31.Luhan sudah tahu.

2.8K 206 18
                                    

I felt sad but I try to smile...

Ignore all the typosssss.. :))

Update guys.. :)

---

Eun Kyung mendapat cuti dari klinik selama 3 hari dan kini mamanya juga sering melawatnya. Eun Kyung berasa bersyukur kerana Minjoon sangat gembira bila dia dapat tahu dia juga ada nenek.

Eun Kyung tidak tahu apa yang berlaku di tempat kerjanya. Kebelakangan ii dia asyik terfikir tentang Chanyeol. Dia sangat sukakan Chanyeol sebagai kawan. Tapi sekarang, mungkin Chanyeol sudah membencinya.

Eun Kyung mengeluh.

"Eun Kyung okay tak ni?" Puan Seo bertanya kepada Eun Kyung.

Eun Kyung mengangguk dan tersenyum pada mamanya.

Puan Seo kenal sangat dengan anaknya.

"Kenapalah anak mama ni degil sangat?" Puan Seo bertanya dan melihat anaknya.

"Mama pun degil. Mama keluar jumpa Eun Kyung ni bagitahu daddy tak?" Eun Kyung tersengih memandang mamanya.

Puan Seo mengambil air teh yang dibuat oleh Eun Kyung tadi dan minumnya.

"Mama happy." Puan Seo memberitahu Eun Kyung.

"Sebab?" Eun Kyung bertanya.

"Pertama sebab mama sangat rindukan Eun Kyung dan akhirnya mama jumpa Eun Kyung." Puan Seo membalas.

Eun Kyung tersenyum.

"Yang kedua. Mama happy tengok Minjoon." Puan Seo menyambung.

Eun Kyung tergelak kecil. Kalau daddy ada sekali mesti best.

"Mama juga fikir macam tu. Sabarlah ye.. Nanti dah sampai masanya, mama akan cuba cakap dengan daddy, okay?" Puan Seo bertanya.

Eun Kyung mengangguk dan tersenyum.

"Mama dah plan sesuatu." Puan Seo memberitahunya.

"And what's that my beloved mom?" Eun Kyung tersenyum.

"Mama akan tanggung perbelanjaan Minjoon. Semuanya. Bila dia dah sekolah rendah, mama akan masukkan Minjoon dalam sekolah swasta." Mamanya memberitahu.

"Tapi.. Minjoon tiada surat beranak." Eun Kyung membalas.

"H-Huh?" Puan Seo terkejut.

Eun Kyung hanya senyap.

"Tapi mama nak cucu mama belajar pandai-pandai. Ada benda yang orang lain ada." Puan Seo membalas sambil tersenyum.

"Mama, kalaulah Eun Kyung kahwin dengan..." Eun Kyung terhenti. Puan Seo memandang Eun Kyung.

"Kalaulah Eun Kyung kahwin dengan ayah Minjoon satu hari nanti, mama akan restu tak?" Eun Kyung bertanya.

"Demi Minjoon, pasti mama setuju. Tapi kalau daddy... Mama tak tahu." Puan Seo menjawab.

Eun Kyung senyap.

"Adakah saya patut beritahu pada Luhan perkara yang sebenar?" Eun Kyung bertanya pada dirinya.

***

"Kalau ada apa-apa call saya okay?" Ha Lang memberitahu kepada Eun Kyung selepas dia selesai memberi tugas baru kepada Eun Kyung.

"Okay sir. Hahaha.." Eun Kyung membalas.

"Lepas sakit pun masih macam dulu. Tak sia-sia saya ambil awak. Hahaha..." Ha Lang membalas.

Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]Where stories live. Discover now