4.Bagaimana?

3.9K 224 2
                                    

Heard about Luhan? Im gonna get some matches and burn the SMTOWN. Btw Here's the update :) Enjoy!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Terima kasih ye uncle." Eun Kyung berterima kasih kepada driver teksi yang telah selalu mengambil dan menghantarnya pulang daripada kerjanya.Uncle itu mengangguk dan senyum seterusnya berlalu pergi.Jam yang berwarna merah di tangan Eun Kyung menunjukkan pukul 5 petang.

Eun Kyung menekan butang lif dan masuk.Eun Kyung terfikir tentang Luhan.Dulu, Luhan adalah segala-galanya bagi dia.5 tahun.5 tahun dia menunggu Luhan untuk kembali supaya dia boleh balas apa yang Luhan telah buat kepada dirinya.Pintu lif terbuka.

Eun Kyung keluar dengan perasaan yang tidak menentu.Minggu depan dia sudah mula kerjayanya sebagai seorang photographer yang professional dan dia tahu,dia perlu banyak pergi ke tempat yang jauh daripada anaknya.

Eun Kyung berada di depan pintu jirannya untuk mengambil Minjoon.

Knock Knock

Pintu rumah terbuka dan kelihatan Puan Lee sedang mendukung anaknya yang berumur 3 tahun.Eun Kyung tersenyum padanya "Selamat petang puan Lee." Dia menyapa Puan Lee.

"Ahh.. Selamat petang Eun Kyung" Puan Lee membalas.Eun Kyung tersenyum dan mencubit dengan lembut pipi bayi yang berkulit putih dan tembam itu.

"Comelnya awak ni..!" Eun Kyung memujinya.Puan Lee dan Eun Kyung tergelak.Kelihatan Minjoon dari belakang sedang berlari ke arah sini. "Mama!" Minjoon memeluk kaki mamanya.

"Minjoon.Hahaha...Berapa kali mama nak cakap jangan berlari?" Eun Kyung memberitahunya.Minjoon melepaskan pelukannya dan berganjak sedikit ke belakang supaya dia boleh memandang muka mamanya. "Sorry mama.."

"Hahahaha... Comel je Minjoon ni.Dia memang kuat berlari.Dia boleh jadi ahli sukan ni." Puan Lee memuji.Eun Kyung tersenyum padanya dan memandang Minjoon. "Haaa...Dengar tu Minjoon.Minjoon boleh jadi ahli sukan..." Eun Kyung bercakap kepadanya.

Minjoon hanya tersenyum dan mula memakai kasutnya.Eun Kyung berterima kasih kepada Puan Lee dan mula berjalan ke arah rumah mereka yang tidak jauh dari rumah Puan Lee.

"Mama.Nanti Minjoon nak jadi pemain bola sepak boleh?" Minjoon bertanya.

"Pemain bola sepak?Kenapa Minjoon nak jadi pemain bola sepak?" Eun Kyung membalas dengan pertanyaan.Eun Kyung mencari kunci di dalam begnya dan membuka pintu pagar apartmentnya.Mereka berdua membuka kasut dan masuk ke dalam.

"Minjoon suka main bola sepak.Bola sepak best.Hihi..." Minjoon membalas.

"Humm...Kalau Minjoon dah main bola sepak mesti Minjoon dah taknak pizza kan?Nanti mama message Uncle Kangjun cakap mama cancel pizza.Okay?" Eun Kyung bergurau dengannya.

"Mama!!" Minjoon menjerit.Eun Kyung hanya mampu tergelak.

(Malam di rumah Eun Kyung)

"Thanks mama.Thanks Uncle Kangjun sebab belikan Minjoon pizza." Minjoon berterima kasih kepada Kangjun dan Eun Kyung. "Thanks dekat Uncle Kangjun je sebab uncle yang belanja, kan uncle?" Eun Kyung bercakap dengan abangnya.

"Its okay.Lagipun Minjoon yang nak bukan mama.Kalau mama Minjoon yang nak memang Uncle Kangjun takkan belikan langsung!" Kangjun tergelak juga Minjoon.Eun Kyung hanya menggelengkan kepalanya dan menghabiskan cebisan terakhir pizza tuna di pinggannya.

"Minjoon dah siap homework?" Eun Kyung bertanya kepada Minjoon.Minjoon menggelengkan kepalanya. "Kalau macam tu, Minjoon siapkan dulu homework then baru tidur okay?" Eun Kyung memberitahunya.Minjoon mengangguk dan memulakan langkahnya ke arah bilik belajar dan bilik bermain dia.

Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]Where stories live. Discover now