Bab 30 : ...

569 28 0
                                    

Noah memarkirkan keretanya di luar balai polis, Pn.Amily dan Pn.Thalia bergegas keluar terlebih dahulu masuk ke dalam bangunan balai polis. Orange pula masih termangu di tempatnya, dia ragu-ragu untuk mahu keluar. Bagaimana kalau berita yang mahu disampaikan oleh Sarjan Edward nanti merobek jiwanya? Bagaimana kalau sesuatu yang buruk terjadi kepada Selina? Apa yang perlu dia lakukan? Peluh sejuk mulai membasahi telapak tangannya, dia seakan tidak mahu keluar dari dalam kereta. Semoga dengan kekal di dalam kereta semuanya akan baik-baik sahaja.

"Orange, are you okay?"
Noah bertanya apabila melihat Orange tidak bergerak dari duduknya. Orange masih diam membatu.
"Orange..."
Dia memegang tangan gadis tersebut. Sejuk.
"What should i do, Noah? Kalau ada apa-apa yang berlaku kepada Selina, apa yang perlu saya lakukan?" Suara Orange bergetar menahan tangis.
Noah merenungnya seketika. Fikirannya juga buntu saat itu, dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan untuk menghibur gadis tersebut
"Jom, kita keluar dan masuk ke dalam. Saya yakin apa yang Sarjan Edward mahu sampaikan adalah berita baik. Be positive."
Orange mendiamkan dirinya, kurang yakin dengan kata-kata Noah. What if...dia menarik nafas dalam-dalam. Berhenti berfikir tentang benda-benda yang tidak baik Orange, dia memarahi dirinya sendiri. Dia perlu berfikiran positif dan tidak membiarkan aura negatif menyelebungi dirinya.

Noah dan Orange kemudiannya beriringan masuk ke dalam balai polis, Noah memeluk bahu gadis tersebut kerana takut Orange akan rebah bila-bila masa. Dengan keadaannya yang lemah dan dia juga tidak mahu mengambil risiko jika tiba-tiba berita yang mahu disampaikan oleh Sarjan Edward adalah berita buruk.
Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam balai polis, Pn.Amily menerpa kearah Orange dan memeluknya erat. Orange kaku seketika, what happen?
Pn.Amily menangis teresak-esak tidak mampu untuk berkata apa-apa. Debaran jantung Orange semakin kencang, apa yang telah terjadi? Kenapa mamanya menangis sedemikian rupa?

"Ma...what happen?"
Orange bertanya sambil meleraikan pelukan mamanya itu, tetapi Pn.Amily masih lagi dengan tangisannya. Dia cuba untuk mengatakan sesuatu tetapi tidak mampu mengatakannya.

"Mama, what happen?" Kali ini giliran Noah pula bertanya soalan yang sama kepada Pn.Thalia. Dia juga penasaran mahu tahu apa yang telah terjadi. Adakah pihak polis mendapat petunjuk tentang keberadaan Selina atau adakah mereka menjumpainya di mana-mana. Matanya melilau memandang sekeliling, tidak ada bayang-bayang Selina kelihatan. Jadi kenapa Pn.Amily kelihatan begitu sedih? Dia mengalihkan pandangannya kepada Sarjan Edward yang berdiri di tepi mejanya, Noah cuba untuk mentafsirkan raut wajahnya tapi gagal. Dia kelihatan tenang dan bersahaja, mungkin kerana dia sudah biasa menghadapi keadaan seperti ini. Noah bermonolog di dalam hati.

Pn.Thalia yang tadinya hanya memerhatikan gelagat Pn.Amily turut memeluk wanita itu dan air matanya jatuh.
Damn. What happen? Selina membentak di dalam hati tetapi suaranya tidak mahu keluar dari kerongkongnya.

"They found her, Orange. They found her...lifeless." Perlahan suara mamanya separuh berbisik. Mungkin juga tidak sanggup untuk mengungkapkan kata-kata tersebut kerana terlalu pahit untuk ditelan dan diluahkan.
Tubuh Orange terasa longlai, tanpa di sedari dia hampir jatuh terjelopok tapi sempat ditahan oleh Noah. Keadaan sekelilingnya seakan berputar dan seakan membisu tanpa sebarang bunyi. Hatinya kosong. Kemudian semuanya gelap.

********
Suasana di taman permainan petang itu agak sibuk dengan bilangan pengunjung yang ramai. Mungkin kerana sekarang adalah musim cuti sekolah. Tidak ada buaian yang kosong, semuanya mempunyai pelanggan masing-masing. Begitu juga dengan gelongsor, tidak ada ruang untuk menyisip untuk bermain bersama.
Mata Orange tajam memerhati sekelilingnya penuh dengan wajah yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Kini, dia kesal kerana bersetuju dengan mamanya untuk membawa Selina ke Taman Permainan petang itu. Apa yang boleh dia lakukan? Selina sudah meninggalkannya seorang diri, terkebil-kebil tanpa arah tujuan. Dia tidak mempunyai sesiapa untuk bermain atau berbual. Walaupun dia sudah berusia 11 tahun tetapi dia hanya ada dua orang  sahabat sahaja iaitu Corina yang sebaya dengan dirinya a.k.a sepupunya yang paling rapat dan Selina adik kesayangannya yang baru berusia 6 tahun.
Orange menunduk memandang hujung kasutnya, dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia menguis-nguis tanah menggunakan kakinya cuba untuk mencari ketenangan.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now