Hi everyone :) Can I tell you something?
I love you : )
---
"Kita terkunci." Luhan membeitahunya.
"Huhh?!!" Eun Kyung terkejut.
Luhan meletakkan kotak yang di pegangnya tadi di bawah dan cuba membuka lagi sekali pintu tersebut.
"Arhh.. Tak boleh." Luhan bersuara.
Eun Kyung pergi ke depan Luhan dan cuba membukanya. Eun Kyung cuba banyak kali dan masih tidak boleh terbuka.
"Tak boleh." Luhan memberitahunya.
"Telefon!" Eun Kyung teringat. Eun Kyung mencari telefon di dalam begny dan membuka lock.
Eun Kyung hampa.
"Bagus. Habis bateri time time ni." Eun Kyung melihat skrin telefonnya.
"Arhhh..." Luhan mengeluh.
"Luhan! Handphone awak!" Eun Kyung tersenyum. Akhirnya dia boleh keluar juga.
"Sebab tu saya mengeluh. Telefon saya tengah charge dekat dalam bilik menari." Luhan memberitahunya.
"Habis macam mana ni?" Eun Kyung terduduk bersandarkan dinding.
"Kita tunggu jelah sampai orang buka pintu." Luhan membalas dan duduk di sebelah Eun Kyung.
"Tunggu orang? Maksud awak esok?" Eun Kyung bertanya.
"Kalau orang dengar kita, diorang bukalah. Kalau orang tak dengar, esoklah kita keluar." Luhan dengan tenang menjawab.
"Luhan. Awak boleh relax je?" Eun Kyung bertanya.
Luhan tersenyum.
Mulut Eun Kyung terbuka seperti todak percaya dan bangun untuk cuba membuka pintu itu semula.
Dia mengetuk dan cuba membuat bunyi.
Luhan hanya tersenyum kerana ini mungkin peluang baiknya untuk dapatkan Eun Kyung.
"Luhan. Boleh awak berhenti senyum dan tolong saya dekat sini?" Eun Kyung bertanya.
"Diorang takkan dengar. Percayalah. Baik awak duduk je." Luhan menepuk lantai untuk memanggil Eun Kyung duduk di sebelahnya.
Eun Kyung menggulingkan matanya dan duduk jauh di depan Luhan.
"Macam mana dengan Minjoon?"
"Macam mana kalau abang cari nanti?"
"Macam mana kalau abang cari dekat sini nanti?"
"Macam mana kalau dia jumpa Luhan nanti?"
Soalan-soalan itu mula bermain di dalam fikiran Eun Kyung.
"Argghhh!!!" Eun Kyung tiba-tiba menjerit kerana dia bingung.
Luhan terkejut dan memandang Eun Kyung.
Eun kyung mengeluh.
Mereka berdua senyap dan tidak memandang muka masing-masing.
2 jam sudah berlalu dan mereka masih senyap.
Eun Kyung cuba untuk melihat Luhan dan Luhan meletakkan mukanya ke lututnya. Dia menggigil.
"Luhan...?" Eun Kyung cuba memanggil.
"Em..m..m?" Luhan membalas dan memandangnya. Dia kesejukan kerana itulah dia menggigil.
"Kenapalah dalam bilik stor ni ada air cond?" Luhan bertanya kepada dirinya.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...