16.Rasa bersalah.

2.6K 195 12
                                    

Hi everyone! :)

Thanks for your best suggestion. Honestly it's pretty hard to choose a name but thanks to my evil twins, Yana, for help me.

We choose and I will go with, Seol Han Na!

Congratulations to @piayaya7 !! Thanks for giving me a name and please update 'Beauty and the Wolf'. Hehehe... :)

I appreciate to all of your suggestions, seriously. Thanks again guys :)

Oh! Before I forgot. I wanna say sorry to my and Yana conversation at the comments box. She just a crazy girl. Don't mind her :)

Updates!!!

---

"Daddy." Minjoon yang keluar dari bilik Eun Kyung terus berjalan kearah Luhan.

"Minjoon..." Luhan mendepakan tangannya untuk mengangkat Minjoon.

Minjooon terus berlari dalam pelukan Luhan. Luhan mengangkatnya.

"Mama dah siap?" Luhan bertanya kepada Minjoon.

"Dah nak siap." Minjoon membalas tersenyum. Luhan membetulkan sedikit rambut Minjoon.

Kedengaran bunyi pintu terbuka dan Eun Kyung seperti sudah sedia untuk keluar.

"Minjoon jom." Eun Kyung melihat Minjoon yang berada di tangan Luhan.

"Dah siap?" Luhan bertanya dengan senyuman.

"Umm." Eun Kyung membalas pendek dan tidak memandang muka Luhan. Eun Kyung terus berjalan kearah pintu keluar dan memakai kasutnya. Luhan menurunkan Minjoon di bawah.

Baru Eun Kyung ingin memakaikan Minjoon kasut, Luhan sudah pun melutut mengikat tali kasut Minjoon. Bila dia melihat Luhan begitu, dia rasa bersalah tentang tadi. Tentang dia memarahi Luhan kerana bawa Minjoon pergi minum.

Eun Kyung pun tahu Minjoon tidak boleh selalu haus kerana penyakitnya. Luhan telah selamatkannya. Anak kandungnya sendiri.

"Dah siap. Jom!" Luhan memberitahu Minjoon.

"Jom. Jom mama?" Minjoon bertanya Eun Kyung. Eun Kyung tersenyum dan mengangguk.

Mereka bertiga mula berjalan ke lif dan mereka terserempak dengan Chen dan Lay.

Eun Kyung tersenyum pada mereka dan menunduk aras kepala.

"Hi." Lay menyapa. Chen tersenyum.

"Hi Minjoon!" Chen melambai kepadanya.

Minjoon tersenyum.

"Lambat kau makan? Dah pukul berapa ni?" Lay bertanya kepada Luhan.

"Emm. Pukul 9.30 kau baru nak turun cafe. Korang buat apa dekat bilik?" Chen bertanya.

Eun Kyung dan Luhan terdiam, tidak tahu ingin menjawab.

"Tidur." minjoon menjawab dan tersenyum.

"Ti-Tidur?" Chen terkejut. Kerana itulah Luhan dan Eun Kyung tidak tahu apa jawapan paling logik untuk menjawab soalan Chen.

"Jangan fikir benda lain pulak." Luhan cepat-cepat memberitahu Chen.

"Budak tak menipu Luhan. Betul tak Eun Kyung?" Lay tersenyum dan bertanya.

Eun Kyung tidak tahu ingin membalas apa. Fikirannya tersekat.

"Dahlah tu korang ni. Aku dah lapar ni." Luhan membalas.

Cerita Dongeng Cinta Kita [Completed]Where stories live. Discover now