23.Miss Han Na.

2.2K 178 18
                                    

I hope this is not boring..Please Please.. :(

---

"Luhan." Chanyeol memanggil Luhan.

"Aku nak cakap dengan kau sekejap." Chanyeol membalas.

"Cakap? Cakap apa?" Luhan bingung.

Sekarang Exo sedang berlatih menari untuk konsert yang akan datang.

Chanyeol mengajak Luhan keluar dari bilik menari dan berjalan ke tempat untuk membeli kopi daripada mesin.

Luhan membeli kopi untuk dirinya dan Chanyeol juga sama. Mereka duduk di bangku yang telah disediakan.

"Aku nak tanya. Apa nama keluarga teman wanita kau?" Chanyeol terus ke soalannya. Luhan sangat terkejut dengan soalan Chanyeol.

"Kenapa kau tiba-tiba nak tahu?" Luhan bertanya.

"Saja." Chanyeol membalas.

"Seo." Luhan membalas. Dia tidak mahu bergaduh lagi dengan Chanyeol dan dia juga tidak mahu bergaduh hanya kerana nama orang yang telah pergi jauh dari hidupnya.

"Seo? Seo Eun Kyung?" Chanyeol bertanya.

"Ye. Itu je ke kau nak tanya?" Luhan bertanya dan menghabiskan kopinya.

"Eun Kyung kau tu... Kau percaya dia dah pergi jauh dari hidup kau?" Chanyeol bertanya lagi.

Luhan makin pelik dengan soalan Chanyeol. Kenapa Chanyeol nak tahu tentang Eun Kyung?

"Aku percayalah. Aku dah pernah cakap dengan abangnya sendiri." Luhan memandang bawah.

"Abang? Teman wanita kau dulu ada abang?" Chanyeol bertanya lagi.

"Ye. Tapi sekarang aku dah tak jumpa dia lagi. 3 tahun aku dah tak jumpa dia." Luhan membalas.

"Shin Eun Kyung." Chanyeol menyebut.

"Shin Eun Kyung? Kenapa kau tiba-tiba cakap pasal Eun Kyung pula ni?" Luhan bertanya kepada Chanyeol.

"Takde apa-apa. Jom?" Chanyeol mengajak. Sebenarnya dia agak lega nama keluarga teman wanita Luhan adalah Seo.

Tak sama. Itu yang penting.

Chanyeol tersenyum dan Luhan memandangnya pelik.

"Kenapa dengan kau hari ni?" Luhan bertanya.

"Aku cuma gembira." Chanyeol membalas.

"Gembira? Sebab?" Luhan bertanya lagi.

"Sebab tak sama." Chanyeol menolak pintu bilik menari dan masuk. Luhan hanya menggelengkan kepalanya.

***

Eun Kyung pula sedang sibuk dengan kerjanya. Dia harus mengedit banyak gambar untuk poster konsert Exo yang akan berlangsung. Tiba-tiba pintu terbuka.

"Hi Eun Kyung." Seol Han Na di muka pintu.

Eun Kyung terkejut dan bangun daripada kerusinya.

"Han Na?" Eun Kyung bertanya.

"Miss. Miss Han Na." Han Na membetulkannya dan masuk ke dalam bilik Eun Kyung.

"Lama kita tak jumpakan? 5 tahun? Ke lebih?" Han Na duduk di sofa yang disediakan di dalam bilik tersebut dan menyilangkan kakinya.

"Dia dah tahu ke aku ni Seo Eun Kyung?" Eun Kyung bertanya kepada dirinya.

"Terkejut? Yang aku tahu kau Eun Kyung?" Han Na bertanya dengan berlagaknya.

Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]Where stories live. Discover now