This chapter I dedicate to @Afwina because she's the first one who put comment in this story.Thanks @Afwina.Untuk chapter yang pertama okay tak story dia?Saya harap okay...Btw,here's the update.Enjoy!
----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Eun Kyung." Kangjun memanggil namanya.Kangjun sekarang berada di apartment Eun Kyung.Waktu malam itu cuaca sangat sejuk.Eun Kyung memandang Kangjun sambil memegang secawan teh di tangan kecilnya.Mereka berada di beranda.
"Eun Kyung masih berdendam ke?" Kangjun bertanya kepadanya.Eun Kyung menghalakan pandangannya kembali ke arah jalan raya Seoul yang sesak dan sibuk.Dia menghirup sedikit teh panasnya dan memandang kembali muka Kangjun.
"Eun Kyung takkan pernah lupakan apa yang dia pernah buat terhadap Eun Kyung sebelum ni.Abang tahukan yang selama ni Eun Kyung terseksa.Kerana dialah Daddy buang Eun Kyung daripada keluarga.Eun Kyung rindu nak family kita bersatu macam dulu.Kita breakfast sama-sama then Eun Kyung selalu peluk daddy bila daddy balik dari kerja.Eun Kyung rindu semua tu abang." Eun Kyung membalas.
Kangjun hanya mampu melepaskan nafas dan memandang Eun Kyung.Kangjun berasa sedih kerana rasa bersalah.Kerana dialah Eun Kyung berjumpa dengan Luhan. "Maafkan abang Eun Kyung.Benda ni takkan jadi kalau..." belum sempat Kangjun menghabiskan ayatnya,Eun Kyung mencelah "Abang.Bukan salah abang.Kan kita dah discuss pasal ni."
"Abang tak boleh Eun Kyung.Bila abang tengok Minjoon,abang rasa macam...entahlah." Kangjun membalas dan mengambil seteguk air teh yang dibuat oleh adiknya. "Abang dah banyak tolong Eun Kyung.Percayalah kalau abang takde,mungkin Minjoon pun takde sekarang ini." Eun Kyung bercakap lembut.
Kangjun memeluk erat bahu Eun Kyung dan senyum.Eun Kyung membalas senyuman Kangjun. "Sedaplah teh ni.Teh baru ke?" Kangjun bertanya. "Elehh...kalau Eun Kyung buat teh ni masin pun abang cakap sedap." Eun Kyung membalas sambil senyum dan menjeling ke arah Kangjun. "Mestilah sedap.Adik abang kan?Untung Eun Kyung ada abang macam abang tau." Kangjun membalas sambil tersenyum.
"Apa kena-mengena?Untung ke Eun Kyung ada abang macam abang?Macam tak je...Hahaha!" Eun Kyung membalas dan Kangjun cuba untuk menggeletek Eun Kyung.Eun Kyung lari ke dalam rumah dan menutup pintu beranda supaya Kangjun tak dapat mengejarnya.
Eun Kyung berasa gembira bila dia berada di sisi Kangjun.Kangjun lah antara orang-orang yang dia sayang.Memang betul.Kalau Kangjun tak berada di sini,di sebelah Eun Kyung memegang erat tangan Eun Kyung dan mendorong Eun Kyung,mungkin Minjoon takkan ada.Tak mungkin Eun Kyung akan mendengar gelak ketawa,suara menangis seorang budak di dalam apartmentnya sekarang.Eun Kyung berhutang banyak dengan Kangjun dan dia sentiasa berterima kasih kepadanya.
(Keesokan harinya)
"Mama.Malam ni Minjoon nak makan pizza boleh?" Minjoon bertanya sambil memegang tangan mamanya.Eun Kyung tersenyum dan mengusap dagunya seperti dia sedang berfikir sesuatu. "Alaaa...Bolehlah mama...Please?" Minjoon membesarkan matanya. "Ehh...Minjoon ingat mama akan cair ke dengan mata Minjoon tu?" Eun Kyung membalas.Pintu lif terbuka dan mereka berdua keluar daripada lif tersebut.
Kelihatan bas yang dinaiki oleh Minjoon sedang menunggu untuk mengambilnya.Eun Kyung melutut di depan Minjoon dan membetulkan bajunya.Eun Kyung mencium pipinya dan dahinya. "Mama.Nak pizza." Minjoon masih meminta. "Umm...Kalau Minjoon nak pizza..Minjoon kena janji dengan mama Minjoon akan belajar pandai-pandai dekat tadika.Okay?" Eun Kyung membalas.Minjoon mengangguk dan mencium dahi mamanya.
