Hujan renyai-renyai yang turun membasahi bumi di awal pagi itu, membuatkan mood untuk sambung tidur semakin menebal.
Sebilangan pelajar di dalam kelas 6 A UM masih belum datang ke sekolah. Mungkin ada yang terlajak tidur atau terpaksa menanti hujan betul-betul berhenti turun kerana menaiki motorsikal ke sekolah atau air sungai banjir menyebabkan jambatan rosak dan lain-lain sebab lagi. Hujan telah turun sejak tengah malam semalam dan tidak berhenti-henti sehinggalah pagi ini. Namun, sisanya masih ada dan tidak berhenti sepenuhnya.
Orange mengelamun sambil merenung titik-titik hujan yang turun, Corina merupakan salah seorang daripada rakan-rakan kelasnya yang belum datang ke sekolah. Padahal, rumah Corina bukan berdekatan dengan sungai dan dia juga tidak menaiki motorsikal ke sekolah. Sudah pasti gadis tersebut terlajak tidur sehingga terlambat ke sekolah. Confirm.
Keadaan sunyi senyap.
Bayangan kejadian semalam kembali bertandang menghantui fikirannya, membuatkan Orange mahu menghantukkan kepalanya ke dinding kelas. Stop thinking about it Orange! Dia memejamkan matanya dengan harapan bayangan tersebut akan hilang. Namun, kali ini bukan setakat bayangan yang datang bertandang tetapi kehangatan bibir Noah seakan terasa di bibirnya tiba-tiba. Orange mencelikkan matanya cepat-cepat sambil melihat sekelilingnya. Tidak ada bayangan Noah, kecuali dia dan beberapa pelajar lain yang sedang khusyuk dengan telefon bimbit masing-masing. Oh, my God! Ini memang parah tahap dewa dewi, saya perlu mencari perkhidmatan mencuci otak dengan kadar yang segera sebelum virus merosakkan sistem otak saya. Orange mengetuk kepalanya berkali-kali.
"You are 'mine', now."
Kata-kata Noah pula terngiang-ngiang di corong telinganya. Stop it! Stop thinking about Noah. Kenapa perlu dia terfikir tentang lelaki tersebut di awal pagi? Tapi of course lah dia akan terfikir tentang dia, orang pertama yang dia jumpa selain mama dan Selina serta bapanya ialah Noah yang sudah menanti di depan pintu pagar rumahnya tadi. Dengan muka selamba dan innocent seperti tidak ada apa-apa yang berlaku semalam.Orange yang hampir semalaman tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan apa yang terjadi, bingung sendiri. Is it really happen or her imagination only. Kemudian dia kononnya mempositifkan diri bahawa itu semua mimpi sahaja. Cuba untuk berlagak tidak ada apa-apa tapi tumpas kembali ke alam realiti apabila mendengar pesanan Noah sewaktu sampai di pintu kelas.
"Remember, you are 'mine'. Jangan layan mana-mana lelaki yang mahu mendekati awak."
Orange menarik nafas berat. My final year in Pra-U, terlalu banyak yang berlaku."Tengah fikirkan apa?" Satu suara menegur Orange di sebelahnya. Dia menoleh dengan pantas kerana terkejut. Sudahlah dia sedang cuba untuk bertenang, dia dikejutkan lagi dengan teguran tersebut.
Caleb tersenyum manis sambil duduk di kerusi Corina tanpa dipelawa. Orange melihat sekelilingnya dan ke luar kelas. Dia risau Noah ada di mana-mana. Nanti tidak pasal-pasal dia yang pengsan jika tiba-tiba Noah muncul lagi dan menumbuk Caleb."What are you doing in my class?" Orange bertanya risau. Dia malas mahu bergaduh dengan Noah tentang Caleb dan dituduh macam-macam lagi oleh lelaki itu. Penat.
"Awak macam tak suka sahaja saya datang ke sini. Awak risau Noah cemburu ke?" Ujar Caleb dengan muka sedih, cuba untuk membuatkan Orange berasa serba salah.
"Ya, saya tidak mahu kami bergaduh lagi kerana awak." Orange menjawab jujur, membuatkan Caleb kehilangan kata-kata. Bukan jawapan yang dia harapkan keluar dari mulut Orange. Kejujuran tersebut membuatkan dia terluka.
"Saya cuma mahu berkawan saja dengan awak, Orange. Tidak ada niat yang lain. Takkan mahu berkawan juga tidak boleh?" Caleb
Orange tersenyum kemudian matanya memandang ke arah kelas Noah."Be friend with him first then i'll be your friend too." singkat jawapannya. Dia bukan mahu bertindak sombong atau kurang ajar tapi lebih baik mencegah daripada mencari cara penyelesaian untuk masalah yang akan timbul jika dia iyakan.
YOU ARE READING
Cinderella seorang Putera (COMPLETED)
أدب المراهقينOrange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampuk...