Continue~~~~~~ *Ikan Maxis* ;)
---
(10 minit sebelum Minjoon hilang)
"Minjoon?" Orang itu memanggil nama Minjoon dan terkejut pada masa yang sama.
Minjoon tersenyum padanya.
"Minjoon buat apa sorang-sorang kat sini? Mana mama Minjoon? Daddy ingatkan Minjoon dengan mama dah masuk van?" Luhan bertanya.
"Minjoon tunggu mama pergi toilet." Minjoon menjawab.
"Ouhh." Luhan duduk di depan Minjoon.
"Daddy. Minjoon haus." Minjoon memberitahu Luhan.
"Haus? Sebenarnya daddy pun haus juga." Luhan membalas.
Luhan melihat muka Minjoon. Dia seperti kepenatan. Luhan tidak sampai hati.
"Tapi kalau mama Minjoon marah macam mana?" Luhan bertanya. Dia tidak ingin membawa Minjoon kemana-mana kerana Minjoon adalah milik Eun Kyung. Siapalah dia untuk membawa Minjoon tanpa kebenaran.
"Tapi Minjoon haus sangat." Minjoon membalas.
Luhan berbelah bahagi.
"Okay. Jom." Luhan mengangkat Minjoon.
Luhan membawa Minjoon ke cafe.
Sementara itu Eun Kyung dan Chanyeol sibuk mencari Minjoon,
"Chanyeol. Dekat bilik pantri pun takde. Macam mana ni?" Eun Kyung mula menangis. Dia tidak pernah kehilangan Minjoon.
Chanyeol pergi kearah Eun Kyung dan dia tidak tahu ingin buat apa. Dia patut peluk untuk memberitahu yang kita akan Minjoon atau dia hanya patut melihat sahaja tanpa bercakap apa-apa?
Chanyeol membuat keputusan untuk memeluk bahu Eun Kyung. Eun Kyung hanya terfikirkan tentang Minjoon tanpa dia sedari yang Chanyeol memeluknya.
"Eun Kyung. Kita akan jumpa. Awak sabar, okay? Jom. Kita mana boleh duduk sini je. Kita mesti cari lagi. Percaya pada saya." Chanyeol memandang Eun Kyung.
Eun Kyung memandang Chanyeol. Chanyeol tersenyum padanya dan Eun Kyung mengelap air matanya.
"Awak janji yang kita akan jumpa dia?" Eun Kyung bertanya.
"Janji." Chanyeol memberanikan diri berjanji.
Chanyeol dan Eun Kyung pun mula mencari lagi. Chanyeol pergi mencari lagi di toilet dan Eun Kyung sekali lagi pergi ke bilik solek kalau-kalau Minjoon balik ke situ.
Sedang Eun Kyung berjalan di laluan kosong tersebut, dia terdengar suara seorang budak kecil tergelak dan dia pasti itu suara Minjoon.
Eun Kyung cuba mencari suara tersebut dan dia nampak Minjoon ditangan Luhan dan mereka berdua gelak ketawa seperti tiada apa yang terjadi.
Eun Kyung berjalan kearah Minjoon dan Luhan.
Luhan berhenti kerana Eun Kyung datang secara tiba-tiba.
"Mama?" Minjoon bertanya.
"Minjoon. Turun sekarang." Eun Kyung dengan dinginnya menyuruh.
Minjoon mengetatkan lagi pelukan tangannya di leher Luhan dan menggeleng kepalanya.
"Minjoon. Mama kata turun sekarang." Eun Kyung menyuruh tanpa memandang muka Luhan.
"Minjoon. Mama suruh turun." Luhan ingin meletakkan Minjoon ke bawah tetapi Minjoon masih menggelengkan kepalanya.
"Minjoon!" Mata Eun Kyung mula berair. Dia tidak sangka yang selama ini dia bersama Luhan, ayah kandungnya sendiri.
"Eun Kyung. Janganlah marah dekat Minjoon." Luhan cuba masuk campur.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...