Minjoon berlari ke arah bas dan penjaga bas tersebut menolong Minjoon untuk menaiki bas dengan selamat.Minjoon mengambil tempat duduk di sebelah tingkap supaya dia boleh melambai ibunya.Eun Kyung membalas lambaiannya.
Selepas itu,Eun Kyung pergi ke tempat perhentian bas untuk menunggu teksi yang dinaikinya seperti biasa setiap pagi.Eun Kyung menunggu dalam lebih kurang 10 minit dan dari jauh sudah kelihatan kereta berwarna oren datang untuk menghantarnya ke syarikat photography dimana dia menjadi salah seorang trainer untuk mencari pekerjaan di dalam bidang yang dia minati iaitu photography dan editor.
(Di syarikat photography)
"Morning Myung Hee." Eun Kyung menegur penjaga counter di syarikat dimana dia menjadi trainer. "Ahh...Morning too Eun Kyung.Umm..Encik Choi nak jumpa dengan awak." Myung Hee memberitahu kepada Eun Kyung. "Kenapa Encik Choi nak jumpa dengan saya?" Eun Kyung kebuntuan.Myung Hee hanya mampu mengangkat bahu tanda yang dia tidak tahu.
"Eun Kyung.Nahh." Myung Hee menghulurkan sekotak hadiah berbalut dengan pembalut hadiah berwarna biru,hijau. "Apa ni?" Eun Kyung bertanya. "Hadiah untuk Minjoon.Saya dah start rindu dengan dia...Saya dari hari tu nak bagi awak,tapi saya asyik lupa je.Hehehe...Bagi dekat dia tau." Myung Hee tergelak kecil. "Hahaha...Okay.Mesti dia suka bila tiba-tiba dia dapat hadiah.Umm..Saya pergi bilik Encik Choi dululah." Eun Kyung memasukkan kotak hadiah yang kecil itu ke dalam begnya dan terus berjalan ke arah bilik Encik Choi.
Eun Kyung mengetuk pintu bilik Encik Choi. "Masuk." Encik Choi daripada dalam membalas.Eun Kyung berjalan ke arah Encik Choi dan Encik Choi menyuruhnya duduk.Eun Kyung menurut. "Kenapa Encik Choi nak jumpa dengan saya?" Eun Kyung bertanya.
Tiba-tiba Encik Choi menghulurkan tangannya.Eun Kyung pelik. "Tapi kenapa?" Eun Kyung bertanya kerana dia agak terkejut dengan perbuatan Encik Choi. "Tahniah.Ada syarikat mahu mengambil awak sebagai photographer mereka." Encik Choi memberitahu kepada Eun Kyung dengan bangganya.
Kali ini Eun Kyung memang terkejut.Dia tidak tahu ingin bercakap apa.Eun Kyung hanya membalas tangan Encik Choi.Encik Choi tersenyum. "Terima kasih Encik Choi.Terima kasih sangat-sangat." Eun Kyung berterima kasih kepada Encik Choi dengan bersungguh-sungguh kerana di dalam fikirannya sekarang,dia hanya ingatkan Minjoon dan abangnya sahaja.
Kali ini dia bolehlah membayar apa yang dia patut bayar kepada abangnya semula.Dia bolehlah membayar kos rawatan Minjoon.Dia bersyukur sangat-sangat.Dia kembali kepada Encik Choi dan bertanya, "Tapi syarikat mana yang mengambil saya Encik Choi?" Eun Kyung bertanya.
"Sekejap saya check balik." Encik Choi melihat skrin komputer di depannya dan mencari tentang syarikat tersebut. "Nama syarikat itu adalah syarikat SM Entertainment." Encik Choi membalas.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
So okay tak?Please comment...Saya nak tahu....Hihi..Saya harap saya boleh tulis lebih panjang daripada ni.Lepas PT3 nanti saya akan tulis story ni dengan lebih baik lagi.Comment okay?Thanks sebab baca! :)
YOU ARE READING
Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]
FanfictionTak pernah terfikir yang dia sanggup tinggalkan saya sendirian. Setelah apa yang dia buat pada saya dulu,dia nak saya balik. Selama 5 tahun saya tunggu untuk balas dendam akhirnya waktu itu sudah sampai. Tapi kenapa saya tak boleh nak buat benda yan...