Hi everyone :)
I am so honor to whoever give me strength to update :) Thanks guys. Seriously :)
More update :)
---
"Mana uncle ni? Lambatnya..." Eun Kyung berkata kepada dirinya.
Eun Kyung sudah tunggu lebih dari 15 minit sekarang ini. Dia takut yang mungkin dia akan terlambat untuk ke tempat kerja.
Tiba-tiba satu kereta putih berhenti di depannya. Orang itu membuka cermin keretanya dan memandang Eun Kyung.
"Eun Kyung. Naiklah dengan saya." Luhan mengajak dari dalam kereta.
"Luhan?" Eun Kyung terkejut.
"Ye. Saya Luhan. Jom? Sebab saya pun dah lambat." Luhan memberitahunya.
Tanpa berfikir, Eun Kyung terus masuk ke dalam kereta Luhan. Pertama kerana dia takut akan dimarahi dan dia tidak mahu mencari kerja lagi. Kedua kerana Luhan adalah seorang artis yang besar. Fans dan paparazzi mesti ramai. Eun Kyung takut kalau-kalau mereka mengambil Luhan bersamanya.
Eun Kyung tidak mahu terlibat dalam media di Korea. Percayalah, memang mimpi ngeri.
"Bagus. Sekarang pakai seatbelt." Luhan mengarah. Eun Kyung hanya ikut apa yang dikatakan Luhan.
"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" Eun Kyung mula bertanya.
"Sebab tadi saya beli breakfast untuk saya dekat kedai runcit hujung sana tu then saya ingat saya nak jalan-jalan jap then saya macam ada firasat yang awak sedang duduk menunggu teksi then saya pergi then poof! Awak ada." Luhan tersenyum.
Eun Kyung hanya melihatnya dengan muka tak percaya. Luhan mengalah.
"Fine! Saya terbangun lambat. Saya guna kereta Tao. Then saya sesat dan ternampak awak." Luhan memberitahunya.
"Dan awak nak gunakan saya untuk cari jalan?" Eun Kyung bertanya mengangkat keningnya.
"Hihihi..." Luhan tersenyum.
"Urrggh! Saya rasa awak patut jalan sekarang." Eun Kyung memberitahunya sambil melihat jam di dalam kereta Tao.
"Okay. Sekarang nak ikut mana?" Luhan bertanya.
"Dia masih macam dulu." Eun kyung berkata di dalam hati.
***
"Terima kasih ye." Chanyeol berterima kasih kepada waiter tersebut.
Chanyeol baru habis breakfast di cafe bangunan SM dan ingin naik ke bilik menarinya. Dia berjalan ke lif dengan air mocha di tangannya.
Dia menekan butang naik dan menunggu.
"Morning Chanyeol." Suara dari belakang menyapanya.
"Eun Kyung? Hi." Chanyeol tersenyum. Senyumannya sedikit demi sedikit pudar bila dia melihat Luhan di belakang Eun Kyung.
"Morning. Macam tak happy je nampak aku?" Luhan bertanya.
"Happy sangat sampai nak peluk kau." Chanyeol tersenyum dan menjeling Luhan.
Eun Kyung tergelak kecil.
"Macam mana awak ada dengan Luhan?" Chanyeol bertanya kepada Eun Kyung.
"Uhh.. Sebenarnya aku tumpangkan dia pergi sini tadi." Luhan menjawab soalan Chanyeol.
Chanyeol terkejut.
"Tak, sebenarnya dia tersesat dan dia nampak saya. Dia minta pertolongan saya dan saya tunjukkan jalan padanya. Teksi saya pun tiba-tiba datang lambat hari ni. Jadi, saya tolong dia, dia tolong saya." Eun Kyung menjawab dan tersenyum.
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...