Hi my readers :)
So, this is gonna be the last imagine in this book :)
Enjoy!
______ (Your name)
---
Awak adalah anak kepada seorang coach yang melatih pasukan bola sepak di salah sebuah sekoah terkemuka di Korea. Ayah awak melatih pasukan EXO untuk bermain bola sepak.
Knock Knock.
Awak yang sedang bersiap di bilik untuk keluar mengikut EXO ke padang, berjalan ke pintu untuk melihat.
"Morning _____" Chanyeol yang berada di pintu melambai kearah awak.
"Hi Chanyeol. Sekejap ehh. Saya siap dulu. Semua dah ada dekat bawah?" Awak bertanya.
"Umm." Chanyeol tersenyum.
"Cepat sikit. Kitaorang bawa breakfast." Chanyeol menyambung.
"Serious? Okay okay." Awak tersenyum dan menutup pintu.
Awak pun cuba untuk bersiap dengan cepat.
(Sementara itu)
"_____ cakap nanti dia turun. Dia tengah siap." Chanyeol terus kearah meja makan.
"Okay. Chanyeol, tolong ambilkan beg tu." Dyo memberitahu. Chanyeol pun memberikannya kepada Dyo. Ahli yang lain sudah pun duduk di depan meja.
Dyo dan Chanyeol juga sudah selesai dan duduk di tempat mereka. Semua makanan telah terhidang dan hanya menunggu awak untuk turun dari bilik.
"Korang." Tiba-tiba Kai bersuara. Semua mata memandang Kai.
"Aku rasa, aku dah suka _____. Sebab, _____ baik dan dia sangat cantik. Dia memahami dan pandai dalam setiap perkara." Kai bersuara.
"Uhhh. Tak boleh. Aku suka dia dulu. Perangai kebudak-budakan, tetapi aku akan letak _____ nombor satu dalam hati aku." Baekhyun membalas.
"Ehhh? Apa ni? _____ milik aku! Kalau dia sakit, aku akan jaga dia. Kalau dia sejuk, aku akan selimutkan dia. Aku akan sentiasa jaga dia." Chen menyambung.
"Woahhh. Relax. Aku suka dekat _____ and aku yakin _____ pun suka aku. Tinggi dan handsome. Siapa nak tolak?" Kris memotong.
"Buat lawak? _____ suka dekat aku. Aku yang paling matang dan paling tua, tapi aku still maintain kecomelan aku. Aku juga tak suka menunjuk-nunjuk." Xiumin membalas.
"Maintain kecomelan? Pffft! Aku suka _____ dari dulu dulu dulu lagi. Manly tetapi lain bila dengan _____. Aku akan layan _____ macam permaisuri dalam hati aku." Sehun bersuara.
"Ehhh. Aku yang paling rapat dengan _____. Mestilah dia suka aku. Dia tak pandang kekayaan seseorang dan itulah yang aku suka tentang dia." Suho membalas.
"Sorry. _____ suka dekat aku. Bukan setakat suka, cinta. Aku yang paling banyak persamaan dengan _____. Dia faham aku, aku faham dia." Luhan menambah.
"Sebelum korang semua jatuh cinta dengan _____ aku, aku suka dekat dia dulu. Sekurang-kurangnya, aku pandai berwushu. Kalau dia dalam bahaya, aku boleh protect dia." Tao mencelah.
"Woahhh.. Woahhh. Rupa macam akulah yang dia suka. Comel dan pandai main gitar. Sweet, satu-satunya sifat yang perempuan suka." Chanyeol masuk.
"_____ memang ditakdirkan untuk aku. Korang memang takkan ada harapan. Orang yang pandai masaklah akan buatkan hidup jadi senang nanti. Dia juga pandai masak dan sentiasa kemas." Dyo juga bersuara.
"_____ pernah cakap yang dia suka lelaki yang sentiasa hormatkan orang. Aku lahtu. Memang takkan ada yang lain dah." Lay menyambung.
Awak yang dari tadi bersembunyi di belakang pasu sangat terkejut dengan apa yang awak baru dengar. Bunyi telefon awak berbunyi menandakan message masuk. Bunyi yang dihasilkan dari phone awak menyebabkan Exo terdengar dan memandang awak.
"_____?" Chanyeol memanggil.
Awak hanya berdiri disitu, tidak tahu mahu pergi atau tidak.
"_____. Sinilah. Kami tahu awak dah dengar semuanya." Chen memanggil.
Awak berjalan perlahan-lahan dan berhenti di depan meja memandang bawah.
"_____, awak dah dengar semuanyakan?" Kris bertanya.
Awak mengangguk perlahan.
"Jadi, siapa yang awak akan pilih?"
---
So, who?
Comments in the box! ;)
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...