28.Semuanya.

2.5K 187 20
                                    

Hi everyone :)

I love you momma and daddy. Thank you so much :))

More update!

---

Chanyeol mengambil cawannya dan minum air coklat yang dibuat oleh Eun Kyung. Terpampang indah kota Seoul di depan mata mereka dan angin juga menjadi semakin sejuk.

"Awak rasa semua tu salah saya ke Chanyeol?" Eun Kyung bertanya.

Chanyeol senyap sebentar dan meletakkan kembali cawan tersebut di atas meja.

"Betul ke pada waktu tu awak dah bersedia?" Chanyeol bertanya.

"Sebenarnya, saya didorong untuk buat semua tu. Masa tu bila saya tengok Luhan pergi ke arah pintu, saya rasa.. Saya rasa macam dia akan pergi jauh dari saya." Eun Kyung membalas.

"Miss Han Na." Eun Kyung menyambung.

Flashback.

"Hi Eun Kyung." Han Na tersenyum kepada Eun Kyung.

Han Na sudah pun sampai di sekolah dan mereka berdua sedang mengambil buku untuk kelas yang pertama di dalam locker masing-masing.

"Ouhh. Hi Han Na!" Eun Kyung gembira kerana berjumpa dengan kawan baiknya.

"Jadi.. Awak dengan Luhan okay ke?" Han Na bertanya.

"Okay... Awak dengan Jimin?" Eun Kyung bertanya.

"Okay macam tu je la." Han Na menjawab.

"Hahaha..." Eun Kyung menjawab dan menutup lockernya.

"Jom?" Eun Kyung mengajak Han Na.

Mereka berdua pun jalan untuk ke kelas waktu pertama mereka.

"Eun Kyung. Saya ada benda nak bagitahu awak." Han Na memanggil.

"Umm apa dia?" Eun Kyung menjawab.

"Ini pasal Luhan. Takpelah." Han Na membalas.

"Han Na. Apa dia?" Eun Kyung memberhentikan Han Na dari berjalan dan memandangnya.

"Sebenarnya.. Semalam, masa saya nak belikan air untuk ayah saya semalam dekat kedai runcit, saya ternampak Luhan. Dia pergi pusat karaoeke."  Han Na memberitahunya.

"H-Huh?" Eun Kyung terkejut.

"Ada seorang perempuan dalam umur 25,26 macam tu bawa dia naik. Diorang nampak happy." Han Na membalas.

"Perempuan?" Eun Kyung terkejut.

"Awak tahu.. Lelaki pun ada keperluan mereka sendiri. Mungkin dia hormat awak sebagai seorang perempuan dan dia takut nak bagitahu awak yang dia nak buat benda tu dengan awak." Han Na membalas.

"Maafkan saya Eun Kyung. Saya tak patut cakap pun benda ni pada awak. Maafkan saya." Han Na menyambung.

"Tak Han Na. Awak tak salah apa-apa pun." Eun Kyung membalas.

"Umm Eun Kyung, awak kata tiga hari lagi birthday Luhan kan? Saya dengan Jimin tak dapat datanglah." Han Na memberitahu.

"Kenapa?" Eun Kyung bertanya.

"Harijadi ayah Jimin juga pada hari yang sama. Saya dijemput jadi..." Han Na berhenti dan memandang Eun Kyung.

"Ouhh... Okay. Tak apa. Nampaknya Kangjun dengan saya jelah yang pergi birthday Luhan." Eun Kyung menipiskan mulutnya.

Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]Where stories live. Discover now