Hi to whoever reading this :)
This chapter I wanna dedicated to @KpopShidae. Thank you because you make a great great great couple name. ( HanKyung ). Isn't that awesome? :))) Thank you. : )
Updates!
---
Luhan memberanikan dirinya untuk membuat sesuatu yang dia tidak pernah jangka yang dia akan buat.
"Inilah masanya." Luhan menutup matanya dan bersedia untuk tahu adakah Eun Kyung juga mempunyai perasaan yang sama terhadap dia atau dia hanya kawan.
EunKyung juga sudah bersedia untuk menerima impaknya dan tiba-tiba dia teringatkan,
"Anak puan mengalami penyakit 'Cirrhosis'."
"Janji dengan abang yang Eun Kyung takkan buat kesilapan yang sama lagi."
"Keluar dari rumah ni! Daddy takde anak yang sanggup buang maruahnya sendiri."
"Mama. Kenapa papa tak balik-balik lagi?"
"Saya takkan percaya dekat awak. Lepasni jangan jumpa saya lagi."
Eun Kyung serta merta membuka matanya dan berpaling dar Luhan.
"Saya laparlah." Eun Kyung bersuara dan mengambil beg di sebelahnya. Luhan membuka matanya.
Eun Kyung mengambil 2 roti coklat di dalam begnya dan memberi satu kepada Luhan.
"Awak nak?" Eun Kyung bertanya. Eun Kyung sebenarnya mahu mengelakkan suasan 'Awkward' diantara mereka.
"Bo-Boleh juga. Terima kasih." Luhan mengambilnya. Hanya bunyi plastik yang dikoyakkan memenuhi ruang stor.
Mereka makan dengan senyap dan tidak bercakap apa-apa.
Eun Kyung sudah menghabiskan rotinya, Luhan juga sama. Mereka senyap semula untuk beberapa minit.
"Eun Kyung." Luhan memanggil.
"Hummm?" Eun Kyung menjawab dengan malas.
"Boleh tak saya nak cakap sesuatu?" Luhan memulakan langkah.
Eun Kyung hanya senyap.
"Sebenarnya. Sa-saya suka--" Belum sempat Luhan menghabiskan pengakuannya, dia merasa sesuatu diatas bahunya.
Kepala Eun Kyung. Eun Kyung sudah tertidur.
"Saya suka awak." Luhan menghabiskan ayatnya. Hanya kedengaran nafas Eun Kyung menjawab.
Luhan memeluk bahu Eun Kyung dan tangan Luhan mencapai rambut Eun Kyung. Dia mengusap lembut rambut Eun Kyung.
"Awak nak tahu tak yang awak memang sama dengan Eun Kyung?" Luhan bercakap.
"Cara awak makan, cara awak gelak, cara awak jalan, warna anak mata awak. Betul ke awak bukan Seo Eun Kyung?" Luhan bertanya.
"Hahaha.. Mestilah bukan,kan? Kalau awak Eun Kyung, mesti awak dah bunuh saya dan saya akan terimanya dengan rela hati." Luhan bersuara lagi.
Luhan melihat muka Eun Kyung dan dia tersenyum.
"Kalaulah awak Eun Kyung, saya akan cium dia, peluk dia kuat-kuat dan saya akan suruh dia tidur di dada saya supaya dia boleh dengar betapa lajunya degupan jantung saya bila saya ada dekat dengan dia." Luhan menyambung.
"Tapi awak bukan dan awak juga bukan milik saya." Eun Kyung meletakkan rambut Eun Kyung yang menutup matanya di belakang telinganya.
"Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. Saya akan jaga awak dengan sepenuh hati saya." Luhan mengusap lagi rambutnya.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...