Happy reads :))
---
(Hong Kong International Airport)
"Mama. Minjoon nak pergi toilet." Minjoon memberitahu Eun Kyung.
"Minjoon nak pergi toilet? Ummhh.." Eun Kyung ragu-ragu kerana siapa yang akan menjaga beg-beg miliknya dan milik Minjoon. Lagipun Minjoon sudah besar dan dia tidak sepatutnya masuk ke dalam toilet perempuan lagi.
"Saya boleh tolong." Suara daripada belakang mengejutkan Eun Kyung. Eun Kyung memandang ke belakang.
"Chanyeol? Awak pasti?" Eun Kyung bertanya. Chanyeol tersenyum kepadanya dan mengeluarkan tangannya ke arah Minjoon.
"Jom Minjoon? Abang Chanyeol pun nak pergi toilet." Chanyeol mengajaknya. Minjoon pada mulanya memandang mamanya dan mamanya tersenyum.
Chanyeol tersenyum dan mengangkat Minjoon di tangannya.
"Jangan basahkan baju abang Chanyeol." Eun Kyung memberitahu Minjoon yang sudah agak jauh.
Ha Lang dan sebahagian ahli EXO yang lain pergi membeli snek untuk mengisi perut. Ha Lang pada mulanya mengajak Eun Kyung, tetapi Eun Kyung menolaknya kerana dia tidak biasa makan pada awal pagi. Jam menunjukkan pukul 7 pagi.
Eun Kyung menarik beg milknya dan Minjoon dan duduk di kerusi kosong. Eun Kyung mencari handphone di dalam beg tangannya dan dia membuka semula handphone nya kerana sebelum dia menaiki kapal terbang tadi, dia off.
Sementara menunggu untuk handphone nya save data, loading dan sebagainya, dia risau tentang apa yang patut dbeli untuk Minjoon untuk breakfast nya memandangkan cara hidup di sini serta cara makan di sini agak berlainan.
"Nah." Eun Kyung ternampak tangan menghulurkan 2 kotak air susu. Eun Kyung memandang atas dan dia terkejut.
Luhan tersenyum padanya. "Nah. Ini untuk awak dan anak awak." Luhan memberitahu.
Eun Kyung tersedar dan dia mengambil air kotak itu perlahan-lahan.
"Uhh.. Thanks." Eun Kyung membalas tanpa memandang mukanya.
Luhan duduk di sebelah Eun Kyung dan keadaan agak senyap. Hati Eun Kyung rasa berdebar-berdebar takut dan nervous pada waktu yang sama.
"Jadi.. Tak sangka photographer EXO yang baru adalah perempuan." Luhan memulakan bicara.
"Uhhh... Yeahh.." Eun Kyung membalas dan tidak mahu memandang muka Luhan. Luhan tersenyum sinis dan memandang Eun Kyung.
"Hey... Awak malu ke? Hahaha... Tak perlu malu dengan saya sebab nanti kita kerja sama-sama dan mesti kita selalu jumpa." Luhan tersenyum.
Akhirnya Eun Kyung memandang Luhan dan dia menjawab, "Ouhh.. Sorry. Saya tak biasa."
"Hahaha.. Comel anak awak. Minjoon kan nama dia?" Luhan bertanya.
"Umm.. Yes. Minjoon" Eun Kyung membalas.
"Mesti daddy Minjoon handsome kan? Sebab anaknya pun comel. Untung awak dapat kahwin cepat." Luhan memberitahunya.
Eun Kyung terdiam dan tangannya agak menggeletar.
"Sebenarnya, Minjoon tu anak angkat saya." Eun Kyung menipunya.\
"Ouhh? Sorry." Luhan meminta maaf dan menggosok kedua-dua belah tangannya di pahanya. Keadaan menjadi senyap lagi.
"Tapikan.." Luhan bersuara kembali dan berhenti. Eun Kyung memandangnya.
"Awak mengingatkan saya pada seseorang." Luhan memberitahu Eun Kyung.
Eun Kyung terkejut dan dia mengelipkan matanya nervous. Eun Kyung memberanikan diri bertanya.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...