Noah diam membisu di sudut restoran makanan ringan KFC, set makan tengah hari di hadapannya tidak bersentuh. Begitu juga dengan Orange yang diam membatu di sebelahnya. Masing-masing melayan perasaan sendiri yang sedang galau.
"I'm sorry..." Orange bersuara separuh berbisik tiba-tiba, memecahkan keheningan restoran tersebut. Kebetulan, pelanggan tidak ramai pada ketika itu. Hanya beberapa pasangan lain yang kelihatan sedang bergurau senda di hujung meja mereka. Berbeza dengan suasana dan aura di meja Noah dan Orange.
"Whatever." Noah menjawab acuh tidak acuh. Ego dengan perasaanya walaupun dia sebenarnya bingung dengan tindakan yang telah dia lakukan. Keadaan kembali senyap, hanya helaan nafas masing-masing yang kedengaran selain daripada sesekali gelak tawa pasangan lain pecah.
"Why don't you listen to me? Sayakan..." Tidak sempat Noah menghabiskan kata-katanya, Orange sudah memberikan isyarat agar diam.
"Saya bukan sengajalah datang jumpa dengan dia. Secara kebetulan sahaja. Saya pun terkejut bila dia tiba-tiba muncul di hadapan saya. Lagi mengejutkan, apabila awak muncul entah dari mana datang menerpa dan menumbuk Caleb." Orange menjelaskan hal yang sebenar.
Noah mengerutkan dahinya, kurang percaya dengan kata-kata gadis tersebut. Boleh pula secara kebetulan? Sedangkan mereka kelihatan sedang bergurau senda dengan bahagianya di hadapan tandas perempuan, ulang suara di hadapan tandas perempuan.
"I don't believe you. Awak saja nak test apa yang saya boleh lakukan kan... Nasiblah muka lelaki tue yang kena tumbuk. Kalau awak?" ujar Noah sambil mencebikkan bibirnya tanda tidak berpuas hati.
"Noah, apa sebenarnya tujuan awak nak saya jadi 'maid' awak? Apa salah saya dengan awak?" Orange bertanya serius. Malu dan kurang yakin dalam dirinya hilang buat ketika ini.
Noah melarikan pandangannya ke luar restoran, sengaja tidak mahu menjawab. Membuatkan Orange bertambah geram, sudahlah geramnya kerana kejadian di sekolah hari ini belum hilang. Dia mengetap bibirnya tidak puas hati."Jawab sekarang." Ujarnya sambil menepuk lengan lelaki tersebut. Perasaan malu yang selama ini sukar dibendung seakan semakin menipis jika dia bersama dengan Noah, yang ada hanyalah perasaan geram dan marah dengannya. Sebab itulah dia boleh memarahi dan menyentuh Noah tanpa was-was. Namun, kadang-kadang keyakinan tersebut hilang dan dia menjadi Orange the weirdo kembali.
"What are you talking about? Awak pun tahu kan kenapa...buat apa nak tanya lagi. Sebab awak cuai, awak lalai...diari awak tue saya sudah baca dan ambil gambar part-part yang seronok dan menghiburkan. Maka syarat untuk saya berdiam diri daripada menyebarkannya kepada umum, awak...kena ikut arahan saya. Pendek kata, awak tue my 'maid'. Faham?" selesai menyusun kata-katanya, Noah menjawab dengan panjang lebar dengan harapan Orange akan berpuas hati.
"Tapi... Kenapa sampai hubungan saya dan orang lain awak kawal?" Orange menyoal lagi. Kali ini dengan soalan yang lebih bombastik.
"Apa bezanya dengan gaya hidup awak sebelum ini? Pernahkah awak bertegur-sapa dengan rakan-rakan sekelas awak atau rakan sekolah awak? Jadi, apa masalah besarnya?" Noah menyoal kembali. Terdiam Orange mendengarnya.
Betul juga apa yang dikatakan oleh Noah. Kenapa dia kalut perhubungannya dengan orang lain disekat dan dikawal? Sedangkan selama ini dia hanya bercakap dengan Corina sahaja dan beberapa orang guru yang mengajarnya bila perlu jika berada di sekolah. Hanya kerana sejak akhir-akhir ini sedikit demi sedikit gaya hidupnya berubah, dia kalut bagai dunia nak kiamat. Malahan, boleh pula dia duduk berbual dan bergaduh dengan Noah yang selama ini dia kenali sebagai The Devil's Prince atau The prince atau The Devil.
"Awak suka saya ke?" Persoalan tersebut terlepas tiba-tiba dari mulut Orange yang membuatkan dirinya sendiri terdiam dan terpaku. Apatah lagi Noah. Hampir tersembur air pepsi yang disedutnya, nasib sahaja mampu dia kawal. Kedua-duanya diam seketika. Mencuba untuk menghadam kembali persoalan Orange sebentar tadi.
YOU ARE READING
Cinderella seorang Putera (COMPLETED)
Teen FictionOrange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampuk...