Bab 7 : Why So Sensitive?

1.1K 49 0
                                    

Well, yesterday was awesome. 

Orange tersengih-sengih sendiri di katilnya, bukan mudah dia mahu melupakan kenangan pertama dipuji oleh Caleb. Lelaki yang menjadi pujaan hatinya sejak dari dulu kala, satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan dia terbuai-buai setakat ini walaupun hanya dengan melihatnya dari kejauhan. Semoga esok lebih baik daripada hari ini dan hari-hari seterusnya menjadi lebih indah dan indah dan indah lagi.

Dia memejamkan matanya seketika, wajah Caleb menari-nari dalam bayangannya tapi tiba-tiba bayangan itu hilang dan wajah Noah muncul tiba-tiba. Orange bingkas bangun dari tidurnya. Apahal tiba-tiba dalam banyak-banyak orang yang dia kenal, wajah lelaki itu juga yang muncul tanpa diundang? Orange mencebik geram walau dalam bayangan atau dalam mimpi, wajah Noah tidak pernah dia alu-alukan walau sekali. Lelaki yang menyebabkan hidupnya yang aman damai kini menjadi huru-hara tidak menentu.

"Why so late? awak tahu tak saya sudah kepanasan menunggu di bawah matahari." Terngiang-ngiang di telinga Orange kata-kata Noah siang tadi apabila terpaksa menunggunya keluar daripada kelas untuk pulang. 

Sudah dia sendiri yang tidak membawa keretanya ke sekolah, saya pula yang disalahkan. Orange hanya mampu mengomel di dalam hatinya sahaja. Mahu menjawab? Maka bersiap sedialah mendengar ugutannya yang berjela-jela tentang diari miliknya. Walaupun dia berdiam diri sepanjang perjalanan balik, lelaki itu tidak henti-henti membebel dengan pelbagai perkara yang tidak masuk akal langsung. Orange sendiri sudah melupai point sebenar bebelannya, mahu dicantas tetapi dia tahu dia siapa.

"Besok saya yang akan jemput awak ke sekolah. Awas kalau awak pergi sekolah sendiri." Amaran keras Noah kembali bermain di mindanya. Tidak pasal-pasal terpaksa pula dia yang akan menanti lelaki itu esok untuk balik. Orange menarik nafas berat, mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Dia kemudian mulai berangan-angan kembali tentang Caleb sehinggalah dia terlena diulit mimpi.

******

Mentari pagi itu bersinar dengan garangnya, Orange yang menanti di luar pagar rumahnya sudah berpeluh-peluh padahal jam baru menunjukkan jam7.00 pagi. Jam 7.00 pagi? Orange memandang kembali jam tangannya. Dia mengetap bibirnya geram, ini sudah keterlaluan. Takkanlah Noah sengaja meninggalkannya? Sudahlah keretanya pula dipandu oleh papanya ke tempat kerja sebab kereta milik papanya telah dimasukkan ke bengkel. Mamanya? sudah bertolak menghantar adiknya ke sekolah, tadi bukan main dia menolak mamanya kononnya nanti Corina akan menjemputnya. Itu semua dusta. Corina langsung tidak tahu tentang dirinya yang akan ke sekolah sendiri kerana yang berjanji dengannya ialah Noah. Ini semua gara-gara plan Noah kemarin yang kononnya akan menjemputnya hari ini and what the hell, bodohnya dia untuk mempercayai lelaki itu untuk menjemputnya. Lelaki yang sengaja mahu mengenakannya. Mahu menangis rasanya Orange mengenangkan nasib dirinya. Tidak pernah dalam hidupnya dia ponteng sekolah walau sekali, walaupun dia sakit sekali pun dia tetap akan hadir ke sekolah selagi dia mampu (dan tidak pernah tidak mampu).

Orange duduk mencangkung seperti gelandangan di tepi longkang, menanti bayang-bayang kereta Noah atau mungkin siapa-siapa sahaja yang boleh dia tumpang untuk ke sekolah. Tapi beranikah dia untuk meminta tumpang? sedangkan kereta lalu pun dia menunduk tidak mahu melihat kerana segan. OMG, Orange. Shame on you.

Tut!Tut!

Hampir terlompat Orange apabila sebuah kereta berhenti di hadapannya. Dia menyumpah-nyumpah di dalam hati. Sudahlah dia tengah gundah-gulana boleh pula dia kena hon. Bukannya dia berdiri di tengah jalan raya atau di hadapan rumah orang lain, rumah dia sendiri kot.

Cermin kereta yang gelap menyukarkannya untuk melihat siapa gerangannya pemilik kereta tersebut. Dari model kereta itu pun dia tidak dapat meneka pemiliknya. Noah? Bukan sama sekali. 'Prince' itu tidak mungkin memandu kereta keluaran dalam negara, setahunya kereta milik Noah keluaran luar negara yang branded. Orange dengan posisi masih mencangkung masih menunduk dan hanya memerhatikan kereta tersebut dengan ekor matanya.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now