Belle Áme | 19
Taehyung yang sedang berdiri di atas altar menjadi resah. Jarinya dibelek, tetamu jemputan yang sudah mulai memenuhi dewan kahwin menjadikan dewan tersebut mulai riuh. Mamanya yang duduk dikerusi paling hadapan dipandangnya. Wanita itu cuma tersenyum simpul.
“Dipersilahkan pengantin perempuan untuk masuk kedalam dewan sekarang.” kata emcee majlis dan serentak semua tetamu jemputan berdiri.
Pintu gerbang dewan utama dibuka dan Lauren berjalan diatas karpet merah dipimpin oleh papanya. Taehyung yang berada diatas altar terdiam.
Penampilan Lauren saat itu sangat breath taking kerana gadis itu begitu cantik dengan gaun pengantinnya. Tanpa sedar Taehyung mengukir senyum. Detak jantungnya tidak dapat dikawal bila gadis itu sudah berdiri disisinya. Majlis perkahwinan diteruskan dan Lauren rasmi menjadi isteri kepada lelaki bernama Kim Taehyung.
Bila berpindah ke dewan makan, Taehyung seakan tidak mahu berganjak dari sisi Lauren. Gadis itu dibawanya kehulu kehilir bersalaman dengan saudara mara. Entahlah, Taehyung seakan tidak mahu melepaskan Lauren hari itu.
“Lauren.” tegur satu suara yang merupakan seorang lelaki. Senyuman terbit dihujung bibirnya. Pandangan dibawa dari atas ke bawah, mahu membelek gadis itu lebih lagi. Taehyung merenung penampilan lelaki itu, sepertinya bukan lelaki dari Korea. Orang french ke?
“Eo, Ray. Thank you for coming.” kata Lauren, lelaki itu tersenyum. Dia hulurkan tapak tangan.
“Congrats for your wedding.” katanya namun kedengaran hambar, kali ini tapak tangan dihulur untuk berjabat tangan. Namun Taehyung pula yang menyambut huluran tangan lelaki itu.
“Ya, thank you.” balas Taehyung dingin. Lauren dan Ray berpandangan untuk beberapa saat sebelum Ray ketawa kecil. Jabatan tangan dilepaskan.
“You didn't tell anything about me to him?” soal Ray pada Lauren dengan sengihan. Lauren tidak merespon sedangkan Taehyung sudah fikir yang lain- lain. Dipandangnya Lauren dari ekor mata. Gadis itu cuma tunduk.
“I'm her ex boyfriend-”
“But now, she's mine.” balas Taehyung serentak lengannya melingkar pada pinggang Lauren. Gadis itu sedikit tersentak namun riak wajahnya cuba dikawal. Ray ketawa besar.
“Hey I'm just kidding. She's my close cousin.” terang Ray sebelum tersenyum. Lauren sudah jengilkan mata, geram dengan lagak Ray, sepupunya itu.
“Owh..” Taehyung menjawab kekok. Ray cuma ketawa kecil sebeluk meminta diri untuk ke tempat duduk. Taehyung masih diposisi yang sama, dia tidak sedar pun yang lengannya masih melingkar pada pinggang gadis itu. Dia cuma tak sedar okay?! Dengan pantas Taehyung melepaskan pegangan.
“Cik Lauren, tahniah.” tegur beberapa orang gadis yang berbangsa perancis. Dia mulai berpelukan dengan Lauren sebelum berbual dalam bahasa perancis yang tidak difahami Taehyung. Lelaki itu cuma memasang telinga. Janggal dengan situasi tersebut.
Selesai berbual- bual, Lauren dibawa ke photobooth yang dihias cantik dengan bunga- bungaan untuk sesi bergambar. Taehyung mula rasa janggal tapi permintaan photographer tidak mampu dia tolak. Dengan perlahan, pinggang Lauren dia peluk sebelum ditarik rapat kearahnya.
“Wah good.” puji photographer tersebut sebelum menangkap beberapa keping gambar dalam posisi tersebut.
Degupan jantung Taehyung makin kuat bila wajah Lauren makin rapat dengannya. Pandangan Taehyung dikunci agar memandang anak mata Lauren yang berwarna biru itu. Gadis itu mengenakan contact lens berwarna biru. Cantik, sangat cantik. Puji Taehyung dalam hati.
Jurugambar sudah mulai asyik mengambil gambar ulang sementara mata Taehyung jatuh ke pipi Lauren lalu ke bibir gadis itu. Taehyung mengetap bibir. Tidak sedar yang jarak wajah mereka menjadi sangat rapat.
“Erk.. Tae- Taehyung?” bisik Lauren mahu menyedarkan lelaki itu dari bertindak lebih. Perbuatan Taehyung terjeda sebelum dia menjarakkan diri dari Lauren. Wajahnya merah. Dia hampir terbabas.
“Kenapa tak kiss je isteri Encik tadi? Baru romantik” kata lelaki yang merupakan jurugambar tersebut. Taehyung gosok leher, kekok. Lauren dipandang dari ekor mata. Gadis itu cuma beriak biasa sahaja. Tak nampak langsung kekoknya.
Huwargh! Jeritnya dalam hati. Memalukanlah betullah kau ni Taehyung!
.
🌟vote✔
💬comment✔Heuheuheuheu..
YOU ARE READING
(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓
Sonstiges[OLD TITLE: INSIDE THE BEAUTY] Tak cantik tak apa, yang penting you have Belle Áme, means beautiful soul. Season One: Kita hanyalah dua orang manusia yang ditemukan dengan harapan untuk bahagia. Namun harapan taklah seindah dan boleh digapai. Season...