarahi dalam hati. Kemudian terbayang kejadian minggu lalu apabila Orange terjatuh di dalam kelasnya sehingga lututnya cedera dan lelaki itu yang membawanya ke bilik rawatan. Noah mengetap bibirnya geram. Kemudian, keesokan harinya, dia juga yang menjemput Orange ke sekolah menyebabkan dia terpaksa menanti di luar pagar rumah gadis tersebut tanpa mengetahui apa-apa. Nasiblah, mama Orange datang dan memberitahunya, kalau tidak memang hingga ke sudahlah dia menanti Orange keluar dari dalam rumah.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now