Let the moon shine through the darkness.
Keadaan kelas 6 A UMS pagi itu agak huru-hara, Orange mendapat sejambak bunga ros di atas mejanya. Masing-masing sedang membuat andaian dan tekaan siapa gerangannya yang menghantar jambakan bunga tersebut.
Corina yang melihat Orange baru mahu melangkah masuk ke dalam kelas menerpa kearahnya. Tidak sabar untuk menanyakan hal tersebut. Dalam fikirannya ialah Noah, melihat mereka agak berselisih faham tempoh hari membuatkan instinctnya kuat mengatakan yang bunga tersebut dari Noah untuk memujuknya. Namun, Noah di belakang Orange juga kelihatan agak terkejut. Dia tidak meneruskan langkahnya untuk ke kelas, matanya tajam merenung jambakan bunga yang diletakkan di atas meja Orange. Atau dia hanya berlakon, kononnya bukan dia padahal minta runner yang hantar. Corina membuat andaian sendiri.
"Untunglah...awal pagi ada orang bagi jambakan bunga." Nancy yang duduk di barisan hadapan kelas bersuara cemburu.
Orange dengan muka bingungnya tidak menjawab apa-apa. Dia membelek-belek bunga tersebut, manalah tahu ada kad atau diselitkan nama pengirim di dalamnya. Namun, hampa.
"Is it Noah?"
Corina pula bertanya separuh berbisik. Orange menoleh sekilas kearah Noah yang masih berdiri di hadapan pintu kelasnya kemudian menggeleng.
"So? Wow, awak ada secret admire? Wah, i'm so proud of you Orange! Bukan alang-alang, terus jambakan bunga rose dia hantar." Corina bersorak excited. Umpamanya dia sedang menonton perlawanan bola sepak dan teamnya baru sahaja menjaringkan gol kemenangan. Orange menampar tangan sahabatnya itu lembut."Memandailah awak nie..." Dia memarahi. Corina tersengih seperti kerang busuk. Rakan-rakan kelas mereka yang lain mulai mengerumuni meja Orange. Masing-masing mahu melihat dan memeriksa, manalah tahu. Ada kad atau nota tersisip di mana-mana yang Orange sendiri tidak sedar.
Noah melangkah masuk ke dalam kelas dan mengambil bouquet tersebut.
"I'll take it." Ujarnya tenang sambil berlalu keluar kemudian berhenti seketika sebelum tiba di pintu kelas. "Jangan lupa rehat ini, datang ke kelas." Kata-katanya itu disambut sorakan pelajar lelaki di dalam kelas Orange."So sweettttttttt..." Kemudian mereka mula mengajuk cara Noah masuk dan keluar sampailah kepada cara dia bercakap denyan Orange.
Orange tidak mempedulikan mereka, dia sibuk memikirkan siapakah gerangannya yang sungguh romantik dan berani menghantar bunga tersebut. Tapi jauh di dalam lubuk hatinya, dia berasa sedikit bangga. Dulu manalah pernah ada perkara begini terjadi kepadanya. Dia hanya mampu melihat sahaja rakan-rakannya yang lain menerima kiriman daripada secret admire.
Ting!
Satu mesej masuk ke dalam telefonnya.
Jangan lupa belikan saya karipap rehat nanti
Ringkas pesanan Noah. Orange mencebik geram, rasanya dia sudah jelaskan sejelas-jelasnya tentang peranannya sebagai maid tapi Noah masih suka hati mengarahnya. Kini, alasannya dia terhutang budi dengan Noah sebab mengubah dirinya.
Ting!
Satu lagu mesej masuk.
Jangan layan sesiapa kalau ada yang menghantar mesej kecuali SAYA. Tell me if anyone give you anything.
Menyebalkan. Orange merungut di dalam hati. Suka hati dialah mahu melayan siapa pun, sibuk sahaja. Geram Orange terhadap lelaki itu kembali bertandang. Tidak sudah-sudah mengawal dirinya.
Ting!
Mesej yang ketiga masuk lagi. Apa lagi yang dia mahu? Orange memarahi dalam hati. Ditambah lagi dengan suasana yang hingar-bingar dan namanya diseru berkali-kali. Mahu sahaja dia menyuruh mereka diam dan jangan menyibuk. Nasib baiklah dia mampu bersabar.
YOU ARE READING
Cinderella seorang Putera (COMPLETED)
Ficção AdolescenteOrange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampuk...