Terbangun Saif dari duduknya sebelum dia berjalan ke hulur ke hilir sambil berfikir sebelum dia bercakap ke dalam talian kembali.
"Sarah!!.. Siap sedia..!! "Arah Saif berwajahkan serius memandang ke hadapan.
"Baik!! "Balas Sarah dan matikan telefon.
Saif menekan butang ditelefon pejabat nya.
"Batalkan semua!!! Saya ada hal..!! "Kata Saif pada talian telefon dengan pembantu peribadinya di pejabat.Dia berlari menuju ke tempat parking kereta .
Masuk sahaja didalam kereta dia menghidupkan enjin sebelum menelefon Tengku Hazriq.
Bengis dia menanti talian masuk.
"Hazriq!!!... Dia dah main main dengan kita!!.. Aku nak engkau sedia.. Datang kerumah aku.. Bawa Ryna dengan Fathia.."arah Saif sebelum mematikan telefon.
Pecut dia dijalan raya dengan kereta Ferrari hitamnya.
sampai sahaja dirumah terus dia masuk kedalam.
Melihat sahaja Ryna, Fathia, Sarah dan Tengku Hazriq senyuman dibibir diberi pada mereka.
"Bagus!!.. Aku sampai korang dah sampai.. Bagus, bagus!! "Kata Saif duduk di meja yang khas untuk berbincang..
"Aku dah tahu cerita.. Dari Sarah.. So apa kita kena buat? "Soal Tengku Hazriq berdiri di tempat nya.
"Apa kata kita.. Serang je! "Kata Fathia tersenyum sinis.
"Bukan semudah tu.. Sekarang dia buat 'Games' means kita kena 'play' jugak 'games' dia ni.. "Balas Saif yang bangun dari duduknya.. Baginya jika masa terhad seperti situasi ini tak ada masa nak duduk.
"Jadi? "Soal Sarah yang sudah mendagu dimeja.
"Rufina mengandung.. Aku tak nak apa apa jadi pada dia dan anak aku. Kali ni senjata kita bukan peluru.. Tapi.... "Suara Saif diperlahankan.
Mereka tertumpu pada rancangan mereka. *************
"Aduh...!! Bodoh lah, suami engkau ni kan? Tapi tak pe aku suka!!"jerkah seorang lelaki disebalik cahaya lampu didalam bilik itu.
Rufina sudah tersengih. Dia duduk dikerusi dan diikat kaki dan tangannya.
"Aduh.. Haih.. Bosan betul lah aku!!. Engkau ni nasiblah aku ni pregnant.. Kalau tak dah lama aku taboh engkau cukup cukup... Tapi nak buat macam mana kan tunggu jelah"balas Rufina sempat dia memuncungkan mulutnya kedepan..
Sudah bosan dia.. Jika ikutkan hati boleh je dia buka tali ni.. Tali pun bukan itu betul.. Mudah dibuka.. Tapi dia tiada mood untuk melarikan diri.. Pada dia biarlah.. Kawan nya selamatkan dia.
*****************
"Dapat.? "Soal Saif pada Fathia.
"Dah dah.. Dia ada dekat satu bangunan lama.. Bangunan kedai yang dah lama tak ditubuhkan.. "Balas Fathia yang cuba menjejaki Rufina.
Lekas mereka munuju ke sana.
********
"Engkau ni bodoh kan? ..aduh.. Kenapalah aku kutip engkau.. Sia sia.. "Kata lelaki itu yang keluar dari bawah lampu yang menutup cahaya ke wajahnya.
*************
"Abang abang.. Tolong saya abang... Mak saya.. "Rufina yang berlari lari mendapatkan sebuah kereta dibelakangnya.Tingkap diturunkan..
"Adik.. Masuk dik.. "Kata seorang lelaki..
Tanpa sedar.. Rufina terus membuka pintu belakang dan masuk...
"Panggil abang, Zabir"kata lelaki itu.
Tersenyum Rufina.
********
"Inilah.. Orang yang boleh tolong Rufina.. Dia ni ketua.. "Kata Zabir sambil tersenyum melihat Rufina.
"Oooo... Jadi saya kena buat apa ni? "Soal Rufina.
Tanpa sedar dibelakang Rufina ada seorang lelaki yang mabuk terus memeluk Rufina dari belakang.
"Cikaro!!!.. Bhai.. Lu buat apa sini? Mau jumpa gua ke? "Soal lelaki mabuk itu. Tersenyum senyum dan sempat tangannya mencubit sedikit pipi Rufina.
Rufina yag bengang terus menyiku perutnya dan memulakan tangan nya kebelakang.. Teriak lelaki tadi ingin dilepaskan..
Lelaki dihadapan Rufina tersenyum melihat kehebatan Rufina sebelum dia menepuk tangan.
"Wow..!! Hebat..!! Sekarang aku nak kau kerja dibawah aku"kata lelaki tadi..
********

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Miss Mafia
DragosteDemi mencari pembunuh ibubapanya, dia terpaksa bekerja sebagai mafia, dalam masa yang sama dia mempunyai prinsip agar dirinya tidak dikahwini oleh mana-mana lelaki seperti syarat setelah dirinya menjadi mafia. Satu strategi telah berlaku menyebabka...