Hi Hi everyone!!!
Hahaha.. It seems everyone pick Jimin as the bad boy :) Me myself also choose Jimin :)
I think we had some similarities here, that's why I love you guys :))
Another updates!
---
Mereka sudah pun selesai makan malam dan terus balik ke bilik.
Selepas Minjoon sudah gosok gigi dan bermain sebentar dengan Luhan, dia dah pun tertidur di bilik Eun Kyung. Eun Kyung tidak boleh tidur dan hanya memikirkan tentang semua benda yang berlaku.
Luhan juga sama seperti Eun Kyung. Matanya juga tidak mahu mengantuk kerana berfikir terlalu banyak. 1 jam sudah berlalu. Luhan mengambil keputusan untuk bercakap dengan Eun Kyung. Luhan bangun daripada katil dan pergi ke depan pintu bilik Eun Kyung.
Luhan ragu-ragu untuk mengetuk. Takut Eun Kyung sudah tidur dan mengacaunya.
Eun Kyung pula mahu sahaja keluar dari biliknya dan pergi meminta maaf kepada Luhan kerana sikapnya tadi.
Luhan cuba mengetuk.
Knock Knock
Eun Kyung sedikit terkejut dan berjalan kearah pintu. Eun Kyung membuka dan Luhan memandangnya.
"Eun Kyung. Awak pun tak boleh tidur?" Luhan bertanya.
Eun Kyung menganguk. Luhan tersenyum.
"Boleh kita cakap?" luhan bertanya.
"Saya pun nak cakap something. Jom?" Eun Kyung mengajak.
Luhan mengangguk.
Mereka berdua jalan ke beranda hotel dan Luhan membuka pintu untuk ke beranda tersebut. Angin sejuk terus menerkam badan Eun Kyung dan Luhan perasan. Luhan membuka jaketnya dan meletakkan di keliling badan Eun Kyung.
Eun Kyung agak terkejut dan memandang Luhan.
"Jom?" Luhan mengajak.
Eun Kyung dan Luhan berjalan dan duduk di kerusi yang telah disediakan. Mereka berdua senyap untuk seketika melihat pemandangan Hong Kong yang sentiasa sibuk tetapi cantik pada masa yang sama.
"Saya nak minta maaf sebab bawa Minjoon tanpa kebenaran awak tadi." Luhan bersuara. Eun Kyung mendengar tetapi dia tidak menjawab kerana dia tahu yang Luhan akan sambung.
"Saya tahu saya tiada hak langsung. Saya tiada hak nak bawa Minjoon pergi mana-mana." Luhan menyambung.
Eun Kyung tersentak.
"Saya tak tahu kenapa, tapi saya mengaku saya mula sayang dengan Minjoon. Saya tak tipu." Luhan menyambung lagi.
"Sejauh mana pun Eun Kyung hantar Minjoon, Luhan pasti akan dapat rasa ikatan dia dan anaknya. Semua bapa rasa begitu Eun Kyung. Semua bapa."
Eun Kyung teringat ayat abangnya.
"Luhan." Eun Kyung menyebut namanya. Niat Eun Kyung sebenarnya untuk membuatkan Luhan berhenti. Dia tidak mahu mendengar lagi Luhan bercakap tentang Minjoon. Mestilah dia dapat rasa kerana Minjoon itu anaknya.
Luhan memandang Eun Kyung.
Eun Kyung tidak berani memandang Luhan.
"Sa-Saya minta maaf sebab marah awak tadi." Eun Kyung akhirnya mengeluarkan ayat itu sambil bermain dengan tangannya.
"Awak tak salah apa-apa pun dengan saya. Awak tak patut minta maaf. Saya yang patut. Maafkan saya." Luhan membalas.
Eun Kyung merasa seperti sesuatu yang keras dalam hatinya tiba-tiba menjadi lembut.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...