Hi guys :)
The real author here :) Myra.
So.. I actually felt a little bit shocked when I open my another acc and I got more than 10 messages tell me not to stop this fanfic. Thank you guys for appreciate my works and I guess I should continue working on this fanfic. Thanks also to who put a comments :) I really do love you all!
---
"Ini kunci awak." Ha Lang menghulurkan kunci yang bernombor 133 pada Eun Kyung.
Exo, Ha Lang, Minjoon dan Eun Kyung berada di hotel untuk mereka tidur nanti. Hotelnya sangat mewah dan pemandangannya sangat cantik.
Eun Kyung tidak berasa selesa sebenarnya kerana ini adalah salah satu hotel milik daddy nya. Eun Kyung cuma takut kalau-kalau daddy nya akan datang atau jenguk hotel ini. Dia tidak bersedia lagi untuk berjumpa dengan daddy dan mummy nya. Eun Kyung juga takut yang mereka berdua akan terkejut melihat Minjoon.
"Mama. Nak tidur dengan daddy?" Minjoon mematikan lamunan Eun Kyung.
"Daddy?" Eun Kyung bertanya.
"Emm." Minjoon mengangguk.
"Minjoon... Tidurlah dengan mama. Mama takut tidur sorang-sorang.." Eun Kyung cuba memujuk Minjoon.
"Minjoon! Betul ke abang Luhan dengan abang Chanyeol jadi daddy Minjoon?" Baekhyun yang datang tiba-tiba bertanya.
"Abang ni siapa?" Minjoon bertanya.
"Hahahaha... Dia tak kenal kau! Kau cakap, kau lah yang paling handsome dan terkenal sekali." Tao yang berada di sebelahnya mengejek Baekhyun.
"Abang ni siapa pula?" Minjoon bertanya kepada Tao.
"Hahahahahaha! Kau pun sama." Baekhyun membalas.
"Aku takde cakap apa-apa okay?!" Tao menjeling Baekhyun.
"Hahaha.." Eun Kyung tergelak kecil.
"Hahahaha.." Tao dan Baekhyun tergelak malu sambil menggaru kepala mereka.
"Jadi, betul ke yang Luhan dengan Chanyeol jadi daddy Minjoon?" Tao bertanya kepada Eun Kyung.
"Nahh." Baekhyun memberikan gula-gula lollipop kepada Minjoon. Minjoon mengambilnya dengan senyuman.
"Terima kasih abang." Minjoon berterima kasih kepada Baekhyun.
"Nama abang Baekhyun. Ingat tu. Nanti abang tanya." Baekhyun mengusutkan rambut Minjoon.
Eun Kyung tersenyum.
"Pasal daddy tu.. Betul. Minjoon yang beria-ia nak daddy." Eun Kyung mengaku.
"Jadi, daddy Minjoon...?" Baekhyun teragak-agak bertanya kepada Eun Kyung, takut dia kecilkan hati Eun Kyung pula.
"Taklah. Minjoon sebenarnya anak angkat saya." Eun Kyung menipu. Bagi Eun Kyung, sebenarnya berat untuk beritahu mereka tentang status sebenar Minjoon. Mungkin belum masanya lagi.
"Anak angkat??" Tao terkejut. Eun Kyung mengangguk dan tersenyum.
"Kitaorang semua ingat yang awak dah kahwin. Hehehe.. Salah rupanya. Yelah.. Awak kan cantik." Baekhyun memuji Eun Kyung. Muka Eun Kyung sudah kemerahan.
"Kau ni kan!" Tao memukul belakang kepala Baekhyun.
"Auu!" Baekhyun menahan sakit.
"Maaf tentang Baekhyun. Jadi awak duduk bilik berapa?" Tao menukar topik.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...