Hi readers :)
Updates...
---
Eun Kyung masuk ke dalam bilik dan melihat Luhan tidur di kerusi di sebelah katil Minjoon. Eun Kyung berjalan perlahan-lahan ke arah Luhan dan memandangnya.
Chanyeol sudah pun balik dan Eun Kyung bersyukur kerana dia dan Chanyeol masih berkawan.
"Mungkin saya tak boleh terima awak seratus peratus, tapi saya mencuba." Eun Kyung berkata kepada dirinya.
"Luhan..." Eun Kyung mengejutkan Luhan.
Luhan menguap dan memandang Eun Kyung dengan mata sayunya. Luhan cepat-cepat bangun.
"Luhan, saya minta maaf." Eun Kyung memberitahunya.
Luhan hanya berjalan dan berada di pintu.
"Kan saya cakap, saya akan tunggu awak? Tak kira lama mana pun, awak akan tetap jadi milik saya." Luhan membalas.
"Kalau saya pendekkan masa tu boleh?" Eun Kyung bertanya.
Luhan memandang Eun Kyung.
"Huh?" Luhan buntu.
Eun Kyung tersenyum padanya.
"Saya terima awak balik Luhan. Esok, seminggu, sebulan, setahun, 10 tahun--" Eun Kyung terhenti kerana Luhan.
"Selama-lamanya?"
Eun Kyung mengangguk dan tersenyum.
Luhan berlari ke arah Eun Kyung dan terus memeluknya. Eun Kyung tersenyum.
"Betul? Betul awak terima saya semula?" Luhan bertanya.
"Betul Xi Luhan." Eun Kyung membalas di tengah dada Luhan.
Luhan melepasakan pelukan dan memandang Eun Kyung.
"Awak tak tipu?" Luhan bertanya. Tangannya masih memeluk pinggang Eun Kyung.
"Emm..." Eun Kyung menjawab dan tersenyum.
"Terima kasih Seo Eun Kyung." Luhan membalas. Eun Kyung tersenyum.
"Dan tak lama lagi akan jadi Xi Eun Kyung." Luhan menyambung.
"Eww.. Siapa nak kahwin dengan awak?" Eun Kyung mengusiknya.
"Hey... Awaklah." Luhan tersenyum.
Tiba-tiba bunyi dari mesin yang bersambung dengan badan Minjoon berbunyi dengan laju.
Luhan dan Eun Kyung terkejut.
Pernafasan Minjoon juga turun naik turun naik. Eun Kyung mula risau.
"Luhan panggil doktor sekarang." Eun Kyung menyuruh.
"Okay okay." Luhan menjawab dan terus berlari keluar dari bilik tersebut.
"Minjoon... Minjoon.. Tolong tahan... Please..." Eun Kyung memberitaunya. Dia tidak berani untuk menyentuh Minjoon pada waktu itu kerana takut-takut, sentuhannya itu akan menyebabkan dia lebih sakit.
Eun Kyung sudah mula panik.
Doktor dan Luhan masuk ke dalam bilik Minjoon. Doktor bersama-sama nurse membuat kerjanya.
"Cik. Sila keluar sekejap." Nurse memberitahu pada Eun Kyung dan Luhan.
Eun Kyung sudah menangis. Luhan pula cuba menarik Eun Kyung keluar dari bilik Minjoon.
"Minjoon..." Eun Kyung menyebut namanya.
Luhan berjaya membawa Eun Kyung keluar dan mereka berdua duduk di tempat yang disediakan.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...