[10]🌹

1.5K 67 8
                                    

Rufina berlari-lari menuju ke bilik wad yang dikatakan oleh jururawat tadi.

Terkuak pintu dari dalam,mengejutkan Saif yang tengah berbual dengan sorang anggota polis.

Saif yang perasan kehadiran Rufina meminta diri dahulu pada anggota polis tersebut.

"Apa dah jadi ni? "Soal Rufina menuju ke arah Tengku Sarah yang masih menggeletar kerana tangisannya yang tidak henti-henti.

"Sarah…"panggil Rufina lembut mendengar suaranya memanggil Tengku Sarah.

Tengku Sarah yang tersedar kedatangan kakak iparnya terus Sarah memelukkan Rufina.

Awalnya mememang terkejut tapi bila mendengar tangisan Sarah dia menggosok belakang badan Sarah.

"Kenapa ni…?"soal Rufina lagi.

"Ta…di..waktu Sarah turun.. Sarah nampak mama kena tikam dengan seseorang ni.. Dia tikam mama yang Sarah nampak tiga kali, kak…"cerita Sarah.

Rufina sudah memadang Saif. Pucat mukanya melihat Saif.

'Tak kanlah …Tuan boss yang rancang semua ni'bisik hatinya membuatkan dia makin tidak duduk senang. Apatah lagi sudah melihatkan polis.

"'Dia' tu macam mana rupanya?"soal Rufina lagi kali ini dia sudah menolak adik iparnya untuk memandang wajah adik nya.

"Dia, macam lelaki tubuh dia dan dia memakai topeng separuh muka dan memakai jaket mempunyai penutup kepala.. "Cerita Sarah tersekat sekat.

Rufina meminta diri untuk ketandas tapi dia menuju ke arah lif.

Ketika Rufina melangkah masuk hanya dua orang lelaki yang berdiri dibelakangnya.

Dua lelaki itu memandang sesama sendiri dan mereka mula menyerang Rufina.

Rufina yang sejak dari dia masuk sudah dia tidak sedap hati.

Tendangan lelaki ber-jeket biru itu ingin menendang kepala Rufina,Rufina yag audah cekap mengelak tendagnan itu dengan menundukkan kepalanya. 

Mereka bertiga mula berlawan didalam lif itu.

Rufina menumbuk lelaki yang berbaju hitam itu hingga tidak sedarkan diri lelaki itu.

Melihat lelaki berjeket biru itu lebih di lunyai oleh Rufina mula melangkah ke arah lelaki itu.

"Engkau ni buta ke memang bodoh...  Lif ni mukannya tak boleh nampak orang belakang,setan!..  Dinding lif ni kiri kanan cermin bodoh!! Dah sah sah aku boleh nampak kau nak serang aku dari hujung mata aku ni, ba.. He.. Nol!! "Tengking Rufina .

Mendengar loceng lif yang menandakan lif sudah sampai ke tingkat bawah, lekas dia menyusun lelaki-lelaki itu.

Rufina melangkah keluar dari lif itu dan menuju ke motornya.

Makin geram dia tatkala bertembung dengan dua lelaki tadi..

Bagai halilintar diatas jalan raya itu berlalu disebelah setiap kereta.

Sampai sahaja disebuah kedai snuker pantas dia berlari ke tingkat atas.

Dimeja snuker yang besar dan mewah itu terletak di dalam sebuah bilik khasnya.

Terkejut seorang lelaki yang sudah berumur dengan hentakkan penumbuk Rufina di atas oapan snuker itu.

Sedikit retak dengan penumbuk yang dihadiahkan oleh Rufina itu.

"Engkau memang tak serikkan.. Tak tahu nak reti sabar ke macam mana, engkau ni?"Tengking Rufina.

Perbuatannya itulah membuat dari dulu orang bawahan amat takutkannya,bila api singgah jangan mencari angin lagi, buat nahas!!

"Apa kau cakap ni Rufina?"Balas balik lelaki itu.

"Boss tak melenting kau yang cucuk jarum kat dia kan?  Kau ingat aku bodoh!!.. Hei!!  Ini kes aku bukan kes kau..  Yang sibuk itu apahal. Sibukkan diri pulak dengan kes aku asal?.. "Tengking lagi Rufina kali ini dia sudah duduk berdepan dengan lelaki itu setelah snuker itu dialihkan ketepi.

Makin gerun lelaki itu bukan dia tidak pernah dengar cerita, Rufina kalau melenting jangan sesekali mencari nahas dekatnya, tak pasal pasal kau hilang nyawa.

"Aku dapat tahu kes engkau ada kena mengena dengan kes aku"balas lelaki itu membetulkan suaranya yang semakin kedenganran perlahan.

Lelaki itu mengraba poketnya mencari rokok.. Tapi sebaliknya dia cuba untuk mengawal gerunnya oleh Rufina.

Rufina pula yang tahu keadaan lelaki itu sudah tersenyum sinis dihujung bibirnya.

'Dasar, pengecut!! 'Bisik hatinya.

"Apa maksud kau? "Soal Rufina mula berlembut dengan lelaki itu.

"Kes aku adalah,Dato Shukri pernah merancang untuk membunuh ketua boss mafia kawan boss kita. Jadi untuk membalas dendam apa yang mereka rancang yang sudah pun jadi… aku di tugas kan untuk mencari maklumat tentang latar belakang Dato itu.. Tapi tak sangka jumpa engkau… dan aku perlu membalas dengan membunuh… alah relaks lah wei… bukan engkau pun kena bunuh dia orang ke.?.. Yang nak marah ni asal? … ke engkau ada kena mengena dengan dia orang? "Soalan maut itu cukup membuat Rufina tinggalkan lelaki itu yang digelar sebagai Ehglo.

Terhenti langkah nya tatkala fhone nya berbunyi untuk di jawab.. Terpapar nama Fathia di screen nya itu.

"Hello"

Diam

"Okey okey..  Aku gerak jumpa kau"bergegas Rufina. Jam ditangan sekejap sekejap dia melihat.

Hampir terkejut Rufina tatkala sampai.. Rupanya bukan mereka berdua yang ada tetapi bertiga..

"Ryna.. Asal kau ada? "Soal Rufina merebahkan punggungnya.

"Aku ada benda nak bincang dengan kau dan dia"bukan Ryna yang membalas tetapi Fathia.

Sempat wanita itu keluarkan satu buku berwarna putih dan di tengah seperti cecair warna merah seperti darah jatuh titis di atas kulit buku itu.


Cinta Miss MafiaWhere stories live. Discover now