10.Mula suka?

2.9K 220 9
                                    

Guys. I really love you. Seriously. I love you. I love you.

Update :)

---

"Dah siap.. Give me high 5!" Chanyeol menepuk tangan Minjoon.

"Hihi.." Minjoon tersengih.

"Mana mama Minjoon ni?" Chanyeol bertanya.

Minjoon mengangkat bahunya. Chanyeol bangun dan berjalan kearah pintu bilik Eun Kyung.

Chanyeol mengetuk pintu bilik Eun Kyung.

Knock Knock

"Eun Kyung?" Chanyeol memanggil.

"Sekejap..." Eun Kyung dari dalam membalas. Eun Kyung yang sedang mengemas segala keperluan Minjoon mengezip begnya kerana semuanya sudah ada.

"Sun block, towel, goggle, tisu basah, snek, air..." Eun Kyung sibuk mengira barang-barang yang diperlukan oleh Minjoon nanti.

Eun Kyung mengingatinya semula dan dia sudah pasti semuanya cukup. Eun Kyung membiarkan air cond terpasang dan keluar daripada biliknya.

"Minjoon?" Eun Kyung memanggil.

"Mama." Minjoon membalas. Chanyeol dan Minjoon sedang duduk di atas sofa di dalam bilik hotel tersebut menunggu.

"Nah. Pakai ni." Eun Kyung menghulurkan slipper yang dibawanya daripada rumah.

"Okay. Semua dah ada?" Chanyeol bangun dan bertanya.

Eun Kyung mengangguk dan tersenyum.

"Jom!" Chanyeol bersuara dengan sangat gembira.

"Jom!" Minjoon mengikut dengan suara yang comel.

"Hahaha.." Eun Kyung yang berada di belakang Minjoon tergelak.

"Ladies first.." Chanyeol membuka tangannya kepada Eun Kyung.

"Ladies first..." Minjoon meniru gaya Chanyeol.

"Okayyy.." Eun Kyung membalas.

Eun Kyung memakai slipper nya dan keluar dari bilik hotel. Chnayeol dan Minjoon juga sama.

Minjoon memegang tangan Chanyeol dan Eun Kyung berjalan di sebelah Minjoon.

"Yeayy! Mandi swimpool!" Minjoon bersorak gembira.

"Yeayy!!" Chanyeol bermain dengannya.

"Daddy Chanyeol, mana daddy Luhan?" Minjoon bertanya.

"Kenapa?" Chanyeol bertanya. Lagi sekali, Chanyeol berasa sedikit murung bila Minjoon bertanya tentang Luhan. Dia pun tidak tahu kenapa.

"Daddy Luhan ada kerja." Chanyeol membalas dan memberikan senyuman yang lemah.

"Ouhh. Macam papa Minjoonlah. Kan mama? Asyik kerja je.." Minjoon membalas. Chanyeol memandang Eun Kyung dan Eun Kyung pandang ke bawah.

"Minjoon.. Nanti daddy Chanyeol belanja aiskrim nak?" Chanyeol cuba mengubah topik.

"Nak! Nak perisa pisang." Minjoon membalas.

"Perisa pisang?" Chanyeol mengerutkan dahinya.

"Umm. Minjoon suka perisa pisang! Mama cakap yang papa Minjoon suka makan aiskrim perisa pisang, jadi Minjoon pun mestilah suka perisa pisang kan?" Minjoon tersenyum.

"Minjoon mesti sayang sangat dengan papa Minjoon kan?" Chanyeol bertanya. Dia pun bingung kerana tiba-tiba dia bertanya.

"Mestilah Minjoon sayang." Minjoon menjawab.

Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]Where stories live. Discover now