22.Siasatan Chanyeol.

2.2K 188 9
                                    

I'm updating again..!! Hahaha.. :)

---

"Aissshh! Takkanlah." Tao yang bingung bersuara.

Hari sudah malam dan Exo sedang duduk dan menonton Inkigayo di ruang tamu. Chanyeol dan Luhan pula berada di dalam bilik masing-masing.

"Takkanlah apa? Memang betulkan." Xiumin membalas.

"Takkanlah Chanyeol suka Eun Kyung?" Tao bertanya lagi sekali.

"Kau pernah nampak Chanyeol bagi sweater dekat photographer kita yang dulu?" Chen bersuara.

"Tapi photographer kita yang dulu kan lelaki. Takkanlah dia nak bagi sweater." Tao membalas.

"Maksudnya bagi hadiahlah. Bagi sesuatu. Aduhh!" Suho menjawab.

"Baekhyun, kau kan rapat dengan Chanyeol. Dia tak bagitahu apa-apa ke?" Kai bertanya kepada Baekhyun. Baekhyun menggeleng sambil matanya tertumpu pada televisyen.

"Humm. Luhan pun makin pelikkan?" Xiumin bersuara.

"Ha'ah. Kau tengoklah semalam masa Chanyeol bagi Eun Kyung hadiah, Luhan nampak marah." Sehun membalas.

"Aku perasan juga." Lay bersuara.

"Maknanya Luhan dengan Chanyeol berebutkan Eun Kyung?" Dyo membuat spekulasi.

"Humm... I smell something fishy here.." Xiumin membalas.

***

"Ikatan dengan Minjoon? Eun Kyung?" Chanyeol berfikir. Dia berada di dalam bilik, sibuk memikirkan tentang apa yang berlaku tadi.

"Okay Chanyeol. Kita fikir dari mula." Chanyeol memberitahu dirinya.

"Internet! Yes Internet!" Chanyeol bersuara. Dia cepat-cepat mengambil laptopnya dan buka Google.

Dia cuba mencari dan klik semua yang dia jumpa di senarai carian.

Dia tidak tahu kenapa tetapi dia mahu membuka satu website tentang ayah dan anak.

Dia membuka website tersebut dan dia membaca.

"Ikatan kekeluargaan sangat penting dalam sesebuah keluarga. Dalam sesebuah keluarga mestilah ada ayah, ibu dan pastinya anak."

Chanyeol membaca dan terus membaca sehinggalah dia terjumpa ayat

"Ikatan antara ayah dan anak juga kuat seperti ikatan seorang anak dengan ibunya. Jauh manapun seorang ayah itu pergi, jauh manapun seorang ayah itu berenang, jauh manapun seorang ayah itu terbang, ayahnya pasti dapat merasa sesuatu ikatan antara dia dan anaknya. Walaupun anak itu tidak tahu apa-apa, anak juga pasti dapat rasa perasaan antara dirinya dan ayah. Jika ayah itu adalah ayah kandungnya." Chanyeol menghabiskan pembacaannya.

"Eun Kyung." Chanyeol menyebut.

"Kau jangan berani nak cakap yang bukan-bukan pasal Eun Kyung." 

"Betul tu. Nama perempuan dalam gambar tu Eun Kyung."

"Aku mesti tanya Luhan apa nama keluarga Girlfriend dia!" Chanyeol cepat-cepat bangun dari katilnya dan keluar dari bilik.

Semua mata tertumpu pada Chanyeol.

"Mana Luhan?" Chanyeol bertanya kepada ahli Exo yang sedang bergelak ketawa tadi.

Dia keluar dengan Ha Lang sekejap. Baru je dia keluar tadi. 

"Umm korang." Chanyeol memanggil.

"Apa nama keluarga Eun Kyung?" Chanyeol bertanya. Mereka melihat Chanyeol pelik.

"Cepatlah." Chanyeol mengarah.

Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]Where stories live. Discover now