Hi everyone :)
Actually my Internet was broken and I hate it. So I am writing at my laptop first then I copy paste at Wattpad.
After this chapter, maybe I’m gonna update a little bit late. I’M SORRY :((
Updates!
---
Sudah empat hari berlalu sejak Minjoon sakit. Minjooon masih tidak sedar. Eun Kyung pula asyik menangis dan Exo selalu datang melawat Minjoon. Chanyeol lah yang selama ini member semangat kepada Eun Kyung supaya kuat dan tabah.
Kangjun pula ada kerja di London dan mengikuti daddy nya disana dalam lebih kurang seminggu. Kangjun selalu menulis e-mail pada Eun Kyung, bertanya tentang khabar Minjoon. Kangjun juga tidak boleh fokus terhadap kerjanya. Dia sangat risau.
Sejak kebelakangan ini, Eun Kyung bingung tentang sesuatu. Dia bingung kenapa Luhan tidak bercakap dengannya. Dia hanya bercakap dengan Eun Kyung jika Exo atau orang lain ada bersama mereka.
Luhan tidak sanggup memandang Eun Kyung. Dia tidak mahu bercakap dengan Eun Kyung kerana sanggup Eun Kyung menyembunyikan sesuatu yang sangat penting terhadapnya.
Flashback.
“Saya nak derma untuk Minjoon.” Luhan memberitahu kepada doctor tersebut.
“Tapi, orang yang menderma itu mestilah seseorang yang ada pertalian darah dengan Minjoon kerana terlalu berisiko jika meminta daripada orang lain.” Doktor membalas.
Luhan berfikir, Minjoon adalah anak angkat Eun Kyung. Kangjun cakap yang Eun Kyung dah keguguran masa dia bekerja.
Luhan melihat Minjoon.
“Tapi kenapa aku rasa yang Minjoon ni… macam anak aku?”
“Boleh ke.. Kangjun tipu supaya aku tak cari Eun Kyung lagi?”
“Ya. Satu cara je boleh tahu.” Luhan berkata di dalam hati.
“Boleh kita buat…” Luhan berhenti.
Doktor itu memandang Luhan.
“Ujian darah dulu?” Luhan menyambung.
Beep… Beep… Beep…
Bunyi yang dihasilkan daripada mesin penyambung di badan Minjoon memenuhi ruang bilik tersebut.
Hanya tinggal Chanyeol dan Eun Kyung di dalam bilik Minjoon.
“Mana Luhan?” Eun Kyung mematikan suasana senyap tersebut.
“Dia kata dia nak pergi ambil angin sekejap.” Chanyeol membalas.
Handphone Eun Kyung bergetar tanda mesej masuk.
“Datang dekat atas bumbung sekarang. Luhan.” Eun Kyung membaca di dalam hati.
“Kenapa dengan dia?” Eun Kyung bersuara perlahan.
“Huh?” Chanyeol bertanya kerana dia tidak mendengar apa yang Eun Kyung cakapkan.
“Ini pasti ada sesuatu. Saya ada buat salah ke dengan dia? Mungkin saya patut jumpa dia.” Eun Kyung berkata di dalam hati.
“Chanyeol. Tolong jagakan Minjoon sekejap. Saya nak pergi ke satu tempat.” Eun Kyung bangun dan membawa telefonnya.
“Awak nak pergi mana?” Chanyeol bertanya.
“Jangan risau. Saya okay. Tolong ehh Chanyeol. Saya pergi dulu. Sekejap je.” Eun Kyung tersenyum dan keluar dari bilik Minjoon.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...