Happy day everyone :)
Another update!
---
"Awak masih cintakan Luhan?" Chanyeol bertanya.
Eun Kyung memandang Chanyeol.
"Lepas semua yang terjadi, entahlah. Sejujurnya, saya tak tahu pun Luhan dimana sebelum ni." Eun Kyung membalas.
"Awak ada niat nak balas dendam terhadap dia?" Chanyeol bertanya lagi. Eun Kyung terdiam.
"Sebelum ni... Ada. Tapi kebelakangan ni--" Eun Kyung dipotong oleh Chanyeol.
"Perasaan awak yang lama tu datang balik?" Chanyeol bertanya.
Eun Kyung memandang Chanyeol seterusnya memandang bawah. Dia tidak boleh menafikan itu lagi. Eun Kyung tahu yang dia masih cintakan Luhan.
"Memang hati awak terbuka untuk Luhan je ke Eun Kyung?" Chanyeol bertanya lagi.
"Apa maksud awak?" Eun Kyung bertanya. Chanyeol mengambil nafas panjang dan bagun dari tempatnya. Dia menggosok mukanya menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya.
"Awak tak perasan langsung ke Eun Kyung?" Chanyeol bertanya lagi.
"Apa awak cuba cakap Chanyeol?" Eun Kyung juga bagun dari tempatnya dan berjalan ke arah Chanyeol. Chanyeol memandang Eun Kyung.
"Sikit pun tak?" Chanyeol bertanya membuatkan Eun Kyung makin bingung dengan perangainya.
"Chanyeol, apa sebenarnya yang awak nak bagitahu saya?" Eun Kyung bingung.
"Saya suka awak!" Chanyeol memberitahunya dan melihat Eun Kyung.
Eun Kyung terkejut dan terpaku. Chanyeol memandang kembali pemandangan Seoul. Dia berasa lega kerana akhirnya dia boleh melepaskan beban yang berada di badannya.
"A-Awak..." Eun Kyung berhenti. Dia sangat terkejut hingga tak tahu apa yang perlu dia cakap kepada Chanyeol.
"Ye. Selama ini, sejak hari pertama saya nampak awak saya dah ada perasaan ni." Chanyeol bersuara.
"Tapi kenapa saya?" Eun Kyung bertanya.
"Tapi kenapa? Awak baik, awak seorang yang memahami, awak matang, awak cantik semuanya apa yang saya suka ada pada awak." Chanyeol membalas.
Eun Kyung terdiam.
"Eun Kyung... Saya ada harapan ke?" Chanyeol bertanya.
Eun Kyung tidak sanggup memandang muka Chanyeol.
"Kenapa awak mesti sukakan Luhan tu lagi? Dia buang awak dulu! Dia halau awak masa awak tengah mengandungkan anak dia! Dia tu teruk! Kenapa awak mesti cintakan dia lagi?! Dia tu bukan untuk awak!" Chanyeol menjerit ke arah Eun Kyung dan air matanya mula mengalir.
Eun Kyung pula sudah menangis.
"Sebab dia ayah Minjoon. Selamanya." Eun Kyung menjawab perlahan.
Kali ini, Chanyeol pula terdiam.
"Boleh saya peluk awak?" Chanyeol bersuara. Eun Kyung memandang Chanyeol.
"Tolong? Sebab ini mungkin kali terakhir saya akan baik dengan awak." Chanyeol membalas dengan matanya yang berair.
"Apa maksud awak?" Eun Kyung bertanya.
Chanyeol berjalan ke arah Eun Kyung dan memeluknya. Air mata Chanyeol mula menjadi deras kembali. Eun Kyung hanya terpaku. Kepalanya berada di dada Chanyeol.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...