After watching Roommate 2 alone in the dark and publishing it while taking a sip from my hot coppucino drink while watching Got7 I like you performance after Roommate 2 was ended. :)
I'm updating!
---
"Saya akan cerita apa yang Han Na dah buat dekat awak. Saya akan cerita semuanya." Jimin memberitahu Eun Kyung.
Eun Kyung hanya diam.
"Pertama tentang Luhan pergi karaoeke. Semuanya bermula dari situ." Jimin berhenti dan memandang Eun Kyung.
"Dia tipu. Semuanya. Dia pergi belikan ayah dia air, perempuan bawa Luhan naik. Waktu tu saya ada dengan Luhan main bole keranjang." Jimin menyambung.
Eun Kyung cepat-cepat memandang Jimin.
"H-Huh?" Eun Kyung terkejut.
"Saya minta maaf Eun Kyung." Jimin memberitahunya.
"Yang kedua. Masa harijadi Luhan, malam tu Luhan ada tak berperangai pelik?" Jimin bertanya.
Eun Kyung teringat tentang ciuman yang diberikan oleh Luhan malam itu.
"Cara dia.. cium.. saya lain pada mulanya." Eun Kyung membalas malu.
"Itu juga kerja Han Na." Jimin memberitahunya.
"Takkanlah?" Eun Kyung terkejut sekali lagi.
"Ya. Dia juga yang rasuk Luhan untuk buat.. benda tu." Jimin menjaga percakapannya.
"Sehari selepas dia bagitahu tentang Luhan pergi karaoeke tu, dia bagitahu Luhan yang awak rasa seperti tak dicintai. Awak rasa Luhan ni tak cukup tunjukkan kepada awak betapa dia cintakan awak." Jimin menambah.
"Saya mana ada fikir macam tu!" Eun Kyung agak marah.
"Saya tahu. Maafkan saya, itu idea saya. Maafkan saya Eun Kyung." Jimin meminta maaf.
Eun Kyung terdiam.
"Ketiga. Awak mesti nak tahukan kenapa masa saya dengan Han Na bercinta tapi buat semua benda ni dekat awak?" Jimin bertanya. Eun Kyung memandang Jimin.
"Sebab waktu tu Han Na bagi saya duit. Awak tahu, nenek saya sakit dan ibu bapa saya masih sibuk dengan kerja mereka yang tak bernilai tu." Jimin memberitahunya.
"Nenek saya sakit dan terpaksa dirawat hospital swasta kerana pakar untuk sakit nenek saya berada di situ. Han Na janji untuk bagi saya duit kalau saya ikut cakap dia. Waktu tu saya tak fikir panjang then saya terus setuju." Jimin menyambung.
"Tapi betul ke awak cintakan Han Na?" Eun Kyung bertanya.
Jimin tersenyum sinis dan menjeling.
"Perempuan macam tu saya nak suka? Pada mulanya syaa mengaku, memang saya ada perasaan terhadap dia tapi bila dia semakin tak terkawal, saya mula benci dengan dia." Jimin membalas.
Eun Kyung hanya senyap.
"Selepas saya dah selesai kerja pertama saya dengan dia, dia bagi saya banyak duit. Lepas untuk bayar separuh bayaran untuk rawatan nenek saya. Saya hanya setuju semuanya kerana saya hanya memikirkan tentang nenek saya. Sebelum dia suruh buat benda tu." Jimin terhenti.
"Kerja apa?" Eun Kyung menanti.
"Langgar awak masa awak ada di depan rumah Luhan dan pastikan awak keguguran. Waktu itu, saya fikir dia dah tak terkawal." Jimin menyambung.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...