"Saya mengandung." Eun Kyung memberitahu kepada Luhan. "So?Kenapa awak jumpa saya?Pergilah jumpa ayah anak awak tu." Luhan membalas.Eun Kyung berada di luar rumah Luhan dan Luhan berada di pintu. "Saya mengandung anak awaklah Luhan!" Eun Kyung membalas dengan suara yang agak kuat.
"Apa awak merepek ni?" Luhan menyilangkan tangannya. "Awak je yang pernah sentuh saya.Awak yang pertama so tak mungkinlah saya mengandung anak orang lain.Awaklah ayah anak ni!" Eun Kyung membalas dan menahan air matanya.
"Awak nak saya tanggungjawab atas apa yang orang lain dah buat kat awak?Sorrylah.Saya takkan percaya dekat awak.Lepas ni jangan jumpa saya lagi." Luhan menjawab dan ingin menutup pintu.Eun Kyung menarik tangan Luhan dan memegangnya. "Luhan.Betul ini anak awak.Kenapa awak buat saya macam ni?Tolonglah saya awak.Ini anak kita.Tolong jangan buat saya macam ni.Tolong..." Eun Kyung merayu kepada Luhan.
Luhan lepaskan tangan Eun Kyung dan terus menutup pintu rumahnya di depan muka Eun Kyung.Eun Kyung ketuk pintu itu banyak kali dan menjerit nama Luhan.Semuanya sia-sia.Dia menyandar di pintu rumah tersebut dan mengusap perutnya.
Eun Kyung memandang luggage yang dibawa dari rumahnya.Mengharap yang Luhan akan terimanya dan kotakan janji yang pernah dibuat terhadap dirinya dulu menjadi kenyataan.Tetapi sangkaan semua itu salah.Tak sangka yang Luhan akan membuangnya macam sampah yang kotor di tepi jalan.
Semenjak itu,Eun Kyung berjanji yang dia akan membalas dendam terhadap Luhan dan giliran dia pula yang akan membuang Luhan seperti sampah.
"Mama." Minjoon memanggil Eun Kyung.Eun Kyung terhenti daripada lamunannya dan memandang anaknya. "Humm?" Eun Kyung membalas. "Nanti Minjoon nak jumpa Uncle Kangjun.Boleh?" Minjoon bertanya kepada Eun Kyung.
"Mestilah boleh.Kenapa?Nak ajak uncle pergi Toys R Us lagi?" Eun Kyung bertanya kepada Minjoon.Sekarang mereka berada di kedai Chattime.Minjoon teringin nak minum Roast Milk Tea kegemarannya.Sekarang Eun Kyung adalah salah seorang trainers di salah sebuah syarikat photography di Korea.
Dia selalu berada di sisi Minjoon kerana sebenarnya Minjoon menghidap penyakit yang serius dan berkemungkinan besar boleh membawa kematian.Bagi Minjoon,hospital adalah rumah keduanya.Treatment yang diperlukan oleh Minjoon memakan kos yang agak besar.Eun Kyung selalu berharap yang dia akan mendapat kerja tak lama lagi.
Selama ini Kangjun lah yang selalu menolong Eun Kyung dari segi tempat tinggal,makanan,baju dan lain-lain lagi.Eun Kyung rasa bersalah terhadap abangnya kerana dia jugalah yang membantu dari segi bayaran untuk treatment Minjoon pada tiap-tiap bulan.
Sejak ayahnya tahu tentang kandungan Eun Kyung,ayahnya terus menghalau dia keluar daripada rumah kerana malu dan takut reputasi keluarganya akan menurun.Pada mulanya Eun Kyung rasa seperti ayahnya hanya mementingkan reputasi tetapi setelah dia memikirkan berulang kali,dia sedar.
Minjoon sekarang berumur 5 tahun dan dia membesar dengan sempurna.Segala keperluan untuknya sama seperti budak yang lain.Cuma..dia tiada ayah yang sah.Minjoon tiada surat beranak.Pendaftaran untuk tadika pada mulanya agak susah tetapi dia bernasib baik kerana pemilik tadika tersebut adalah salah seorang kawan baiknya.
