Mentari pagi sudah kelihatan di ufuk timur. Sinarannya menerobos masuk dari celah jendela kaca bilik Orange. Gadis itu pula masih kelihatan tidak berganjak dari tidurnya. Sudah beberapa kali Selina mengetuk pintu bilik tetapi dia abaikan. Matanya masih terpejam rapat dan selimutnya masih gah menutupi tubuhnya. Dingin pendingin hawa biliknya memberikan keselesaan tahap maksimum untuknya meneruskan tidur.
"Darling, its 7.00am. You said that you'll have history's presentation today. You shouldn't be late on your important day. Wake up and get ready. Mama will drive Selina to school. You have enough time to get ready without rushing." Kedengaran suara Pn.Amily di luar bilik. Namun, Orange masih kekal dengan tidurnya.
"Drive safe,mama..." Dia menggumam malas.
Bukan dia tidak mahu bersiap ke sekolah tetapi peristiwa kelmarin membuatkan tulang-temulangnya rapuh untuk bergerak. Wajah Noah masih jelas di ingatannya. Senyuman sinis lelaki itu dan juga kata-kata sinis yang merobek hatinya.
Kenapalah malam tak kekal gelap hingga selamanya? Orange merungut sendiri di dalam hati. Perlahan dan tanpa semangat dia bingkas bangun dari tidurnya. Dia perlu berbincang dengan Noah. Dia tidak tahu apa yang lelaki itu akan buat hari ini. Manalah tahu, dia akan membocorkan rahsia besarnya kepada Caleb. Oh, Caleb! Orange menghela nafas dalam-dalam.
********
"Orange, awak datang lewat hari ini. Why?" Corina menegurnya separuh berbisik apabila dia tiba di dalam kelas. Orange hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum kelat.
"Cikgu mana?" Orange mengalihkan topik.
"Got work to do."
Orange mengangguk, puas hati dengan jawapan Corina.Fikirannya ligat berfikir, apa yang dia perlu lakukan supaya dapat bertemu dengan Noah. Patutkah dia datang sendiri di kelas Noah atau menghantar surat layang kepada Noah atau...
Orange bingung sendiri. Ini bukanlah di dalam bidang kepakarannya. Dia tidak pernah berhadapan dengan perkara yang perlu membuatkan dia bertindak sendiri atau bersemuka dengan orang asing."Cor, i need your help." Orange bersuara tiba-tiba.
Corina mengangguk tanpa memandang ke arah sepupunya itu. Tangannya masih sibuk dengan telefon bimbitnya. Orange menanti sehingga gadis itu memandangnya tapi hampa. Dia menarik nafas dalam-dalam.
"Takpelah, Cor...got to go." Selesai dengan kata-katanya dia bingkas bangun dan berlalu keluar dari dalam kelas.
"Orange! Orange!" Corina memanggil tapi tidak dipedulikan oleh Orange.
********
Orange mengintai kelibat Noah dari balik pokok bunga di luar kelas lelaki itu. Kelihatan seperti tidak ada guru di dalamnya. Mungkin semua guru sedang bermesyuarat, fikir Orange. Dia berfikir lagi, bagaimana caranya dia mahu memanggil lelaki itu keluar dan bersemuka dengannya. Dia kemudiannya tersenyum sendiri, mendapat idea yang baginya cukup-cukup bernas sekali.
Tok,tok,tok.
Semua mata memandang ke arah pintu kelas. Kemudian...
"Opocot, mak kau hijau!" Delisa, ketua kelas 6 atas UMS terlompat daripada kerusinya. Terkejut melihat seorang gadis dengan rambut panjang mengurai menutupi wajahnya. Ala-ala hantu ju-on dalam movie seram Korea.
Berderai tawa ahli kelas yang lain apabila melihat gelagat Delisa tersebut. Walaupun sebenarnya mereka juga terkejut beruk.
"Dahhhhh, siapa pula yang kena sampuk nie? Awal pagi dah buat saya terkejut beruk?" Delisa bersuara marah.
Orange menggigit hujung bibirnya, tapak tangannya sudah berpeluh-peluh. Boleh pengsan dia rasanya untuk meneruskan rancangannya.
"Ma...maaf, saya mahu ber...jumpa de...dengan No...ah." Sayup-sayup kedengaran suara lembut dan perlahan Orange.
YOU ARE READING
Cinderella seorang Putera (COMPLETED)
Teen FictionOrange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampuk...