21.Luhan & Chanyeol.

2.4K 186 30
                                    

Hi everyone :)))

I don't know what to say but I'm updating!

---

Sekarang telah masuk waktu makan tengah hari dan Eun Kyung hampir menyiapkan kerjanya. Perutnya sudah berbunyi menandakan dia perlu turun ke bawah membeli makanan.

Eun Kyung berjalan ke arah pintu dan membukanya.

"Chanyeol!" Eun Kyung terkejut.

"Hi Eun Kyung." Chanyeol yang berada di pintu tersenyum.

"Chanyeol, awak ni buat saya terkejutlah." Eun Kyung mengusap dadanya.

"Hihi. Sorry." Chanyeol meminta maaf.

"Awak buat apa kat sini?" Eun Kyung bertanya.

"Saya nak ajak awak lunch. Jom?" Chanyeol mengajak.

Mereka berdua mula berjalan.

"Awak boleh message saya or call saya. Tak perlu awak susah-susah nak naik atas." Eun Kyung bersuara.

"Saya tiada nombor awak." Chanyeol membalas.

"Ha'ah.. Sorry." Eun Kyung menjawab.

"Bagi sini phone awak." Eun Kyung menyambung.

"Kenapa?" Chanyeol bertanya.

Eun Kyung menekan butang lif untuk turun.

"Awak kata, awak takde nombor saya? Saya nak bagilah." Eun Kyung tersenyum.

"Ouhh. Hehe.." Chanyeol menggaru belakang kepalanya.

Baru sahaja Eun Kyung mahu membuka phone Chnayeol, Chanyeol terus memberitahunya.

"Tapi!" 

Eun Kyung agak terkejut.

"Tapi, jangan buka 'Gallery'." Chanyeol membalas perlahan.

"Kenapa? Awak ada simpan gambar tak elok ehh? Hahaha.." Eun Kyung membalas dan tersenyum sinis pada Eun Kyung.

"Ma-Mana ada!" Chanyeol menafikannya. Telinga Chanyeol mula merah dan Eun Kyung hanya tergelak.

"Nah. Saya dah letak nama saya dalam tu." Eun Kyung memberitahu Chanyeol.

"Ouhh. Okay." Chanyeol membalas dan menyimpan semula telefonnya di dalam poket.

Pintu lif terbuka dan mereka berdua masuk.

"Tapi, seriously. Awak simpan gambar apa dalam phone awak?" Eun Kyung mula lagi.

"Adalah. Awak perempuan tak tahu apa-apa." Chanyeol membalas tersenyum.

"Aeyy... Lupa pula awak lelaki. Hihihi..." Eun Kyung membalas dan tergelak kecil.

"Hey..! Saya bukan macam tu lah!" Chanyeol menyilangkan tangannya.

"Hahaha.." Eun Kyung hanya tergelak.

"Saya banyak ambil gambar awak masa kita di Hong Kong dulu. Gambar awak Eun Kyung." Chanyeol berkata di dalam hati dan tersenyum.

Tiba-tiba lif berhenti di tingkat 2. Pintu lif terbuka dan Luhan masuk.

Eun Kyung ke kanan dan Chanyeol ke kiri. Luhan pula berada di tengah-tengah.

"Awak pun nak lunch ke Eun Kyung?" Luhan bertanya.

"Umm." Eun Kyung mengangguk.

"Awak rehat dengan Chanyeol ke?" Luhan bertanya lagi.

"Umm." Jawapan yang sama dari Eun Kyung.

Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]Where stories live. Discover now