18.Percaya.

2.3K 194 18
                                    

Hi guys! 

Basically, this is the continueous story from the previous chapter.

Happy reads :)

---

"Seo Eun Kyung. Teman wanita saya."

Eun Kyung rasa kosong. Dia tahu yang Luhan akan menyebut namanya tetapi dia tidak pernah sangka yang Luhan masih menganggapnya sebagai teman wanitanya.

"Te-Teman wanita?" Eun Kyung gagap bertanya.

"Emm." Luhan tersenyum memandang awan.

Eun Kyung ingin sahaja lari dari Luhan sekarang ini. Dia tidak mahu mendengar ini semua lagi.

"Luhan. Saya pergi tengok Minjoon dulu? Goodnight." Eun Kyung cepat-cepat bangun. 

Luhan juga ikut sama bangun.

"Eun Kyung!" Luhan memanggil.

Eun Kyung berhenti dan memandang Luhan.

"Boleh saya tanya awak tentang sesuatu?" 

Eun Kyung diam dan menunggu pertanyaan daripada Luhan.

"Apa nama keluarga awak?" Luhan bertanya.

"H-uhh?" Eun Kyung terkejut dengan soalannya. Kenapa mesti dia tanya tentang nama keluarga saya? Dia ada syak sesuatu ke?

"Shin. Shin Eun Kyung." Eun Kyung menjawab kerana hanya perkataan Shin yang terlintas di fikirannya.

"Ouhh. Maaf. Goodnight." Luhan tersenyum. Eun Kyung mengangguk dan terus masuk ke dalam biliknya.

"Dream of me." Luhan berkata kepada dirinya seperti dia menyampaikan pesanan itu kepada Eun Kyung. Luhan duduk di luar semula dan dia duduk diatas kerusi yang telah di duduk oleh Eun Kyung tadi.

"Shin Eun Kyung." Luhan bertanya kepada dirinya.

"Seo Eun Kyung." Luhan menyambung.

"Saya rindu awak Eun Kyung. Kenapa awak mesti pergi jauh dari saya? Saya tahu saya salah. Saya patut jaga awak dulu. Saya patut bertanggungjawab." Luhan bersuara.

"Luhan. Betul ini anak awak. Kenapa awak buat saya macam ni? Tolonglah awak. Ini anak kita. Tolong jangan buat saya macam ni. Tolong..."

Luhan teringat tentang Eun Kyung yang merayu untuk menerimanya. Luhan nampak beg besar di sebelah Eun Kyung waktu itu, tahu yang dia mesti dihalau keluar dari rumahnya. Tetapi waktu itu, dia marah sangat kepada Eun Kyung.

"Kenapa saya mesti percaya cakap Jimin?!" Luhan memarahi dirinya.

Flashback.

"Bye. Malam ni saya call awak." Luhan memberitahu kepada Eun Kyung yang sudah berada di dalam keretanya.

"Okay! Saya tunggu. Bye." Eun Kyung tersenyum dan menyuruh drivernya untuk jalan.

Luhan berasa sangat gembira kerana jumpa dengan Eun Kyung, teman wanitanya.

"Hi bro!" Suara yang Luhan paling benci datang dari belakang.

"Kau nak apa?" Luhan bertanya.

"Tak ada apa-apa. Cuma aku terkejut." Jimin memberitahu Luhan.

"Terkejut?" Luhan bingung.

"Yelah. Aku tunggu bilalah Eun Kyung nak minta putus dengan kau?" Jimin membalas dan tersenyum sinis.

"Apa maksud kau?" Luhan bertanya.

Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]Where stories live. Discover now