32.Minjoon sakit.

2.7K 199 12
                                    

Hi Hi :)) Im a Jackji shipper and I proud of it :) 

ehhpinkupinku << She's drowning into Jackji's world. Hahaha!! I love her :)

Ignore the typosss!

Another updates!

---

"Minjoon sayang.. Bangun.." Eun Kyung meletakkan baju yang dilipatnya malam semalam ke dalam almari baju Minjoon.

Minjoon masih tidak bangun. Eun Kyung tersenyum.

Eun Kyung duduk di sebelah Minjoon dan baring di sebelahnya.

"Minjoon bangun.. Minjoon kena pergi sekolah. Cepat.. Nanti bas tinggalkan Minjoon." Eun Kyung memberitahunya dengan suara yang perlahan dan tersenyum.

Minjoon masih tidak bangun dan dia juga tidak bergerak walau sedikit pun.

Eun Kyung mula risau. Eun Kyung menyentuh dahi Minjoon.

"Minjoon.. Kenapa badan Minjoon sejuk ni? Minjoon!" Eun Kyung memanggil.

Minjoon masih berada di posisi yang sama.

"Minjoon..." Eun Kyung mengangkat Minjoon. Badan Minjoon sejuk.

Eun Kyung sangat panik. Dia mencapai telefonnya dan terus menelefon sesiapa sahaja yang dia tekan di dalam handphone nya.

"Hello?" Orang itu bersuara.

"Hello? Hello. Tolong saya. Minjoon sakit.. Dia sakit.. Tolong saya.." Eun Kyung sangat panik hingga dia tidak boleh berfikir dengan betul.

"Okay okay. Saya call ambulance. Tunggu. Jangan pergi mana-mana. Jumpa awak dekat hospital." Orang itu terus menutup telefonnya.

"Minjoon..." Eun Kyung menangis.

Minjoon masih tidak bergerak.

Eun Kyung mengambil begnya dan mengangkat Minjoon dan turun ke bawah untuk menunggu ambulance. Eun Kyung kena cepat.

Bunyi yang dihasilkan oleh ambulance telah kedengaran dari jauh.

"Cepatlah.." Eun Kyung berkata di dalam hati.

Beberapa orang lelaki keluar sambil menolak satu katil dan Eun Kyung meletakkan Minjoon diatasnya. Mereka semua berlari ke arah van kembali dan Eun Kyung cepat-cepat naik.

Paramedik sedang membuat kerjanya.

Eun Kyung hanya menangis melihat Minjoon yang sedang menutup matanya. Eun Kyung hanya mampu berdoa. Dia tidak memikirkan langsung tentang benda lain ketika itu, dia hanya memikirkan tentang Minjoon sahaja.

Akhirnya, mereka sudah sampai di hospital dan berhenti di depan pintu yang atasnya tertulis 'EMERGENCY'. Eun Kyung mengekori mereka.

Mereka semua berlari dan sampai di tempat dimana orang awam tidak dibenarkan masuk.

Eun Kyung memegang tangan salah seorang nurse tersebut.

"Tolong. Saya merayu. Tolong selamatkan dia." Eun Kyung memberitahu.

"Kami akan buat yang terbaik." Nurse itu mengangguk dan berjalan masuk.

Eun Kyung hanya mampu menangis dan duduk di tempat yang disediakan.

"Minjoon...Minjoon.." Eun Kyung menyebut namanya. Tiba-tiba telefon Eun Kyung berbunyi. Eun Kyung mengangkat.

"Hello?" Eun Kyung menyapa.

"Hello Eun Kyung? Mama ada dekat depan rumah Eun Kyung ni. Kenapa pintu tak bertutup?" Puan Seo di talian.

"Mama... Minjoon.. Minjoon.. sakit..emergency.." Eun Kyung cuba memberitahu mamanya.

Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]Where stories live. Discover now