"Minjoon." Eun Kyung memanggil nama anaknya.Minjoon memandang muka Eun Kyung. "Yes mama?"
"Minjoon janji takkan tinggalkan mama sorang-sorang ehh?" Eun Kyung memberitahu Minjoon.Minjoon memeluk pinggang mamanya dan membalas "Minjoon takkan.Kenapalah papa tak balik-balik dari kerja lagi.Nanti kalau Minjoon takde,papa ada kan mama?" Minjoon menjawab.Eun Kyung melepaskan pelukan yang diberi oleh Minjoon dan mengusap pipinya dengan ibu jarinya.
"Minjoon rindu papa ye?" Eun Kyung bertanya kepada Minjoon.Dia mengangguk. "Papa busy.Sorry Minjoon." Eun Kyung menahan tangisannya. "Takpe.Minjoon boleh tunggu sampai papa balik.Nasib baik uncle Kangjun ada.Dia pun dah macam papa Minjoon." Minjoon menjawab sambil tersenyum.
Eun Kyung memandang ke tempat lain dan mengusap tangisan yang terjatuh di hujung matanya.Dia bangun dan memegang tangan Minjoon. "Minjoon nak pergi Toys R Us dengan mama?" Eun Kyung mengajak.Muka Minjoon memaparkan senyuman yang lebar dan menggengam kuat tangan Eun Kyung.
Eun Kyung tersenyum.Dia bersyukur yang dia tak gugurkan Minjoon masa umurnya 5 bulan dan masih dalam kandungan.Selepas melahirkan Minjoon,dia langsung taknak tengok muka Minjoon.Taknak pegang dan sentiasa menyuruh abangnya supaya memberikan Minjoon kepada keluarga angkat.
Tapi satu hari abangnya memberitahu yang Minjoon tak bersalah.Dia adalah anugerah yang paling indah yang tuhan beri kepada makhluk yang bernama manusia.Eun Kyung rasa bersalah dan sedar bahawa abangnya betul.
Satu hari dia meminta abangnya untuk memegang Minjoon.kangjun gembira dan terus berlari ke arah nurse untuk mengambil Minjoon dari bilik di mana bayi disimpan.Kangjun masuk dengan memegang seorang manusia kecil bernama Minjoon di tangannya.Kangjun menghulurkan bayi itu kepadanya dan Eun Kyung menyambutnya.
Eun Kyung menangis bila dia melihat Minjoon di tangannya.Dia sangat cantik.Eun Kyung bermain dengan tangan Minjoon dan Minjoon menggengam jari besar Eun Kyung.Air mata Eun Kyung mengalir deras.Kangjun tersenyum melihat Eun Kyung.
Mereka bersetuju untuk menamakan bayi itu dengan nama Min Joon.Eun Kyung terhutang budi dengan Kangjun kerana tidak menghulurkan Minjoon kepada keluarga angkat.Semenjak itu perasaan dendam tehadap Luhan semakin membuak-buak di dalam dirinya selepas dia mendapat tahu yang Minjoon menghidap penyakit yang serious.
Masa Minjoon berumur 2 tahun,dia sering dikejarkan ke hospital kerana Minjoon selalu menunjukkan rasa sakit.Eun Kyung selalu menangis kerana dia tak dapat menolong Minjoon tentang kesihatannya.Dia sanggup membeli nyawa jika itu adalah salah satu cara untuk selamatkan Minjoon.Dia sayang Minjoon sangat-sangat.
"Terima kasih Minjoon kerana bertahan.Mama janji yang mama akan balas dendam terhadap orang yang pernah tinggalkan kita berdua dulu dan buat dia bayar semuanya.Mama janji Minjoon.Mama janji." Eun Kyung memberitahu dirinya sambil memegang tangan Minjoon.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
First fanfic!Best ke?Saya harap ye.So saya decide nak buat fanfic Luhan sebab saya rasa Luhan kena dengan watak ni.Hahaha!Sorry Fans Luhan.Please comment...so saya boleh tahu di mana saya berada di dalam fanfic ni.Hihi.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...