Huii Huii.. :)
Have a good day everyone :) Please listen to Hong Jin Young- Cheer Up, while reading this if you had that song :)
Updates!
---
"Luhan..." Eun Kyung memanggil perlahan.
Luhan memandang belakang dan tersenyum pada Eun Kyung.
"Ini semua demi Minjoon dan Han Na." Eun Kyung memberitahu pada dirinya di dalam hati.
"Eun Kyung.." Luhan memanggil dan mencapai tangan Eun Kyung. Eun Kyung memandang Luhan.
"Saya rindukan awak sangat-sangat." Luhan mengusap tangan Eun Kyung di pipnya sambil menutup matanya.
Eun Kyung memandang Luhan dengan hati yang sayu.
"Saya pun rindukan awak Luhan. Tapi maafkan saya Luhan." Eun Kyung berkata di dalam hati.
"Luhan.. Mungkin saya tak dapat terima awak sebagai Luhan... Teman lelaki saya." Eun Kyung memberitahunya.
Luhan terus membuka matanya dan memandang Eun Kyung.
"Apa maksud awak?" Luhan bertanya.
"Tapi saya dapat terima awak sebagai papa Minjoon." Eun Kyung membalas.
"Maknanya.. Maknanya saya sebagai ayah kepada Minjoon dan saya bukan sesiapa kepada awak?" Luhan bertanya. Dia masih mengenggam tangan Eun Kyung.
Air mata Eun Kyung mula bertakung di alam matanya.
"Maafkan saya Luhan..." Eun Kyung memberitahunya.
Luhan terkejut dan terus melepaskan tangan Eun Kyung.
"Mestilah.. Apalah saya ni kan? Takkanlah awak nak terima saya sekarang kan? Awak mesti fikir dulu dan mungkin satu hari nanti awak akan terima saya kan?" Luhan bertanya sambil dia tersenyum.
Air mata Eun Kyung mula jatuh.
"Betulkan Eun Kyung?" Luhan bertanya dan air matanya juga mula jatuh.
Eun Kyung terus berlari ke arah Luhan dan mencium mulutnya. Pada mulanya Luhan terkejut tetapi akhirnya dia membalas ciuman Eun Kyung.
Eun Kyung menangis kerana pada saat itu, dia merasa sangat bahagia. Dia rindu untuk cium Luhan dan merasa saat diri mereka bersatu. Eun Kyung memeluk leher Luhan dan Luhan memeluk pinggang Eun Kyung.
Mereka cium untuk beberapa saat dan mereka berdua melepaskan bibir masing-masing untuk mengambil udara.
Dahi mereka bertemu dan memandang sesama sendiri.
Luhan mengelap air mata Eun Kyung menggunakan ibu jarinya dan Eun Kyung juga mengelap air mata Luhan.
"Malam ni. Hanya malam ni saya jadi Eun Kyung. Teman wanita awak." Eun Kyung berbisik kepada Luhan.
Luhan terus mengundur ke belakang dan memandang Eun Kyung.
"A-Apa maksud awak?" Luhan bertanya.
Eun Kyung menangis.
"Hanya malam ni. Saya milik awak, awak milik saya. Tapi hanya untuk malam ni." Eun Kyung membalas.
"Hanya malam ni? Habis, esok? 5 hari lagi? Seminggu? Sebulan? 10 tahun lagi? Selama-lamanya?" Luhan bertanya.
Eun Kyung menangis dan dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan-lahan.
"Saya tahu saya sangat kejam dulu. Awak boleh balas dendam terhadap saya. malukan saya depan orang ramai, awak boleh bunuh saya, tapi..." Luhan berhenti.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...