S2 - Bab Lapan

823 179 3
                                    

❝He was her warmth,              She was his peace❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

He was her warmth,
             She was his peace

____________________

KLEK!

Pintu kamar mandi dibuka, serentak Eugene berpandangan dengan Seonghwa yang sedang berdiri dihadapan pintu kamar mandi tersebut.

Tajam saja pandangan matanya menikam anak mata Eugene yang membuatkan dahi gadis itu berkerut pelik.

“What?”

“Kau pergi mana semalam? Aku call kau tak angkat. Aku dah cakapkan kalau kau nak kemana- mana, call aku. Susah sangat ke kau nak buat?” soal Seonghwa dingin.

Eugene cuma diam, soalan tunangnya itu dia biarkan tak berjawab.

Eugene melangkah melintasi Seonghwa sebelum dia duduk dihadapan meja solek.

Lelaki itu mengekori langkah Eugene dari ekor mata, bila gadis itu duduk di kerusi meja solek, dia mula menghampiri Eugene lalu berdiri tegak dibelakang gadis itu.

“Jawab aku, kau pergi mana semalam? Tidur kat rumah siapa?”

“Yang awak sibuk, kenapa? Awak bukannya kesah sangat pun pasal saya.” balas Eugene buatkan Seonghwa melepaskan keluhan berat.

“Aku cuba call kau 25 kali. Tapi satu call pun kau tak angkat. Itu kau cakap aku tak kesah?” soal Seonghwa.

Eugene diam, sikat rambut diambil lalu rambut panjangnya dia sikat lembut.

Sengaja mahu membuang perasaan gemuruh dihatinya bila Seonghwa merenungnya tajam melalui pantulan cermin.

“Hwang Eugene.” tegas saja nada suara Seonghwa menyebut nama penuh tunangnya itu. Petanda yang dia sudah geram.

“Phone saya habis battery. Sebab tu tak angkat call-

But its ringing.

Eugene mengetap bibirnya, bingkas dia mengangkat punggung berura- ura mahu melangkah pergi dari situ namun Seonghwa dengan cepat menarik lengan Eugene hingga gadis itu bertatapan dengannya.

Don't ignore me.” ucapnya dingin, tangan kasarnya mencengkam bahu Eugene.

I've answered you! Apa lagi yang awak nak?” balas Eugene, dia meronta perlahan, namun tenaga lelaki itu lebih kuat dari dirinya.

“Kejujuran, aku perlukan kejujuran dari kau Eugene. Aku tunang kau-”

“Tunang? Tunang tapi tak cintakan? Can you just leave me alone for a second? Saya penatlah!” tangan Seonghwa ditepis, saat itu baju longgar yang dikenakan Eugene sedikit jatuh dibahagian bahu.

Saat itu juga mata Seonghwa terpandang akan bekas keungguan dileher Eugene. Seakan bekas ciuman atau lebih tepatnya hickey.

Apa ni? Kau tidur dengan lelaki mana semalam?” soal Seonghwa kasar, kolar baju Eugene ditariknya agar dia dapat melihat dengan jelas bekas ciuman tersebut.

Eugene diam, baru saja dia mahu menjawab soalan tunangnya itu, tubuhnya sudah ditolak kasar diatas katil.

Stop!”

“Bagitau aku lelaki mana yang dah tidur dengan kau semalam?!” tengking Seonghwa, rahang Eugene dicengkamnya kasar dan kuat membuatkan gadis itu meringis sakit.

“Sa- saya tak tahulah! Lepaskan saya!” jerit Eugene, saat itu tubuh gadis itu sudah ditindih Seonghwa, kedua tapak tangan Eugene ditekan diatas katil.

Amarahnya pada Hwang Eugene sudah semakin memuncak, namun dia tak boleh berkata apa- apa kerana suaranya seakan tersekat di kerongkong.

Seonghwa menumbuk bahagian atas katil sebelum meraung kesal.

Eugene masih lagi menangis, lelaki itu meluru keluar dari apartment Eugene sebelum hilang entah kemana.

Eugene masih lagi menangis dalam posisi berbaring.

Entahlah, dia merasakan yang semuanya sudah berakhir untuk dirinya saat itu.

Harga dirinya yang sudah diragut oleh lelaki yang dia tak kenali.

Tunangnya yang sudah hilang kepercayaan terhadap dirinya.

Serta, keluarganya yang mula mengasingkan dia.

Semuanya berlaku sejak dia berjumpa dengan lelaki tak guna bernama Kim Taehyung itu!

.

Sha rasa season two Belle Áme ni short story je.

Maybe 15- 20 part?

I don't know, kita tengoklah nanti.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now