Hye :)) Sorry for late updates. I'm a little bit busy with my school things.
Here's the update!
----------------------------------------------------------------
"Done! Minjoon boleh tolong mama bawa beg Minjoon ke depan?" Eun Kyung bertanya kepada Minjoon. Esok adalah hari di mana mereka akan pergi ke Hong Kong untuk kerja pertama Eun Kyung. Minjoon berasa sangat gembira kerana ini adalah percutian pertamanya ke luar negara.
Minjoon terpaksa mengambil 3 hari cuti. Eun Kyung sudah pun menelefon guru kelas Minjoon tentang percutiannya itu.
"Okay ma." Minjoon menjawab. Eun Kyung tersenyum padanya dan melihatnya membawa beg kecil itu ke depan. Eun Kyung melihat kesemua beg supaya tiada yang tertinggal. Eun Kyung bangun dan mengangkat beg miliknya ke depan.
"Mama. Nanti Minjoon nak pergi Disneyland boleh?" Minjoon bertanya. Eun Kyung memandang Minjoon dan tersenyum.
"Tengok dulu kerja mama macam mana okay? Kalau kerja mama dah habis, mama bawa Minjoon pergi Disneyland. Mama tak janji tau." Eun Kyung menjawab. Minjoon kelihatan agak sedih dengan jawapan Eun Kyung.
Eun Kyung perasan perubahan muka Minjoon. Eun Kyung mengangkat Minjoon di lengan.
"Wahh... Anak mama dah beratlah. Minjoon baru umur 5 tahun tapi dah macam umur 10 tahun." Eun Kyung berkata kepada anaknya. Muka Minjoon masih tidak berubah. Minjoon hanya memandang ke bawah.
"Alaa... Minjoon janganlah sedih-sedih... Mama promise kalau Minjoon tak dapat pergi Disneyland, mama bawa Minjoon pergi Water Park. Okay?" Eun Kyung membuat tawaran kepada Minjoon. Minjoon terus memandang mamanya dan memeluk leher Eun Kyung.
"Thanks mama. I love you." Minjoon memberitahunya. Eun Kyung tersenyum dan mengusap belakang Minjoon. Minjoon melepaskan pelukannya dan bertanya kepada Eun Kyung
"Mama. Sebelum Uncle Kangjun balik, dia cakap yang mama kerja dengan artis terkenal. Betul ke mama?"
Eun Kyung sedikit terkejut dengan soalan anaknya. "Uncle bagitahu dekat Minjoon? Mama baru nak buat surprise esok dekat airport. Humm..."
"Mama kerja dengan artis? Siapa mama?" Minjoon bertanya. Eun Kyung meletakkan Minjoon ke bawah dan duduk di sofa. Minjoon duduk di sebelah mamanya.
"Mama kerja dengan Exo." Eun Kyung menjawab. Minjoon terkejut.
Di tadika Minjoon, Exo adalah salah satu group yang diminati ramai. Minjoon amat meminati Luhan kerana ramai orang cakap muka dia serupa dengan Luhan.
"Nanti Minjoon jumpa dengan Exo lah mama? Wahh..." Minjoon terpegun. Eun Kyung hanya tersenyum dan risau pada masa yang sama.
"Minjoon kenal Exo?" Eun Kyung bertanya kepada Minjoon.
"Kenal! Kawan-kawan Minjoon semua minat Exo. Minjoon minat Luhan hyung dalam Exo sebab ramai orang cakap muka Minjoon dengan Luhan hyung sama. Hihi..." Minjoon menjawab dengan muka yang gembira.
Eun Kyung sedikit terkejut dengan apa yang Minjoon beritahu kepadanya.
"Mestilah sama Minjoon. Luhan adalah daddy Minjoon. Yang sebenar." Eun Kyung bercakap dalam hatinya.
Eun Kyung teringat bahawa dia cakap kepada Ha Lang yang Minjoon sebenarnya anak angkatnya.
"Minjoon. Mama nak One Wish boleh?" Eun Kyung bertanya kepada Minjoon.
"One Wish? Boleh." Minjoon menjawab dan tersenyum menampakkan lesung pipit yang dalam di pipinya.
"Nanti bila bos mama tanya Minjoon siapa.. Minjoon jawab anak mama tau. Tapi nanti mama akan jawab Minjoon anak angkat sebab daddy Minjoon asyik kerja je. Nanti mesti diorang pelik ada mama je. Daddy? Takde. Okay?" Eun Kyung menipunya.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...