Bab 10👑

2.2K 330 9
                                    

Belle Áme | 10

Lauren mengemam bibir, susuk tubuh Jimin yang sedang berdiri di hujung koridor sambil bermain dengan telefon pintarnya buatkan dia menjadi resah. Mesti lelaki itu sedang menunggunya.

“Lauren!”

Gadis itu tersentak sebaik namanya dilaung dari jauh. Jimin sudah berlari- lari anak mendapatkannya. Eyesmile Jimin terlihat bila lelaki itu tersenyum lebar.

“Ji- jimin..”

“Kenapa? Dari jauh lagi saya nampak awak macam resah semacam je. Ada sesuatu yang berlaku ke?” soal Jimin, senyuman masih belum pudar dari bibirnya.

“Awak free tak hari ni?” soal Jimin. Lauren mengangguk buatkan senyuman Jimin makin lebar.

“Jomlah lunch dengan saya.”

“O- okaylah”

“Betul?” soal Jimin seakan tidak percaya. Lauren mengangguk pasrah. Dia senyum nipis. Kalau Jimin gembira, dia pun tumpang gembira, kan?

Sebaik terpandangkan Taehyung dihujung koridor cukup menghadirkan satu perasaan yang menyakitkan hati Lauren bila terlihat senyuman kecilnya. Mengejek.

Baiklah Taehyung, kalau ini yang awak mahukan, bisik Lauren pada dirinya.

“Jom?” Jimin mengajak Lauren untuk jalan bersamanya dan tanpa bantahan gadis itu melangkah pergi dengan perasaan yang serba serbi dan pelbagai.

Taehyung cuma memandang, dalam diam dia turut gembira dengan kegembiraan Jimin. Dia langsung tak nak tahu soal perasaan Lauren, gadis itu akan baik- baik saja, kan?

Lengan Taehyung yang dipeluk Rahee menyedarkan lelaki itu dari khayalan. Gadis itu tersenyum, Taehyung turut tersenyum. Yup, Lauren akan baik- baik saja.

...

Terima kasih sebab sudi keluar dengan saya hari ni.” kata Jimin. Lauren cuma senyum nipis, tidak mahu kelihatan senyuman terpaksanya itu. Maaf, Jimin.

Mereka beriringan berjalan di koridor setelah selesai lunch berdua tadi. Jimin nampak gembira dan lelaki itu senang bergaul namun susah bagi Lauren yang yang hanya menjawab sepatah walaupun soalannya berjela panjang.

“Esok kita keluar lagi, nak?”

“Pe- pergi mana?”

“Em. Not sure, tapi saya nak ajak awak jalan- jalan kalau awak tak kisah.” pelawa Jimin, lelaki itu bukannya memaksa. Dia cuma mahu mengajak Lauren keluar berjalan- jalan kalau gadis itu mahu. Kalau tak mahu, dia tak paksa.

“Te- tengoklah.” jawab Lauren. Jimin sudah senyum lebar. Dia berdiri dihadapan Lauren buatkan langkah gadis itu terjeda. Dia jongket kening, cermin mata yang terlorot sedikit dia betulkan semula.

“Kalau macam tu, beri saya nombor awak, untuk mudahkan kita berkomunikasi” kata Jimin. Lauren sedikit teragak- agak namun bila Jimin menghulurkan telefon pintarnya, dia tidak ada pilihan selain mendail nombornya sendiri.

“Thank you.” kata Jimin dengan senyuman. Lauren ikut senyum.

“Saya pergi dulu, jumpa awak esok.” pesan Jimin sebelum melangkah meninggalkan Lauren untuk pergi ke dewan kuliahnya. Hari yang gembira untuknya. Lauren sudah ketap bibir, dia cuma tak nak ada sesiapa yang berasa kecewa.

Termasuklah Jimin berserta dirinya. Tapi Taehyung.. Taehyung yang buat dia jadi macam ini.

Dan dia memang sudah kecewa terlebih dahulu..

   ⬇
   ⭐

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now