I miss Roh Ji Hoon :( Where is he? :(
Down here :) The one you looking for.
---
Luhan tertidur diatas kerusi yang terletak di bumbung hotel. Dia terjaga bila dia merasakan ada sesuatu yang jatuh diatas mukanya. Rintik hujan semakin deras dan Luhan cepat-cepat masuk ke dalam bangunan semula.
"Woahh. Dah pukul berapa ni?" Luhan berkata kepada dirinya dan dia masih mengantuk. Dia menguap dan melihat jam tangannya.
"Dah pukul 4.46? Kenapa takde sesiapa pun call?" Luhan mencari telefonnya di dalam beg dan dia mendapati 25 missed call dan 12 messages. Yang call itu mestilah Ha Lang dan member lain. Luhan menghantar mesej kepada Ha Lang yang dia tidak apa-apa.
Dia mula berjalan turun ke biliknya untuk sambung tidur. Hujan di luar mestilah lebih selesa tidur. Dia membuka pintu dan berjalan ke katilnya.
Dia terkejut.
Eun Kyung yang sedang tidur sambil memeluk Minjoon berada diatas katil tersebut.
"Kenapa dia tak tidur dalam bilik dia?" Luhan bertanya di dalam hati.
Dia berjalan dan duduk diatas katil disebelah Minjoon. Kepala Minjoon di paras dada Eun Kyung.
Luhan tersenyum bila melihat Eun Kyung Dia memang seiras. Cuma rambut dan warna mata sahaja lain.
Luhan tahu kerana dia sudah pun memeriksa muka Eun Kyung masa photoshoot tadi. Luhan baring di sebelah Minjoon dan merenung muka Eun Kyung. Dia tersenyum. Dia mahu sangat meyentuh muka Eun Kyung tetapi dia takut yang dia akan mengejutkannya.
Luhan terdengar Minjoon mengeliat dan mukanya pula menghadap bawah paras dada Luhan. Luhan tersenyum sekali lagi.
Luhan mula terfikirkan sesuatu.
Kenapa pada kali pertama dia nampak Minjoon, dia rasa macam dia nak peluk sangat?
Pada masa Minjoon hanya melihatnya di lapangan terbang dan berjalan kearahnya. Pada masa Minjoon bertanya adakah dia abang Luhan. Luhan tersenyum.
Tapi kenapa perasaan itu tiba-tiba muncul? Bila setiap kali dia melihat Minjoon, mesti dia rasa sangat gembira. Macam Minjoon itu satu kebahagiaan penting dalam hidupnya.
Bila Minjoon panggil dia papa tadi.
Papa.
Luhan tak tahu kenapa tapi dia rasa gembira bila mendengar perkataan itu keluar daripada mulut Minjoon.
"Apa ni Luhan?!" Luhan memarahi dirinya sendiri.
"Ini anak angkat Eun Kyunglah!" Luhan menyambung di dalam hatinya.
Luhan melihat semula Eun Kyung. Luhan berterima kasih kepada rambutnya yang tak kemas masa photoshoot tadi.
Kerana itu dia dapat merasa sentuhan Eun Kyung. Walaupun tak banyak, dia tetap dapat rasa. Tapi kenapa Eun Kyung seperti terkejut dan hampa bila Ha Lang menyuruh untuk membetulkan rambutnya?
Dan bila Ha Lang menyuruh dia untuk membetulkan tie Chanyeol, dia macam happy. Eun Kyung suka Chanyeol ke? Selama ini pun Chanyeol banyak bercakap dengan Eun Kyung.
Luhan juga dapat merasakan tangan Eun Kyung yang gementar. Kenapa? Tapi bila dengan Chanyeol seperti tiada apa-apa.
Luhan memandang Eun Kyung. Dia sangat cantik walaupun sedang tidur.
Luhan memberanikan diri untuk menyentuh rambut Eun Kyung. Dia meletakkan rambut Eun Kyung di belakang telinganya. Eun Kyung bergerak sedikit. Luhan tergamam takut-takut yang Eun Kyung akan bangun.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...