Ding, Dong~
Ding, Dong~
Loceng rumah ditekan berulang- ulang kali. Peluh sejuk menitis perlahan didahi lelaki yang memegang status sebagai polis di Seoul tersebut. Matanya melirik pada jam di pergelangan tangannya, sudah masuk jam 10:30 malam.
Jangan fikir bukan- bukan, sebab dia kesini adalah dia merasa tidak sedap hati secara tiba- tiba ketika dia sedang meneliti laporan dari gadis bernama Lauren Reisha Kim itu.
Dia rasa something tak kena akan berlaku pada Lauren dan hal itu membawanya kesini. Dihadapan rumah Lauren. Bila tidak kunjung membuka pintu, Jungkook mengetuk pula pintu rumah.
Tok! Tok! Tok!
“Ada sesiapa dirumah-”
Pintu rumah yang disangkanya berkunci terbuka kecil bila Jungkook secara tak sengaja menolak pintu rumah tersebut. Jungkook memandang sekeliling, lantas pistolnya dikeluarkan dari tempat.“Cik Lauren? Encik Taehyung?”
“Ada sesiapa di rumah tak?” soal Jungkook serentak pistol diacukan kehadapan. Matanya tajam memerhati segenap ruang didalam rumah tersebut.
“Cik Lauren?”
Prang!
Bunyi barang pecah ditingkat atas serentak buatkan Jungkook dengan cepat berlari ke tingkat atas dan pintu bilik yang terbuka sedikit dia tolak perlahan lalu melangkah masuk kedalam.
“Cik Lauren!”
Dengan pantas Jungkook mendapatkan Lauren yang terbaring diatas lantai dengan darah merah pekat mengalir di hidung dan mulutnya, kepala gadis itu dia letakkan atas pahanya.
“Cik Lauren, stay with me!” kata Jungkook bila dia sedar yang nyawa gadis itu berada dihujung tanduk. Pantas dia mencempung tubuh gadis itu lalu dia bawa masuk kedalam perut kereta.
“Please.. he- help me..”
Dengan perlahan Lauren menuturkan ayat tersebut kerana dirinya sedang sukar untuk bernafas.Jungkook mengetap bibir, dia tak tega melihat gadis itu dalam keadaan begitu dan dalam kecepatan maksima, kereta Jungkook meluncur diatas jalan raya menuju ke hospital.
...
“Puan Lauren perlukan waktu untuk sedar sebab dia belum lagi lepas tahap kritikal. Mujur Encik cepat datang kalau tak, racun tu mungkin dah musnahkan organ dalaman Puan Lauren..” terang Nurse Moon kepada Jungkook.Lelaki itu mengeluh lega. Tahu tak betapa cemasnya dia bila dia rempuh masuk je rumah Lauren dan terus ke tingkat atas, Lauren sudah terbaring lemah diatas lantai? Uhh! Rasa cemas dia tu tak boleh diucapkan dengan kata- kata.
“Terima kasih.” jawab Jungkook dan menatap kepergian Nurse Moon dari pandangan mata. Jungkook melepaskan keluhan berat.
Dia geram sebenarnya, lelaki psiko itu sudah melebihi batas. Tak cukupkah dia ganggu gadis itu? Kenapa dia perlu bunuh gadis yang tak berdosa seperti Lauren Reisha? Besar sangat ke salah gadis itu?
“Huh..” Jungkook sudah buntu. Wajah pucat Lauren yang sedang bernafas dibantu dengan alat bantuan pernafasan itu buatkan dia rasa simpati.
Suami dia pun satu hal. Isteri dia dah nyawa- nyawa ikan dia masih tetap tak munculkan diri walaupun sudah dimaklumkan? Suami mithali? Buanglah title tu kalau isteri sendiri pun tak boleh nak jaga! Jungkook sudah teremosi sendiri.
“Lauren!”
Pintu wad dirempuh oleh seorang wanita yang nampak seumuran dengan ibunya. Jungkook menundukkan tubuh 90 darjah kepada wanita tersebut.
“What happen to my daughter?” soal Madame Sofiya, wajahnya terpancar penuh kerisauan.
Mana tak risaunya? Lauren adalah satu- satunya anak yang keluarga mereka miliki.
“Eum.. Madam, Miss Lauren is fine. She need time to heal. Puan tak perlu risau, semuanya akan baik- baik sahaja.” ucap Jungkook bertujuan mahu menenangkan Madame Sofiya.
Wanita itu menghela nafas berat.
“What exactly he want from my daughter? He can't get enough? Where's Taehyung? Isteri dia sakit dia langsung tak tahu ke?! Dia pergi mana?!” Madame Sofiya sudah mengamuk. Kulit mukanya yang putih bersih itu perlahan- lahan bertukar merah padam.
Dia takkan maafkan Taehyung kalau perkara yang lagi teruk berlaku.
.
I love myself! Fanfic ni beberapa chapter lagi nak habis, so baca sampai habis tau? Muah❤
[👀]
Please beri saya bintang kuning selepas anda siap baca. Thank you❤
[😚]
YOU ARE READING
(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓
De Todo[OLD TITLE: INSIDE THE BEAUTY] Tak cantik tak apa, yang penting you have Belle Áme, means beautiful soul. Season One: Kita hanyalah dua orang manusia yang ditemukan dengan harapan untuk bahagia. Namun harapan taklah seindah dan boleh digapai. Season...